CONVERSATION
Resepi Telur Goreng Sambal
Masakan simple ni Kak Bell masak bersama dengan sayur taugeh goreng tempohari. Biasalah, masa nak makan mesti ada menu yang sambal atau rasa pedas. Kalau tak memang rasa tak puas makan. Resepi menggunakan telur ni dah memang common sebab sangat mudah. Tambah pula kalau dah tak ada bahan memasak kat rumah. Goreng telur sahaja lah yang senang. Kalau tak nak buat telur goreng mata kerbau, boleh je buat jadi telur rebus. Bahan-bahan dan cara memasaknya sama sahaja.

CONVERSATION
Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai
Untuk resepi mudah kali ini, Kak Bell sediakan menu taugeh goreng. Kalau dalam masakan memang akan selalu digunakan dalam masakan mi goreng, bihun goreng mahupun kuetiau goreng. Biasanya Kak Bell akan menggunakan taugeh sebagai penambah perasa sahaja dalam masakan. Mesti ada di antara kita yang tidak sukakan taugeh kan?

CONVERSATION
Outlet Ke-5 Jalan Jalan Japan Kini Dibuka Di KIP Mall Bangi
Pada awal Disember lalu, Kak Bell telah berkunjung ke outlet Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall Cheras. Disebabkan keseronokan berbelanja dengan bajet yang murah, sekali lagi Kak Bell datang ke Jalan Jalan Japan untuk shopping. Tapi kali ini, Kak Bell ke cawangan terbaru mereka dan merupakan outlet ke-5 Jalan Jalan Japan di KIP Mall Bangi yang bakal dibuka kepada umum pada 28hb Disember 2019 ini.

CONVERSATION
4 Juta Hits Blog Kak Bell
Hi korang! Semalam blog Kak Bell telah mencecah jumlah 4 juta viewer setelah agak berkurun lama menunggu. Ambil masa 8 bulan untuk dapat 1 juta lagi pageviews berbanding tempoh 6 bulan untuk yang sebelumnya. Walaupun ada orang lain yang lebih hebat, tetapi buat diri sendiri sudah cukup menggembirakan. Mestilah gembira dan bangga kan sebab ianya semua adalah hasil dan usaha kita selama menulis dan berkongsi melalui blog.

CONVERSATION
Kagum Hasil Ilustrasi Batik Style Oleh Fadima Mooneira
Sebahagian besar orang di dunia lebih dominan menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Kecenderungan menggunakan belahan otak kanan atau kiri ini membentuk cara pemikiran, jenis kerjaya dan minat seseorang. Kak Bell sendiri sebenarnya juga tidak pasti lebih cenderung ke arah yang mana. Kalau diikutkan Kak Bell meminati bidang Kimia tetapi bercanggah pula sebab tidak suka kepada bidang Matematik (dominan otak kiri) yang memerlukan otak bekerja keras. Suka juga kepada bidang seni lukis dan muzik tetapi tidak tahu melukis (dominan otak kanan). Bukan main mukaddimah Kak Bell bercerita pasal fungsi otak.

CONVERSATION
Resepi Timun Tua Masak Lemak Putih
Hi semua! 2 hari ini Kak Bell bercuti menghabiskan cuti tahunan tetapi tiada perancangan nak ke mana-mana. Jemputan ke event pun tak ada sebab sis kan sendu. Jadi duduk rumah sahajalah. Macam yang Kak Bell beritahu sebelum ni, sejak Ogos 2019 memang Kak Bell malas gila nak menulis blog sebab stress. Nasib baiklah dah nak menjengah tahun baru, barulah hati ada tenang dan fikiran mulai fokus semula nak menulis. Menuju alaf baru 2020 katanya. Yang penting baru hari ini masuk ke dapur memasak sebab lapar dan berkongsi resepi. Haha.

CONVERSATION
Rawatan Laser 20 Minit NOVU AESTHETICS Tidak Seperti Dijangkakan
Ketika sedang meniti usia kebanyakkan dari kita pasti ada rasa gusar tentang permasalah kulit wajah. Masalah pigmentasi, kulit nampak lebih tua dari usia dan tidak bermaya adalah isu biasa terjadi kepada kita. Kak Bell sendiri pun kadangkala jadi stress dibuatnya. Sebelum ini, Kak Bell pernah juga mendapatkan rawatan estetik di beberapa klinik estetik terkenal. Terus-terang kebanyakan prosedur rawatan agak menyakitkan. Memang suatu pembohongan kalau ada yang cakap tidak sakit, sakit seperti digigit semut! Mungkin dilahirkan sebagai Superwomen agaknya. Tetapi demi nak cantik, Kak Bell gigih juga mencuba.

CONVERSATION
Asam Pedas Ayam Johor
Di antara salah satu masakan popular yang paling digemari rakyat Malaysia adalah masakan asam pedas. Asam Pedas juga ada pelbagai jenis. Yang Kak Bell tahu, ada asam pedas Melaka dan asam pedas Johor. Negeri lain sis tak pasti. Untuk masakan asam pedas ini selalunya orang gunakan ayam, ikan pari, ikan mayong atau ikan baung. Nak pakai ikan tongkol atau ikan duri atau daging pun boleh. Ikut suka korang nak guna ikan paus pun. Hehe. Tapi ikan paus tu tak tahulah jadi ke tidak asam pedasya nanti. Semuanya bergantung kepada kehendak dan citarasa tukang masak lah gamaknya.

CONVERSATION
Ayam Masak Padang
Hi! Harini Kak Bell kongsikan resepi kedua masakan Padang yang Kak Bell masak last week iaitu Gulai Ayam Padang. Kak Bell tak berapa pasti adakah sama kalau kita sebut masakan Padang tu juga masakan Minang. Menurut Cik Wiki, Minang tu actually merujuk kepada masyarakat Minangkabau (beragama Islam), singkatannya masyarakat Minang dan masakan mereka yang lebih dikenali dengan sebutan masakan Padang.

CONVERSATION
Resepi Daging Berlado
Jika ke Indonesia pasti Kak Bell tak akan lepaskan peluang makan masakan Padang. Kalau dalam seminggu bercuti di sana harus berselang seli juga dengan makanan Sunda. Masakan Padang ni kiranya bukanlah menu asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kebanyakkan menu-menu masakan Padang ni mostly sedap belaka. Ok, salah satu menu yang digemari adalah masakan Daging Berlado. Kalau di Malaysia kita panggil Daging Berlada lah.

CONVERSATION
Apa Yang Boleh Anda Beli Dengan RM100 Di Jalan Jalan Japan?
Terus terang Kak Bell bukanlah seorang yang meminati barangan 'bundle' tetapi tidaklah bersikap skeptikal terhadap peminat dan penggemarnya. Walaubagaimanapun, jika bercakap tentang hal berbelanja dan berjimat, sudah pastilah kedai yang menjual barangan bundle, pre-loved, murah dan berpatutan akan menjadi pilihan ramai orang.

CONVERSATION
HKTDC DG Studio Bring A Touch Of Creativity, Quirkiness & Fun Lifestyle Products From Hong Kong
Hong Kong, as the unique city embracing both Eastern and Western cultures, is known as the birthplace to many unique homegrown brands that have taken creativity and imagination a notch higher to capture the imagination and satisfaction of end-users.

CONVERSATION
Resepi Ayam Masak Borneo
Hi korang semua. Diam tak diam dah menjengah bulan Disember 2019 dah. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Sejak dari bulan Ogos lalu, memang kak Bell dah slow sikit nak memblog dan yang sewaktu dengannya. Memang sedikit hilang fokus dengan pelbagai isu. Semua orang pun ada masalah sendiri dan harapnya bulan ni Kak Bell dapat 'pace' semula dan kekal positif.

CONVERSATION
Festival Batu Permata Habib Sempena Jualan Akhir Tahun 2019
Jika bercakap tentang berlian, pasti tagline "A Diamond is Forever" akan terus muncul difikiran kita. Slogan yang dicipta oleh Mary Frances Gerety ini sebenarnya dicipta untuk syarikat penjual berlian De Beers ketika krisis kejatuhan jualan berlian pada tahun 1948. Slogan terkenal "A Diamond is Forever" yang membawa bermaksud kekuatan dan ketahanan berlian yang kekal selama-lamanya, sampai sekarang masih digunakan dalam iklan yang berkaitan dengan berlian.

CONVERSATION
Yoodo & PUBG Mobile Ketengahkan Bakat Pemain Muda E-Sukan Di Pertandingan Akhir PMCC2019
Sukan Elektronik atau E-sukan (E-sports) kini semakin mendapat tempat di Malaysia. Rata-rata daripada kita pasti ada memuat turun permainan video pada telefon bimbit masing-masing. Untuk pengetahuan anda E-sukan ini ialah sejenis bentuk pertandingan permainan video yang dijadikan permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik. Tidak kesemua permainan video boleh dikategorikan sebagai e-sukan. Di antara contoh permainan video yang boleh dikategorikan sebagai e-sukan ialah Call of Duty, FIFA, Dota 2 dan juga PUBG.

CONVERSATION
Tips Bercuti Ke Pulau
Hai korang! Hari ni Kak Bell nak kongsikan beberapa tips buat korang yang plan nak bercuti di pulau. Tak kisah la pulau apa pun, janji pulau. Korang boleh je nak ikut atau tak tips Kak Bell ni dan Kak Bell share pun berdasarkan pengalaman Kak Bell bercuti. Bukan ke kata orang pengalaman tu mengajar dan mendewasakan kita. Hahaha.

CONVERSATION
PYOMETRA Berisiko Membahayakan Nyawa Kucing
Hi! Untuk episod kali ini, Kak Bell nak ceritakan pengalaman Cik Yaya menghidap Pyometra. Sebelum ini, Kak Bell dah pernah alami isu ni sebab Muezza pun dah pernah terkena Pyometra. Alhamdulillah Cik Zaza dah sihat selepas surgeri tetapi perangai diva kekwat dia tu semakan menjadi-jadi. Stress kot sebab ada banyak kucing di rumah. Untuk kes Yaya ada sedikit berbeza tetapi kebanyakkan tanda-tandanya sama. Sesetengah orang mungkin belum pernah mendengar tentang Pyometra. Pyometra diklasifikasikan sebagai LIFE-THREATENING disease bagi kucing dan boleh bawa maut jika pemilik kucing lambat bertindak. Untuk info, penyakit ini juga hanya berlaku kepada kucing betina yang belum dimandulkan sahaja.

CONVERSATION
2x Spicy Hot Chicken Flavour Seriously Pedas!
Hi Korang! Beberapa hari lepas Kak Bell dah cuba makan mi segera terpedas keluaran Samyang Food, 2x Spicy Hot Chicken Flavour (Extreme Buldak Ramen). Instant noodle pedas yang berasal dari South Korea ini katanya mempunyai tahap kepedasannya 8,000 unit haba Scoville/Scoville Heat Units (SHU). Sama pedas dengan sebijik Jalapeno Mexico! Kalau nak tahu tentang unit haba Scoville, korang boleh baca di sini > CARA MEMILIH CILI KERING

CONVERSATION
Ulasan Maleficient: Mistress of Evil (2019)
Peminat filem fantasi Maleficent pastinya sangat menantikan sekuel kedua filem terbitan Walt Disney Studios ini setelah kejayaan filem Maleficient 2014. Filem ini mula ditayangkan pada 18 Oktober 2019 worlwide. Kak Bell pun baru sahaja menonton Maleficient: Mistress of Evil pada 30 Oktober lepas setelah sekian lama tak menonton layar besar. Terakhir pada Ogos, menonton BoBoiBoy Movie 2. Memang sadis dah ketinggalan banyak cerita. Next time kalau korang tak de teman nak tengok wayang, jangan lupa ajak Kak Bell sekali tau!

CONVERSATION
Filem Animasi Ejen Ali The Movie Bakal Menemui Peminat November Ini
Selepas kejayaan besar filem animasi Upin & Ipin serta Boboboi The Movie baru-baru ini, satu lagi filem animasi tempatan bakal ditayangkan hujung tahun ini. Primeworks Studios dan Wau Animation telah mengumumkan tayangan serentak EJEN ALI THE MOVIE di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 28 November 2019 pada 23 Oktober lalu di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

CONVERSATION
Pencarian Puteri Gunung Ledang Bermula Untuk PGL The Musical 2020
Setelah 15 tahun kejayaan filem sejarah epik Malaysia dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang, penggemar teater tanah air bakal disajikan dengan pementasan semula PGL 2020. Filem PGL yang diterbitkan pada tahun 2004 yang menelan belanja RM16.6 juta ini telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (Academy Awards) tahun 2004.

CONVERSATION
Bagaimana Cara Elakkan Kucing Bergaduh?
Bagi yang mempunyai banyak kucing di rumah pasti pernah alami situasi kucing belaan bergaduh di rumah. Ya, walaupun dah bertahun duduk bersama, kenal dari kecil malah ada yang dulunya bercinta, hujung-hujung jadi juga musuh. Dah macam orang pulak ye. Kak Bell sekarang ada 12 ekor kucing yang dah besar dan 5 ekor kitten dalam jagaan. Ada 3 ekor jantan besar, 4 ekor jantan kitten dan yang lain semua betina. Sepanjang 7 tahun membela kucing, pernahlah 2 atau 3 kali pergaduhan besar berlaku. Maklumlah dah anak-anak ramai.

CONVERSATION
Bebas Dari Jerawat Dan Cela Dengan NOVU Acne-Dote
Siapa yang tidak inginkan wajah mulus dan bebas dari cela dan jerawat? Kadangkala ada yang telah mencuba pelbagai jenis produk tetapi tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Untuk pengetahuan anda, cara hidup seseorang sebenarnya memainkan peranan yang boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat.

CONVERSATION
Resepi Ayam Goreng Bodo Dengan Lada Merah
Akhir-akhir ni Kak Bell memang dah jarang memasak dan menulis. Menghadiri event pun sama jugak. Memang kelaut sungguh la dibuatnya. Memang setiap orang ada masalah mereka tersendiri. Kak Bell pun yang bukan robot ni terganggu juga bila dah kehilangan semangat. Kadang-kadang terfikir kenapalah aku diuji itu dan ini. Btw, kita ni diuji kerana kita mampu hadapi benda-benda macam ni dan Tuhan tu nak kita lebih mengingati Dia. May Allah ease any hardship yang korang going through and bring happiness into our lives.

CONVERSATION
Resepi Kobis Cina Tumis Air
Memang dah memadai bagi Kak Bell yang agak malas memasak kalau ada 1 jenis sayur dengan ikan goreng. Menu paling simple dan mudah. Nak lagi sedap, makan pula dengan sambal belacan. Untuk resepi sayur kobis cina ni, Kak Bell tumis berkuah. Ada juga yang sukakan masak air atau bening yang tidak menggunakan minyak. Sebagai penambah rasa, tambahkan sedikit ikan bilis atau kiub ayam.

CONVERSATION
unifi Membawakan Konsert Transcendence 20 Tahun Butterfingers
unifi dan Butterfingers bawakan #khabarbaik bagi semua peminat muzik. Setiap langganan pasca-bayar unifi Mobile sepanjang #khabarbaik unifi Tour akan menerima tiket Konsert Transcendence 20 Tahun oleh Butterfingers serta pelan unifi Mobile #BEBAS untuk setiap tiket yang dibeli. Nak tahu lebih lanjut? Baca selanjutnya.
Mengotakan janji untuk membawakan lebih banyak #khabarbaik, unifi, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM), hari ini mengumumkan usahasama dengan Butterfingers, sebuah band rock dan grunge lagenda tanah air, untuk menganjurkan konsert bagi meraikan ulang tahun ke-20 album ketiga mereka, Transcendence. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada gerakan #khabarbaik yang diusahakan unifi untuk menyemarakkan lagi nilai positif bagi pelanggan-pelanggannya dan merupakan usaha untuk memberikan lebih banyak nilai tambah kepada pengalaman pelanggan sepanjang mereka bersama jenama ini.

CONVERSATION
Promosi Bento & Onigiri RM1 Di myNEWS.com
Setiap minggu memang sudah menjadi kebiasaan Kak Bell menyinggah ke Mid Valley cuci mata. Lepas tu memang akan menyinggah di myNEWS sebagai port lepak santai dan sebab ianya dibuka 24 jam. Kebetulan ke sana pada minggu lepas, ada pula promosi untuk Bento dan Onigiri yang dijual pada RM1. Seriuslah Bento dan Onigiri Di myNEWS.com dijual hanya pada RM1?

CONVERSATION
KITKAT Chocolatory Raikan Ulang Tahun Ke-3 Dengan Pelancaran KITKAT Roti Canai & Kari!
Peneraju jenama konfeksioneri coklat di Malaysia KITKAT dan kedai flagship KITKAT Chocolatory pertama di Asia Tenggara telah menyambut ulang tahun ketiganya pada 12 September 2019 dengan pelancaran KITKAT Roti Canai & Kari serta beberapa lagi perisa khas yang diilhamkan bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
KITKAT Malaysian Treasures Chef's Creation
CONVERSATION
Jom Tebus 2 Set KITKAT Chef's Creation Di Pop Up Store KITKAT Sunway Pyramid
KITKAT Chocolatory kini kembali lagi dengan KITKAT perisa terbaru mereka. Bagi Kak Bell dalam banyak-banyak jenama coklat di Malaysia, KITKAT di antara salah satu jenama coklat No.1 yang Kak Bell suka. Dengan adanya KITKAT Chocolatory pertama Malaysia di Mid valley Megamall, terdapat pelbagai perisa yang pelik-pelik tetapi dekat dengan hati kesemua rakyat Malaysia.

CONVERSATION
Samyang Cheese Ramen Pedas!
Hi Korang! Demi nak completekan cabaran 'Fire Noodles' ni Kak Bell gigih semalam pergi cari Samyang di Speedmart 24 jam. Dapatlah Samyang Cheese, Samyang Carbo dan Samyang 2X Spicy. Kiranya dah dapat beli 5 jenis perisa Samyang Noodles ni. Kisahnya semalam, lepas balik kerja Kak Bell ke dapur nak masak megi Malaysia tu je. Tercari-cari pek megi dah lesap peginya. Rupa-rupanya dah kena bahan habis. Kaedahnya sis baru makan 1 pek je ye. Lepas tu tak semegah dengan periuk sis naik hitam sebab dibasuh je dengan air tanpa digaras periuk tu. Mana tidaknya, api memasak tu kalau boleh sampai cair besu kuali tu sebab besau sangat apinya. Hangin pula sis dibuatnya.

CONVERSATION
Samyang Jjajang Ramen Boleh Tahan Pedasnya
Hi korang! Harini Kak Bell nak review Samyang Jjajang Hot Chicken Flavour Ramen pula. Sebenarnya Kak Bell cuba Samyang Black Bean Sauce ni terlebih dahulu sebelum cuba Buldak Ramen. Kisahnya Samyang tu dah sampai tarikh luput, ngam-ngam on the expired date. Sebenarnya, ada sesetengah makanan yang masih boleh dimakan walaupun dah tiba ke tarikh luputnya. Diantaranya mi segera, roti, kerepek atau barang-barang dapur kering. Selagi kondisi dan rupa bentuknya masih elok, tak busuk, boleh je kita gunakan. Dengan syarat tidak disimpan/digunakan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh luput. Cuma untuk barang tenusu dan barang segar memang kena patuhi tarikh Elok Sebelum/Best By/Best Before/Baik Sebelum untuk mengelakkan keracunan.

CONVERSATION
Samyang Buldak Ramen Tidak Berapa Pedas
"Fire Noodles" sejak mula diperkenalkan, berlumba-lumba manusia cuba menguji tahap ketahanan kepedasan lidah masing-masing. Pantang bila ada perisa baru, mesti bersepah kat socmed yang join "Fire Noodles Challenge". Sebelum ni Kak Bell pernah mencuba sekali sahaja makan Samyang ni. Cukup 2 sudu terus terasa sangat pedas gila dan memang tak teringin nak makan lagi. Tapi Kak Bell lupa perasa yang mana. Kisahnya semalam kawan office Kak Bell bagi Samyang Hot Chicken Jjajang Ramen. Bila dah rasa 1 paket terus teringin pulak nak buat challenge ni sendiri dan gigih cari perisa lain pulak.

CONVERSATION
M.Nasir Rai 40 Tahun Karier Seni Dengan Konsert November Ini
Sekali lagi, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya mempersembahkan penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah lelaki kelahiran Singapura- Malaysia, Dato 'M. Nasir dengan konsertnya yang akan datang sempena merayakan ulang tahun ke-40 penglibatan beliau dalam industri muzik tanahair.

CONVERSATION
Tidak Perlu Lagi Beratur Panjang Dengan QueQ
Hi semua! Baru-baru ini Kak Bell telah berkunjung ke restoren KFry Urban Korean One Utama Shopping Mall, Bandar Utama untuk menikmati hidangan ayam cheese mereka. Umum mengetahui restoren ini memang ramai sekali pengunjungnya, tambahan pula jika datang pada hujung minggu. Kadangkala berfikir dua kali jika ingin makan di sini kerana tidak mahu menunggu giliran terlalu lama. Adakah korang semua rasa leceh jika harus berdiri, beratur dan menunggu di barisan untuk masa yang lama?
Ok, selain membuat tempahan awal, sekarang anda sudah boleh menggunakan aplikasi mudah di telefon bimbit tanpa perlu beratur panjang dan menunggu lama di tempat makan menunggu giliran. Aplikasi yang dimaksudkan adalah QueQ.

CONVERSATION
KFry Chicken Bumbuk K'razySpicy Cheese Memang Ummph!
Memang dah lama teringin nak cuba KFry ni sejak viral masa mula-mula restoren ni dibuka. Disebabkan bukanlah peminat fanatik makanan Korea sampai bertahun jugalah baru berkunjung mencuba hidangan di sini. So, last week Kak Bell dengan kawan-kawan sempat singgah di KFry Urban Korean One Utama Shopping Mall, Bandar Utama untuk mencuba sendiri menu yang katanya sedap sangat tu!

CONVERSATION
Nikmati Menu Suntikan 'French-Japanese' Di Le Pont Smoke & Grill Bar
Minggu lalu, Kak Bell menikmati makan tengahari istimewa di Le Pont Smoke & Grill Bar yang terletak di Jalan Klang Lama. Pada awalnya, Kak Bell beranggapan kafe ini adalah sebuah kedai kek & pastri yang biasa. Rupa-rupanya di sini turut menyediakan hidangan utama seperti daging salai dan bakar. Kafe ini mempunyai 3 tingkat dan pengunjung akan masuk melalui Le Pont Boulangerie et Cafe dahulu sebelum ke bahagian Smoke & Grill. Sebelum ini Kak Bell telah mencuba hidangan Kek Pelangi dari Le Pont Boulangerie et Cafe dan kek mereka memang terbaik! Untuk entri kali ini Kak Bell akan fokus kepada menu-menu dari bahagian Smoke & Grill Bar yang baru sahaja dibuka.

CONVERSATION
Set Gamelan Berusia 200 Tahun Dimainkan Dalam Single Terbaru Loque
MonoloQue, kumpulan muzik rock yang membawa genre nusantara baru sahaja melancarkan single terbaru bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16. Single baru ini turut menampilkan Aizat Amdan diiringi video muzik mereka yang berjudul Urusan Seri Paduka Baginda (USPB)- Versi Agong.
Single ini merupakan single kedua, selepas single berjudul Chinta yang dikeluarkan tahun lepas bersama NJWA. Kedua-dua lagu ini akan dimuatkan bersama dalam album “Lagu Perang ( Bunyian Gamelan Melayu di abad ke 21) yang bakal disajikan akhir tahun ini.

CONVERSATION
Menu Korea Street Food Di Myeondong Topokki
Peminat makanan Korea di Malaysia pastinya arif bila bercakap tentang menu dan restoren makanan Korea yang sedap dan sebaliknya. Terus-terang Kak Bell bukanlah peminat tegar makanan Korea tetapi ianya tidak menjadi penghalang untuk menikmati dan eksplorasi rasa menu makanan dari Korea ini. Minggu lepas Kak Bell sempat berkunjung ke sebuah restoren makanan Korean yang menampilkan menu rasa asli Korea Street Food iaitu Restoren MyeongDong Topokki di Sunway Putra Mall.

CONVERSATION
Peminat Puas Dengan Konsert Tulus Sewindu Tour KL
Masih terngiang-ngiang lagi kehebatan vokal penyanyi popular Indonesia, Tulus walaupun sudah 5 hari konsert berlalu. Konsert Tulus Sewindu Tour Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2019 lepas mendapat sambutan hangat dari peminat muzik Malaysia, termasuk Indonesia dan juga Brunei. Tahun lalu, Tulus telah mengadakan konsert sulungnya di KL dan ternyata sambutan peminat di sini tidak mengecewakan.

CONVERSATION
Bagaimana Cara Memilih Cili Kering
Cili (Capsicum sp.) atau cili kering memang bahan masakan penting untuk masakan pedas. Kalau Kak Bell memasak sambal dan sebagainya mesti nak kena ada sedikit rasa pedas, baru berselera nak menikmati makanan. Kemudian, kalau nak memasak sambal, mesti nak gunakan cili kering yang dikisar sendiri berbanding cili boh atau yang dah sedia siap sebab rasanya agak kurang sedap. Mungkin ada jenama yang ok, tetapi pada Kak Bell lebih prefer cili yang dikisar sendiri.
CONVERSATION
Restoren Dapor Terbakor Kota Damansara
Semalam Kak Bell berjalan-jalan di sekitar Kota Damansara. Sesambil meluangkan waktu di hujung minggu, sempatlah Kak Bell lepak bersantai dengan kengkawan menjamu selera di Restoren Dapor Terbakor. Tak sangka juga, rupanya banyak restoren-restoren yang menarik di sekitar Kota Damansara ni. Disebabkan namanya pelik, kitaorang singgah makan tengahari di sini. Nak juga tahu macam mana nak memasak kalau dapoq dorang dah terbakaq? Haha.

CONVERSATION
KITKAT Perkenalkan Perisa Karamel Popcorn Edisi Terhad
Kepada semua penggemar coklat KITKAT, bersempena dengan Hari Coklat Sedunia yang disambut secara global setiap 7 Julai, KITKAT telah memperkenalkan perisa terbaru edisi terhadnya iaitu KITKAT Popcorn. Kalau dalam banyak-banyak jenis coklat, memang jenama KITKAT paling Kak Bell gemari.

CONVERSATION
BoBoiBoy Movie 2 Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini
Hi Korang! Kak Bell sudah menonton tayangan perdana filem animasi yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) di MBO Starling Mall, Damansara Utama. Terima kasih buat pihak AstroShaw dan Animonsta di atas jemputan ke Malam Gala BoBoiBoy Movie 2 semalam.

CONVERSATION
Single 'Tak Berakhir' Untuk Konsert Exists Reunion
Suatu masa dahulu, kumpulan Exist pernah menempa nama di beberapa negara jiran termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei. Selepas 28 tahun, buat pertama kalinya Exist bakal memuaskan kerinduan peminat mereka dengan dua konsert reunion yang menggabungkan kesemua anggota asal Exists di dalam Konsert Exists Reunion.
Hari ini, Shiraz Projects dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Exists akan memuaskan adrenalin semua peminat mereka dengan bukan satu, tetapi 2 siri konsert reunion mereka di atas jenama Konsert Exists Reunion, sebuah konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat Exists.

CONVERSATION
Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah
Ikan Sardin atau Makerel yang dihidangkan dalam sos tomato memang dah jadi kebiasaan pada kita. Selain tahan lama, makanan dalam tin ni sesuai sangatlah dimasak di waktu kecemasan kalau tiada stok bahan mentah. Ada juga yang lebih suka mengolah kembali masakan sardin dalam tin tanpa menggunakan kuah sos tomato di dalam tin sardin. Kebiasaannya Kak Bell akan gunakan sahaja kuah tomato tersebut tetapi ada tambah sedikit bahan-bahan lain supaya lebih sedap.

CONVERSATION
Resepi Ikan Sardin Simple
Hi korang! Ada peminat sardin tak kat sini? Ikan sardin segar kalau digoreng pun memang sangat sedap. Kalau nak lebih senang, pakai sardin dalam tin. Zaman la ni sardin bukan makanan orang tak berduit, dah boleh kira makanan mewah sebab mahal ya ampun. Kebetulan menyinggah kedai runcit, Kak Bell belilah setin sardin jenama biasa. Kalau korang beli jenama apa saje or mesti beli Ayam Brands?

CONVERSATION
TOKO KILAT Muncul Dengan PEMACU API TOUR 2019 Bersama Noh Salleh
TOKO KILAT muncul dengan PEMACU API TOUR 2019 yang dipersembahkan oleh DISQOVR. Kumpulan yang sudah berdiri selama dua tahun tersebut disokong oleh The Gasket Alley selaku penganjur untuk ‘turun padang’ bersama-sama merapati para peminat industri muzik seni tanah air dalam satu rangka jelajah. Bukan hanya TOKO KILAT namun kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang pemuda ini juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga buah negeri.

CONVERSATION
Tuala Pantai SAND-FREE Tesalate
Hampir lebih setahun Kak Bell tak pergi bercuti ke mana-mana samaada di dalam atau luar negara. Paling terakhir travel adalah pada 17 bulan lepas ke Pulau Perhentian. Mungkin kalau ada kelapangan nak merancang percutian ke Pulau Tioman atau Langkawi. Bercerita pasal pantai, bulan lepas Kak Bell ada survey tuala pantai (beach towel). Bukannya apa, kalau ke pantai mesti akan rimas kalau pasir melekat-lekat pada kain dan sangatlah tidak praktikal nak membawa tuala biasa ke pantai. Jadi, Kak Bell nak kongsikan tentang tuala pantai dari Tesalate yang berasal dari Australia. Katanya, tuala pantai Tesalate ni diantara yang terbaik di dunia. Betul ke?

CONVERSATION
Safi Balqis Oxywhite Whitening & Hydrating Lotion 2 Dalam 1
Baru-baru ini, Kak Bell ada buat pembacaan tentang bahaya produk tiruan especially produk pemutih yang ada merkuri. Memang diakui rata-rata daripada kita ingin memiliki kulit putih, gebu, berseri macam Snow White. Disebabkan nak putih, sanggup pakai produk yang berbahaya. Kak Bell sendiri pun terpengaruh dengan persepsi bahawa wanita berkulit putih, gebu lebih cantik dan diminati. Pernah juga terpakai produk yang berbahaya ni, nasib baiklah berhenti dari terus menggunakan dan nasib baiklah kesan buruknya minor sahaja. Macam-macam produk juga telah dicuba dan sememangnya kena sabar kalau nak cantik. Lainlah kalau dah lahir, memang dah terus cantik.

CONVERSATION
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
About Me

Bella Jamal
Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, event coverage, product review or sponsorship can contact me at jbella8868@gmail.com

Gourmand World Cookbook Award 2021 Nominee

20 Malaysian Homecooking Recipes book in category A13 Blogger listed in the Autumn Harvest list for Gourmand World Cookbook Award 2021

Ebook 20 Malaysian Home Cooking Recipes

My ebook is now live and available for purchase on Ukiyoto Publishing, Amazon and Shopzone Online Bookstore Singapore.

Popular Posts
-
Hi Korang! Kaedahnya dah lama dah kak bell nak masak ayam dalam freezer tu. Asyik busy memanjang. Tak sempat nak masak. So harini, nak shar...
-
Hi Korang! Harini datang kerajinan Kak Bell nak memasak. Dari malam semalam kekononnya menahan diri dari makan nasi selepas balik ker...
-
Baru-baru ini Kak Bell ada terbaca tentang bahaya mi segera (instant noodle). Kita memang sudah familiar dengan ungkapan bahaya mi segera, ...
-
Hi uolss! Semalam tengah dok scroll fb feeds nampak sorang kawan lama share resepi ayam masak Thai. Simple je resepinya. Dah terajin pergi ...
-
Hi korang! Suka makan hati dan pedal ayam tak? Biasanya goreng ajela hati ayam tu kan..takpun masak dengan sayur kacang panjang. Bukak je p...
-
Hi korang! Di kesempatan ni kak bell nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua. Tahun ni memang meriah memasak untuk j...
-
Entri kali ni kak bell nak kongsikan beberapa cara dan Tip Bagi Kucing Makan Ubat. Memang seronok bela kucing ni tapi bila time sakit cab...
-
Hi Korang! Lama rasanya Kak Bell tak kongsi resepi. Jawapannya jarang masuk dapur sejak akhir-akhir ni jadi terciptalah Resepi Telur ...
-
Hi Korang! Harini kak bell fefelin buat dessert yang mudah dan simple untuk juadah berbuka iaitu Puding Sagu Gula Melaka. Senang je uols bu...
-
Hi Korang! Beberapa hari lepas, tekak Kak Bell teringin sangat nak makan kerang. Kebetulan cuti 2 hari dari bekerja, kegigihan datang...

Blog archive
-
▼
2019
(150)
-
▼
December
(14)
- Jana Pendapatan Tambahan Dengan RodeoGO
- Resepi Telur Goreng Sambal
- Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai
- Outlet Ke-5 Jalan Jalan Japan Kini Dibuka Di KIP M...
- 4 Juta Hits Blog Kak Bell
- Kagum Hasil Ilustrasi Batik Style Oleh Fadima Moon...
- Resepi Timun Tua Masak Lemak Putih
- Rawatan Laser 20 Minit NOVU AESTHETICS Tidak Seper...
- Asam Pedas Ayam Johor
- Ayam Masak Padang
- Resepi Daging Berlado
- Apa Yang Boleh Anda Beli Dengan RM100 Di Jalan Jal...
- HKTDC DG Studio Bring A Touch Of Creativity, Quirk...
- Resepi Ayam Masak Borneo
-
►
September
(7)
- unifi Membawakan Konsert Transcendence 20 Tahun Bu...
- Promosi Bento & Onigiri RM1 Di myNEWS.com
- KITKAT Chocolatory Raikan Ulang Tahun Ke-3 Dengan ...
- Jom Tebus 2 Set KITKAT Chef's Creation Di Pop Up S...
- Samyang Cheese Ramen Pedas!
- Samyang Jjajang Ramen Boleh Tahan Pedasnya
- Samyang Buldak Ramen Tidak Berapa Pedas
-
►
August
(7)
- M.Nasir Rai 40 Tahun Karier Seni Dengan Konsert No...
- Tidak Perlu Lagi Beratur Panjang Dengan QueQ
- KFry Chicken Bumbuk K'razySpicy Cheese Memang Ummph!
- Nikmati Menu Suntikan 'French-Japanese' Di Le Pont...
- Set Gamelan Berusia 200 Tahun Dimainkan Dalam Sing...
- Menu Korea Street Food Di Myeondong Topokki
- Peminat Puas Dengan Konsert Tulus Sewindu Tour KL
-
►
July
(14)
- Bagaimana Cara Memilih Cili Kering
- Restoren Dapor Terbakor Kota Damansara
- KITKAT Perkenalkan Perisa Karamel Popcorn Edisi Te...
- BoBoiBoy Movie 2 Penuh Dengan Kejutan Ogos Ini
- Single 'Tak Berakhir' Untuk Konsert Exists Reunion
- Ikan Sardin Segar Masak Sambal Kicap Mudah
- Resepi Ikan Sardin Simple
- TOKO KILAT Muncul Dengan PEMACU API TOUR 2019 Bers...
- Tuala Pantai SAND-FREE Tesalate
- Safi Balqis Oxywhite Whitening & Hydrating Lotion ...
-
▼
December
(14)

6 comments:
Post a comment