Projektor Pintar LUMOS FLOAT 360 DEGREES
Sejak kebelakangan ini, trend home cinema semakin mendapat tempat, terutamanya bagi mereka yang gemar menonton drama, filem atau binge Netflix dari rumah. Sebagai seseorang yang gemar menonton Netflix dan drama masa waktu lapang, memang dah lama Kak Bell mencari projektor home cinema yang praktikal, mudah digunakan dan tak makan ruang.
Antara produk yang benar-benar mencuri perhatian ialah LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema - sebuah projektor pintar yang bukan sahaja unik dari segi reka bentuk, malah menawarkan pengalaman tontonan yang sangat fleksibel dan praktikal.
Pengalaman Home Cinema Paling Selesa Dari Katil
Bila pertama kali cuba LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema, barulah Kak Bell terus faham kenapa projektor ini semakin viral di Malaysia. Ini bukan sekadar projektor biasa, LUMOS FLOAT benar-benar mengubah cara menikmati hiburan di rumah, terutamanya bila boleh menonton terus dari siling sambil baring atas katil.
8 Ciri Menarik LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema
- Projektor 360 Darjah Pertama
- Boleh Digantung dengan SkyTrack
- Pengalaman Skrin Lebar 150-inci
- Kejernihan Visual yang Hebat
- Dilengkapi dengan Netflix, YouTube, Wi-Fi, Bluetooth, dan Android OS
- Wireless Mirror Casting
- Sistem Dual Speaker
- Brand Dipercayai (Trusted Brand)
Projektor 360 Darjah Pertama – Tonton Terus Dari Siling
Perkara pertama yang paling buat Kak Bell teruja ialah fungsi rotasi 360 darjah. Dengan LUMOS FLOAT, tak perlu nak alihkan projektor setiap kali nak ubah sudut tontonan. Sama ada nak paparkan ke dinding atau siling, semuanya boleh hanya dengan memutarkan badan projektor.
Bila guna waktu malam, boleh tonton sambil baring dan tonton filem terus di siling. Pengalaman dia memang rasa macam mini pawagam peribadi. Tambah pula dengan auto keystone correction, paparan kekal lurus dan kemas walaupun projektor dipusingkan.
Boleh Digantung, Jimat Ruang & Sangat Praktikal
Satu lagi ciri menarik ialah SkyTrack hangable design. LUMOS FLOAT sangat ringan (sekitar 750g) dan boleh digantung menggunakan cangkuk 3M sahaja. Tak perlu tebuk dinding, tak perlu beli stand tambahan.
Untuk bilik tidur atau rumah kecil, ciri ini memang game changer sebab ruang kekal kemas dan minimalis. Nak bawa ke mana-mana pun mudah dan ringan!
Skrin Besar Sehingga 150 Inci Walaupun Bilik Kecil
Walaupun bilik tak besar mana, LUMOS FLOAT masih mampu hasilkan paparan yang sangat puas hati. Dengan jarak sekitar 1.5 meter, dah boleh dapat skrin sekitar 50 inci. Kalau ruang lebih besar, projektor ini boleh capai sehingga 150 inci, memang sesuai untuk movie night atau marathon drama. Daripada penat pegang smartphone masa menonton, lebih rileks tonton dengan home cinema projector ini.
Visual Jelas & Warna Lebih Hidup
Untuk kualiti visual, LUMOS FLOAT menyokong resolusi 1080p (asal 720p) dengan tahap kecerahan 3,000 lumens. Hasilnya, paparan kelihatan jauh lebih tajam, jelas dan tidak pudar walaupun digunakan dalam persekitaran dengan sedikit cahaya. Kualiti ini menjadikan LUMOS FLOAT sehingga 225% lebih jelas berbanding projektor standard lain dalam kategori yang sama. Secara peribadi, Kak Bell perasan perbezaan yang ketara dari segi:
- Gambar lebih tajam
- Warna lebih hidup
- Tak nampak pudar walaupun ada sedikit cahaya
Untuk harga bawah RM700, visual yang ditawarkan memang jauh melebihi jangkaan. Memang sangat puas hati dengan kualiti gambar yang dipaparkan.
Plug & Play Dengan Aplikasi Built-In
Antara sebab utama Kak Bell suka LUMOS FLOAT Smart sebab ia hadir dengan aplikasi built-in Netflix, YouTube, Android OS, Wi-Fi dan Bluetooth. Anda hanya perlu hidupkan projektor dan terus boleh menonton kandungan kegemaran tanpa sambungan peranti tambahan. Konsep plug & play ini sangat memudahkan, terutama untuk kegunaan harian.
Screen Casting Dari iPhone & Samsung
Selain aplikasi terbina dalam, LUMOS FLOAT juga menyokong wireless mirror casting. Bagi pengguna iPhone atau Samsung, LUMOS FLOAT menyokong wireless mirror casting. Anda boleh memaparkan skrin telefon terus ke dinding atau siling untuk menikmati TikTok, Instagram, Spotify, atau bermain game di skrin besar, semuanya tanpa kabel yang berselirat. Tersedia kabel AV, HDMI dan juga port untuk USB dan headphone.
Audio Sinematik Tanpa Speaker Tambahan
Dari segi audio, LUMOS FLOAT dilengkapi dengan sistem dua speaker dan sokongan Dolby Audio. Bunyi yang dihasilkan cukup seimbang, jelas dan memberikan pengalaman sinematik tanpa perlu membeli speaker luaran tambahan.
Dari segi bunyi, tak sangka audio dia sedap. Sistem dua speaker dengan sokongan Dolby Audio cukup kuat dan jelas untuk bilik tidur. Untuk tontonan biasa, memang tak perlu beli speaker tambahan pun.Bunyi dialog jelas, muzik pun terasa lebih ‘hidup’ dan immersive.
Rekaan Cantik & Pilihan Warna Estetik
Selain prestasi, rekaan LUMOS FLOAT memang cantik dan moden. Ia hadir dalam tiga pilihan warna - Gold, Silver dan Pink, jadi senang nak padankan dengan dekorasi rumah. Sis punya warna Gołd. Projektor ini bukan sekadar peranti hiburan, tapi boleh dijadikan sebahagian daripada hiasan bilik.
Harga Mampu Milik & Jenama Dipercayai
Dengan harga bermula serendah RM599 (Regular) dan RM649 (Smart), LUMOS FLOAT projector menawarkan nilai yang sangat berbaloi. Malah, harganya jauh lebih rendah berbanding projektor lain dengan spesifikasi serupa yang biasanya berharga antara RM1,500 – RM3,000. Setiap pembelian turut disertakan waranti tempatan 1 tahun kepada pengguna.
Tambahan pula, LUMOS merupakan jenama tempatan yang telah menerima ribuan ulasan 5 bintang daripada pengguna di Malaysia, satu bukti kualiti dan kepercayaan terhadap produk tempatan ini. #supportlocal
Siapa Yang Sesuai Menggunakan LUMOS FLOAT?
Secara keseluruhan, LUMOS FLOAT 360 DEGREES Home Cinema sangat sesuai untuk:- Peminat Netflix & drama
- Individu yang suka menonton sambil baring
- Pemilik rumah kecil atau apartment
- Keluarga yang inginkan pengalaman pawagam di rumah
- Sesiapa yang mahukan projektor pintar pada harga mampu milik
Dengan reka bentuk fleksibel, visual jelas, audio mantap dan harga mesra poket, LUMOS FLOAT sememangnya antara pilihan terbaik untuk pengalaman home cinema masa kini.
Website rasmi: LUMOS FLOAT Home Cinema Projector
Instagram: @lumosprojector_my
Facebook: LUMOS Projector Malaysia
Shopee: LUMOS Projector Official Store
Instagram: @lumosprojector_my
Facebook: LUMOS Projector Malaysia
Shopee: LUMOS Projector Official Store






