Origin Hybrid SpinePro Mattress Review - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Origin Hybrid SpinePro Mattress Review

Trending

Origin Hybrid SpinePro Mattress Review

Origin Hybrid Pro Mattress (Origin Hybrid SpinePro Mattress)

Bila bercakap pasal tidur, Kak Bell memang cerewet sikit. Bila umur meningkat dan kerja makin demanding, tidur berkualiti dah jadi satu luxury. Lagi-lagi bila kerja depan laptop lama, pinggang cepat rasa penat. Tambah pula sekarang memang selalu sakit belakang. Jadi bila Kak Bell dapat peluang cuba Origin Hybrid Pro Mattress (Origin Hybrid SpinePro Mattress), memang excited nak test betul-betul. Yes, before this Kak Bell dah pakai tilam Origin Hybrid Mattress dan Bantal Origin Superior Coolmax.

Tilam Origin untuk tulang belakang

Ini adalah review jujur Kak Bell selepas guna, termasuk apa yang Kak Bell suka, apa yang kurang, siapa sesuai guna, dan yang paling penting, berbaloi ke tidak tilam ni korang pakai?

Kenapa Kak Bell Pilih Origin Hybrid Pro?

  • Kak Bell nak tilam firm tapi tetap selesa
  • Perlu sokongan tulang belakang sebab bangun pagi rasa stiff, masa alih posisi tidur rasa tak selesa
  • Mahukan tilam yang sejuk sebab Malaysia panas
  • Saiz Queen paling sesuai untuk bilik Kak Bell
  • Nak tilam yang betul-betul supportive, bukan lembut semata-mata

Bila tengok teknologi yang ditawarkan, Origin Mattress Hybrid SpinePro ni memang kategori premium. Ada 7-zone springs, memory foam cooling, latex layer dan orthopedic support. Jadi jom Kak Bell cerita satu-satu.

Unboxing tilam Origin Mattress

Unboxing & First Impression

1. Berat ya amat!
Serius… saiz Queen memang berat. Kalau tinggal sorang macam Kak Bell, memang kena minta bantuan angkat ke katil.

2. Tilam mengembang cantik
Lepas buka plastik, tilam ambil masa sikit untuk naik. Bau foam baru ada, tapi hilang dalam 24–48 jam.

3. Nampak dan rasa premium
Tilam tebal 30cm — bila baring je, rasa macam duduk hotel.

Tilam tebal selesa

Teknologi & Material

1. SnowTencel™ Cooling Cover
Lapisan atas ni memang sejuk, breathable, dan tak perangkap haba. Ini paling Kak Bell suka.

Cooling actions

2. CloudCool Gel Memory Foam
Bila baring, rasa ada cushioning lembut tapi tak tenggelam.

Tilam selesa dengan right firmness

3. Natural Latex
Anti-alahan, anti-hama, tahan lama.

4. 7-Zone ErgoCoil Springs
Sokongan berbeza untuk bahagian bahu, pinggang, pinggul, kaki — ini yang bantu kurangkan sakit belakang.

Orthopedic support foam
7-Zone ErgoCoil Springs

5. Orthopedic Support Foam
Align tulang belakang secara natural ketika tidur.

Tilam untuk sakit belakang

Pengalaman Tidur Selepas 1 Minggu

✓ Lebih mudah tidur & tak terjaga malam. Hybrids yang sejuk memang best. Bila baring, cepat rasa relax.
✓ Badan kurang berpeluh. Walaupun bilik agak panas, tilam tak serap haba. Kain dia memang cooling.
✓ Sakit pinggang berkurang. Ini Kak Bell perasan paling ketara. Bangun pagi rasa lebih ringan.
✓ Motion transfer rendah. Kalau tidur dengan pasangan, movement kurang terasa.
✓ Tidur rasa stabil. Tilam firm tapi selesa — badan tak ‘tenggelam’ macam memory foam murah.

Apa Yang Kurang?

1. Agak firm untuk side sleeper. Kalau baring mengiring lama, bahu mungkin rasa pressure sedikit.
2. Tilam sangat berat. Nak alih sorang memang tak boleh.
3. Sarung tak boleh tanggal. Wajib guna mattress protector.

Origin Hybrid SpinePro Mattress Review


Comparison Table — Origin Hybrid Pro vs Origin Hybrid (Standard)

Ciri / Spesifikasi Origin Hybrid Pro (SpinePro) Origin Hybrid (Standard)
Jenis Tilam Premium Hybrid + Orthopedic Hybrid Standard
Sokongan Belakang 7-Zone Ergocoil Orthopedic 5-Zone
Foam Layer CloudCool Gel + Latex + Orthopedic Memory Foam + Latex
Cooling SnowTencel™ Cooling Top Standard Cooling Tencel
Firmness Medium-Firm (lebih supportive) Medium-Firm (lebih plush)
Ketebalan ±30cm ±25cm
Motion Isolation Sangat baik Baik
Rasa Bila Baring Lebih stabil, tak tenggelam Sedikit lebih lembut
Kelebihan Spine alignment terbaik Value for money
Sesuai Untuk Sakit pinggang, tidur panas, pasangan Prefer tilam tak terlalu firm

Trivial & Ringkasan

5 Sebab Kak Bell Suka Origin Hybrid Pro

  1. Sokongan tulang belakang optimum
  2. Cooling Cover yang sejuk sepanjang malam
  3. Tilam stabil & tak tenggelam
  4. Tidur lebih lena, movement pasangan tak terganggu
  5. Ketebalan 30cm – Rasa premium macam kat hotel

Teknologi Dalam Origin Hybrid Pro

❄ SnowTencel™ Cooling
🧽 CloudCool Gel Memory Foam
🌿 Natural Latex
🌀 7-Zone ErgoCoil
🛡 Orthopedic Support Foam

Siapa Sesuai Guna Origin Hybrid Pro?

✔ Ada masalah pinggang / belakang
✔ Suka tilam firm tapi selesa
✔ Tidur panas, cepat berpeluh
✔ Kongsi katil dengan pasangan
✔ Nak pelaburan jangka panjang (warranty 15 tahun)

Kurang sesuai jika:
✘ Suka tilam jenis lembut
✘ Suka alih tilam selalu (sebab berat)

Origin Hybrid Pro Mattress

Kesimpulan: Berbaloi Ke Tak? 

Untuk Kak Bell, Origin Hybrid Pro Mattress memang worth it, terutama jika korang ada isu sakit belakang, selalu berpeluh masa tidur. Lepas pakai, bangun pagi tanpa rasa sakit badan dan tidur lebih lena. Tilam ni memang kategori premium, tapi kualiti dan keselesaan dia memang setanding harga. Kalau korang tengah cari tilam yang betul-betul boleh bantu tingkatkan kualiti tidur, tilam premium yang tahan lama, Kak Bell memang boleh recommend Origin Hybrid Pro ini.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post