Grannies Kiosk Melawati: Port Sarapan Authentic Terengganu Dengan Nasi Dagang Padu di Kuala Lumpur

Hidden Gem Makanan Terengganu di Taman Melawati Kalau sebut pasal makanan tradisional Melayu, memang susah nak tolak lebih-lebih lagi bila jumpa tempat yang masih kekalkan rasa asli turun-temurun. Baru-baru ni, Kak Bell sempat singgah ke Grannies Kiosk Melawati semasa Grannies Makan Makan Fiesta, dan honestly this place memang hidden gem untuk peminat makanan Pantai Timur di Kuala Lumpur. Terletak di dalam Restoran Sajian Mak Lang, Taman Melawati, kiosk ni sangat mudah dicari sebab lokasinya dekat dengan Melawati Mall dan boleh nampak terus dari MRR2. Parking pun senang, jadi memang sesuai kalau nak singgah breakfast pagi-pagi tanpa stress cari parking. Grannies: Dari Online Order Ke Kiosk Pertama di Melawati Ramai mungkin dah pernah rasa nasi dagang Grannies sebelum ni dekat beberapa cafe sekitar Klang Valley tanpa sedar. Jenama ni sebenarnya dah bermula sejak tahun 2018, dan selepas hampir 8 tahun beroperasi, akhirnya pada Februari 2026 Grannies membuka kiosk pertama mereka sendiri d...