Trending


TM Hotline Number | Cara Hubungi Telekom Malaysia Untuk Aduan Kerosakan TM

Hi semua! Buat pengguna perkhidmatan internet pasti akan naik berang kalau perkhidmatan terjejas. Tambahan pula zaman sekarang memang tak boleh hidup dibuatnya kalau tak ada jaringan internet atau talian telefon. Sejak pandemik semua pekerjaan dan juga persekolahan budak-budak perlu dilakukan dari rumah dan secara online. Bagi pengguna TM yang hadapi masalah mesti nak laporkan isu teknikal di TM hotline number. Bagi yang masih tidak ketahui bagaimana, berikut adalah cara hubungi Telekom Malaysia untuk aduan kerosakan TM.
Sudah tentu ramai pengguna internet di Malaysia yang sering menghadapi masalah seperti telefon rumah TM rosak, jaringan internet sering terputus mahupun sambungan internet yang perlahan terutamanya buat pengguna unifi Lite (streamyx) dan unifi fiber. Sebelum membuat aduan kerosakan TM, pengguna mungkin boleh lakukan beberapa langkah troubleshooting sebelum menghubungi TM unifi customer service.


Talian Telefon Rumah TM Rosak

Bagi pengguna talian tetap TM dan pengguna internet unifi Lite (dahulunya Streamyx) biasa akan hadapi isu samada kedua-dua servis tidak boleh digunakan atau salah satu servis down. Biasanya anda dikehendaki membuat direct connection terlebih dahulu iaitu sambungan tanpa menggunakan splitter, terus pasang kabel telefon pada modem kemudian cuba pasangkan pula pada set telefon TM. Jika kedua-dua servis ok tanpa penggunaan splitter, bermakna splitter tersebut rosak dan perlu diganti. Jika hanya telefon yang tidak berfungsi, bolehlah laporkan isu talian telefon rumah TM rosak atau talian TM tiada nada dail.


Sambungan streamyx/unifi Lite putus-putus dan perlahan
Asasnya pelan streamyx/unifi Lite memerlukan talian tetap TM untuk berfungsi. Pelan ini menggunakan teknologi copper dan mempunyai limit untuk capaian internet dan juga dari segi performance. Jika talian telefon TM ada gangguan seperti bunyi bising, ianya akan menggangu kelajuan internet streamyx/unifi Lite dan seterusnya akan menyebabkan capaian internet yang perlahan. Jika masalah masih sama setelah lakukan direct connection, berkemungkinan isu berpunca dari bahagian TM dan ada kebarangkalian berpunca dari masalah pendawaian (internal wiring) di premis pelanggan.


Tiada Sambungan unifi fiber, Talian Telefon unifi dan IPTV (unifi TV)
Langkah troubleshooting untuk penggunan unifi fiber sebenarnya lebih mudah. Anda cuma pastikan semua sambungan kabel berada di dalam keadaan baik dan perlu restart semua alatan terlebih dahulu sebelum hubungi TM unifi customer service.



Untuk isu talian telefon unifi, pastikan sambungan kabel berada di port TEL1 dan kabel untuk IPTV berada di port LAN 4. Jika masih sama, boleh hubungi TM untuk bantuan untuk reset port dan seterusnya.

Sekarang, pelanggan TM boleh menggunakan Smart Diagnosis Tools Easy Fix untuk kenalpasti masalah kerosakan teknikal yang berlaku dan terus boleh buat report kerosakan TM. Anda boleh access link Easy Fix tadi tanpa sambungan internet kerana ianya menggunakan Progressive Web App (PWA).


Cara Hubungi TM Untuk Aduan Kerosakan Teknikal

Jika semua langkah telah dibuat dan masih tidak berjaya, terdapat beberapa cara hubungi TM untuk buat aduan telekom malaysia/aduan kerosakan teknikal.


  • Hubungi TM Hotline 100 melalui panggilan
      Dail 100 (Pangillan dari talian tetap tempatan dan telefon bimbit mudah alih)
      Dail +603 2241 1290 (Dari talian antarabangsa)

  • Dapatkan bantuan unifi LiveChat
      Boleh login ke website TM dan klik pada icon Ask Unifi. 
      Pengguna TM perlu login dahulu sebelum boleh mula chat dengan chatbot unifi.

  • Email aduan telekom malaysia di help@tm.com.my
  • Bantuan dari Digital Channel TM
      Twitter @helpmeunifi (9 pagi-12 malam)
      Facebok @weareunifi (9 pagi-12 malam)


Masa Operasi TM Contact Centre Services

Technical assistance 
8.00am to 10.00pm (Daily)

Product & services, order management & billing 
8.00am to 5.30pm (Daily)

Directory Assistance 103 (TM Hotline 1300)
8.00am to 5.30pm (Monday to Friday)
Closed during National Public Holiday

Sepanjang menggunakan unifi adalah sekali dua Kak Bell hubungi TM untuk laporan kerosakan. Sekarang ni memang malas nak contact. Kadang-kala memang berbulu naik angin dibuatnya bila asyik putus je. Terutama bila connect dengan WiFi. Tambahan pula dengan kes bencana banjir baru-baru ni, mesti ramai yang terjejas. Katanya TM akan beri penggantian peralatan percuma dan Pengecualian Caj Langganan Bil Unifi selama dua minggu untuk pelanggan Terjejas Banjir. Harap semua urusan dipermudahkan dan harap korang semua bersabar bila internet tak ada ya. Hubungi telekom malaysia contact number seperti kat atas tu. Hidup sekarang ni memang perlukan internet. Tiber!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. This is a good guide, Kak Bell. Thank you for sharing this valuable information with me. You're the best. And last but not least, Happy new year ^_^

    ReplyDelete
  2. Ohh wow....this is a detailed helpful guide sharing, I have learnt it & saved it for future reference too. Happy new year 2022 ya. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. bagusnya bella info ni.. senang nak buat rujukan jika perlu hubungi TM

    ReplyDelete
  4. your step-by-step and super clear and easy to follow guide is so helpful! this article can definitely help a lot of Malaysians out when they require help urgently. saving this article now for my future use :)

    ReplyDelete
  5. tq kak bell..jelassssss nyata dan jitu..curlasss

    ReplyDelete
Previous Post Next Post