Grannies Kiosk Melawati: Port Sarapan Authentic Terengganu Dengan Nasi Dagang Padu di Kuala Lumpur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Grannies Kiosk Melawati: Port Sarapan Authentic Terengganu Dengan Nasi Dagang Padu di Kuala Lumpur

Trending

Grannies Kiosk Melawati: Port Sarapan Authentic Terengganu Dengan Nasi Dagang Padu di Kuala Lumpur

Hidden Gem Makanan Terengganu di Taman Melawati

Kalau sebut pasal makanan tradisional Melayu, memang susah nak tolak lebih-lebih lagi bila jumpa tempat yang masih kekalkan rasa asli turun-temurun. Baru-baru ni, Kak Bell sempat singgah ke Grannies Kiosk Melawati semasa Grannies Makan Makan Fiesta, dan honestly this place memang hidden gem untuk peminat makanan Pantai Timur di Kuala Lumpur.

Terletak di dalam Restoran Sajian Mak Lang, Taman Melawati, kiosk ni sangat mudah dicari sebab lokasinya dekat dengan Melawati Mall dan boleh nampak terus dari MRR2. Parking pun senang, jadi memang sesuai kalau nak singgah breakfast pagi-pagi tanpa stress cari parking.

Grannies Kiosk Melawati: Port Sarapan Authentic Terengganu Dengan Nasi Dagang Padu di Kuala Lumpur

Grannies: Dari Online Order Ke Kiosk Pertama di Melawati

Ramai mungkin dah pernah rasa nasi dagang Grannies sebelum ni dekat beberapa cafe sekitar Klang Valley tanpa sedar. Jenama ni sebenarnya dah bermula sejak tahun 2018, dan selepas hampir 8 tahun beroperasi, akhirnya pada Februari 2026 Grannies membuka kiosk pertama mereka sendiri di Taman Melawati.

Grannies Kiosk Melawati

Apa yang buat Grannies special ialah mereka masih mengekalkan resipi asli Terengganu yang diwarisi turun-temurun. Setiap hidangan memang ada rasa tradisional yang cukup comforting dan nostalgic, especially untuk orang yang membesar dengan makanan Pantai Timur.

Port Breakfast Best di KL Untuk Peminat Makanan Pantai Timur

Grannies Kiosk Melawati dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, memang ngam untuk breakfast atau brunch santai.

Menu Nasi Dagang Grannies

Kuih Muih Tradisional

Kuih Muih Terengganu

Menu dekat sini pun memang heaven untuk penggemar makanan tradisional Terengganu. Antara menu yang wajib cuba termasuk:
  • Nasi Dagang Ikan
  • Nasi Pulut Rendang Daging
  • Nasi Lemak Sambal Ikan
  • Laksa Kuah Putih
  • Laksa Kuah Merah
  • Pulut Lepa (Pulut Panggang)
  • Pulut Tapai
  • Aneka kuih-muih tradisional
  • Nasi Goreng Ikan

Semua menu dekat sini mengetengahkan rasa authentic Pantai Timur — kaya dengan rempah, sedikit manis dan cukup flavourful.

Nasi Dagang Grannies Memang Wajib Cuba

Antara menu yang paling standout untuk Kak Bell mestilah Nasi Dagang Ikan mereka. Nasi dia lembut dan wangi, dipadankan pula dengan gulai ikan yang pekat dan penuh rasa. Memang jenis comfort food yang buat orang repeat datang balik.

Selain tu, Nasi Pulut Rendang Daging pun sedap gila. Pulut dia lembut, rendang pula cukup berempah dan juicy. Memang puas makan. Kuih-muih tradisional mereka pun jangan skip. Simple tapi rasa homemade tu memang kena sangat.

Dah Famous Sampai Artis & Sultan Pun Suka

Tak ramai tahu sebenarnya nasi dagang Grannies ni dah lama dijual di lebih 20 cafe dan restoran sekitar Klang Valley termasuk di Kueh Cafe dan La Cucur. Jadi memang tak hairanlah ramai yang dah familiar dengan rasa dia.

Malah, makanan Grannies juga pernah jadi pilihan beberapa selebriti terkenal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Neelofa dan Dato’ Aznil Nawawi (Pak Nil). Malah difahamkan Sultan Pahang juga merupakan antara peminat nasi dagang mereka.

DIY Your Nasi Dagang Platter: Cabaran Paling Fun Masa Fiesta

Antara aktiviti paling happening sepanjang Grannies Makan Makan Fiesta mestilah sesi DIY Your Nasi Dagang Platter yang melibatkan blogger, media dan KOL yang hadir. Dalam cabaran ni, setiap peserta diberi masa hanya 20 minit untuk menghasilkan platter nasi dagang paling cantik dan kreatif menggunakan pilihan lauk serta hiasan yang disediakan oleh Grannies.

Aktiviti DIY Nasi Dagang Platter

Nasi Dagang Platter

Memang meriah tengok masing-masing cuba susun plating aesthetic ala-ala food stylist profesional! Ada yang tampil dengan konsep traditional kampung vibe, ada juga yang lebih moden dan minimalist. Lagi best, platter paling cantik dan kreatif akan membawa pulang hadiah istimewa daripada Grannies. Aktiviti ni bukan je fun, tapi secara tak langsung tunjuk betapa versatile dan cantiknya hidangan tradisional Terengganu bila dipersembahkan dengan kreativiti tersendiri.

Ada Catering Tanpa Minimum Order

Selain dine-in dan takeaway, Grannies juga menyediakan servis catering untuk pelbagai jenis majlis seperti:
  • Birthday party
  • Gathering
  • Office event
  • Hi-tea
  • Family event
Menu Grannies Order Online

Best part, mereka tak letakkan minimum order, yang memang rare sekarang ni. Mereka juga boleh customise aktiviti dan konsep ikut kesesuaian event. Kalau nak order atau buat tempahan catering, boleh terus WhatsApp atau call nombor di bawah.

Lokasi & Info Grannies Kiosk Melawati


📍 Grannies Kiosk Melawati
Restoran Sajian Mak Lang,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
(Berdekatan Melawati Mall)

🕖 Waktu Operasi: 7 pagi – 12 tengah hari (setiap hari)
📞 Catering / tempahan: 013-9075199
📍 Location: https://maps.app.goo.gl/BiajJnJXMsjQ4FwH6

Instagram: @grannies.my
Facebook: Grannies.my
TikTok: @granniesmy

Kalau korang craving makanan Terengganu authentic tapi malas drive jauh sampai Pantai Timur, honestly Grannies Kiosk Melawati ni memang worth trying. Rare nak jumpa tempat yang masih kekalkan rasa tradisional macam ni dekat KL.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post