Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia - Bella Jamal

Trending

Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia - Bella Jamal

Tips Memilih Makanan Kucing, Best Cat Food Malaysia | Makanan kucing (cat food) ialah perkara amat penting perlu ada apabila kita memelihara kucing. Sesetengah dari kita mungkin beranggapan kucing boleh makan apa sahaja seperti manusia. Iyalah, Kak Bell sendiri pun masa tak tahu, ingatkan nasi digaulkan dengan ikan adalah diet terbaik untuk kucing. Actually, it is not good for cats! Jadi perlulah kita ketahui cara Memilih makanan kucing supaya kucing terhindar dari penyakit yang berpunca dari pemakanan mereka. Jom baca lebih lanjut kalau nak tahu makanan anak kucing terbaik buat anak bulus korang.

Makanan Kucing Happy Cat

Apakah Bahan Perlu Ada Dalam Makanan Kucing Yang Baik

Makanan kucing yang baik dan berkualiti harus mengandungi taurine, iaitu asid amino yang khusus diperlukan oleh kucing, vitamin, mineral, dan juga asid lemak/asid amino (menghalang pembentukan batu karang dan jangkitan salur kencing). Dalam pemilihan makanan kucing yang baik, perlu elakkan produk sampingan (by-product) seperti produk yang menggunakan tulang. Bahan campur karbohidrat (filler) seperti oat atau produk kacang soya, mesti dalam jumlah kandungan yang sederhana iaitu kurang dari 40 peratus daripada diet kucing korang.

Perkara yang paling penting, korang mesti menyemak kadar peratusan protein dan apa jenis protein yang digunakan sama ada ayam, ikan, daging lembu atau apa digunakan. Makanan kucing terbaik perlu ada kandungan protein yang tinggi. Ianya lebih baik kerana badan kucing memerlukan protein, tidak seperti manusia yang memerlukan karbohidrat untuk sumber tenaga kita. Semua benda ni korang kena tengok dan kaji dahulu supaya jenama yang dibeli mengandungi bahan-bahan terbaik sebagai pilihan makanan kucing yang baik buat kucing. Baca juga > BOLEHKAH KUCING MAKAN MAKANAN MANUSIA? (HUMAN FOOD FOR CAT)

Kategori & Jenis Makanan Kucing

Memang terdapat banyak jenis produk keluaran makanan kucing premium terbaik di pasaran. Diantaranya Blackwood, Equilibrio, IAMS, iCATS cat food, Vita Cat, Royal Canin, Taste of Wild dan macam-macam lagi. Pokok pangkalnya mesti nak tengok bajet asing-masing jugalah. Ok, terdapat 3 kategori & jenis makanan kucing seperti berikut:

1) Super Premium/Holistic (paling bagus, mahal, agak susah nak dapat).
2) Premium (bagus, harga bergantung).
3) Komersial (paling murah dan mudah didapati di pasaraya, kedai runcit).

Makanan Kucing ( Cat Food) Brit Premium
Brit ni beli sebab Cik Lucy sensitif skin lebih 3 tahun. Pening tak tau nak bagi makan apa. Hujung-hujung elok after istiqomah letak ubat kutu/hama.

Makanan kucing jenis komersial adalah terdiri daripada makanan kucing yang kerap muncul di media seperti tv, suratkhabar dan sebagainya. Jenama jenis ini sangat popular kerana mudah di dapati di mana-mana kedai runcit dan supermarket berdekatan korang. Makanan jenis Premium dan Holistik jarang dikenali dan jenama-jenama ini biasanya terdapat di pet shop atau di klinik haiwan sahaja. Perbezaan di antara ketiga-tiga kelas makanan kucing di atas ialah isi kandungan dan bahan-bahan pembuatan makanan tersebut. 

Makanan kucing yang berkualiti mesti menggunakan bahan dan sumber protein tinggi seperti isi Ikan Salmon, Ikan laut, Daging Ayam, Daging Ayam Belanda dan lain-lain. Produk Super premium atau holistic tidak mempunyai steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan dan filler seperti jagung, gandum, soya. Korang mesti elak untuk membeli cat food yang menggunakan bahan by-product yang rendah kualiti, perasa tambahan kerana kandungan garam tinggi dan makanan kucing yang mengandungi banyak karbohidrat filler yang tidak mempunyai vitamin atau nutrisi untuk kucing.

KUCING BOLEH HASILKAN VITAMIN C SENDIRI?
Betull. Haiwan seperti kucing, lembu, kambing dan arnab, serta kebanyakan haiwan mamalia yang lain, dia orang boleh menghasilkan Vitamin C dalam sistem badan mereka. Tapi, kita, manusia. Tak boleh.

Happy Cat Junior Jenis Premium
Happy Cat Junior RM100 4KG after discount. Sedap memasing makan. Pitam mahal!

Bahan By-Product Tidak Berkhasiat Untuk Kucing

Bahan by-product tu ialah bahagian haiwan yang kita tak makan seperti kepala ayam, paruh ayam, kaki ayam, bahagian organ dalaman dan lain-lain. Filler yang selalu digunakan untuk makanan kucing adalah seperti corn/wheat gluten, cornmeal, ground wheat dan lain-lain. Untuk membezakan makanan yang pakai by-product biasanya kering, tak berapa moist dan tidak berminyak compared to premium atau super premium. Benda ini bertindak sebagai filler yang buatkan kucing kenyang, untuk beri bentuk pada kibbles tapi tidak berkhasiat untuk kucing. Kibbles yang bagus perlu ada at least 33% protein.

Pet Cuisine Jenama China
Brand ni agak murah, tapi dipercayai dari China. Lepas 2 bag beli terus stop sebab tak yakin.

Sava Essential Makanan Kucing
Not bad, but tengok meow maintain tak gemuk-gemuk. Lepas tukar Blackwood semua gebu balik.

Produk Super premium atau holistic tidak mempunyai steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan dan filler seperti jagung, gandum, soya. Kandungan holistic pet food, memang tak ada benda-benda ni dan sebab itu harga holistic cat food paling mahal dan dilabel super premium. Kak Bell ada pengalaman sebab nak jimat kos, beli cat food komersial. Akhirnya anak kena FLUTD. Baca sini > SKY KENA FLUTD. Dah kena dekat RM1k untuk rawatan. Korang memang kena cuba elakkan membeli cat food dengan kandungan by-product, banyak perasa tambahan atau bahan pengawet (especially garam dan dry food berwarna) yang sememangnya tidak baik untuk kucing kerana ia boleh menyebabkan batu karang kepada kucing. 

Blackwood Cat Food Review

Kak Bell dah pernah cuba macam-macam juga cat food brand (dry foods) seperti Blackwood, Equilibro, Taste of Wild, Brit Care, Happy Cat, Greens dan lain-lain. Buat masa sekarang Kak Bell bagi Blackwood, mixed dengan Royal Canin Urinary Care (sekali-sekala campur supaya dorang minum lebih banyak air). Disebabkan pengalaman lalu, Kak Bell dah tak berani nak bagi cat food yang ada bahan merapu disebabkan nak jimat. Kos kalau kucing sakit, lagi gila nak bayar dikemudian hari. So far memang adult cats ngam dengan Blackwood ni. Untuk anak kucing bolehlah bagi Blackwood Kitten Food. Mungkin korang boleh cari juga Blackwood cat food review, equilibrio cat food review dan juga yang lain untuk rujukan.

Jenis Makanan Kucing Blackwood
3 jenis Blackwood

Blackwood Breeder Pack
Breeder Pack 23KG

*Blackwood Indoor Cat Formula Chicken Meal & Brown Rice Recipe is a flavourful, easy-to-digest recipe that delivers superior nutrition in every bowl. Made with 30% all-natural chicken protein, this meal furnishes all the amino acids that support healthy muscles, bones, and immune systems. A portion of complete and balanced cat food for feline friends.

*Kindly check the label for the Full Ingredient List
Chicken Meal, Brown Rice, Millet, Ground Grain Sorghum, Oat Groats, Egg Product, Pea Protein, Menhaden Fish Meal, Brewers Dried Yeast, Natural Flavor, Chicken Fat (Preserved with Mixed Tocopherols), Dried Plain Beet Pulp, Whole Ground Flaxseed, DL-Methionine, Menhaden Fish Oil (Preserved with Mixed Tocopherols), etc

Pilih Makanan Kucing Premium Dan Bergantung Kepada Bajet

Sekarang Kak Bell dah beli semula Blackwood tetapi beli pek besar 23KG (22.68KG) terus. Salah satu brand popular ialah Royal Canin. Tapi harganya mahal sangat, tak mampu nak bagi kalau ada anak-anak ramai. Jadi Kak Bell sarankan beli makanan kucing premium dan ianya bergantung kepada bajet korang supaya poket tak koyak dan kucing terhindar dari penyakit yang berkaitan dengan pemakanan.

 

Tips dia kalau korang ada kucing yang banyak, anak yang ramai, better beli breeder pack. Memang sangat jimat. Untuk pek 6KG Blacwood berharga RM115 dibandingkan dengan pek 23KG harganya RM320. Before this memang beli yang 6KG je sebab tak larat nak angkat, berat. Duduk pula tingkat 16. Bila memikirkan dalam sebulan 12KG pun tak cukup, jadi terus beli breeder pack. Bayangkan kalau pek 6KG x 3 pek x RM115= RM345 berbanding korang boleh jimat dan dapat extra 5KG dengan harga RM320. Buat masa ni, tahan 1 1/2 bulan untuk 12 ekor kucing di rumah. Berbaloi sangatlah walaupun Kak Bell hanya mampu heret je pek yang berat itu (sekarang dah beli troli untuk memudahkan kerja transportasi barang kucing). Sekali-sekala baru bagi wet foods, fresh chicken (ayam rebus),multivitamin atau cat treat. Klik sini > AYAM REBUS BAIK UNTUK KUCING 


Blackwood ni sebenarnya adalah makanan kucing jenis premium. Kandungan high protein pun dalam 30%-33% (cari protein content tinggi). Si Puteh yang sebelum ni kurus dah gemuk semula bila Kak Bell bagi semula diet Blackwood. Cik Lucy yang selalu kegatalan dan bulu gugur pun dah lebat semula bulunya. Ni berdasarkan pengalaman Kak Bell lah. Mungkin sebab dari kecik dah memang bagi Blackwood dan serasi dengan anak-anak di rumah. Kalau korang kaya raya, bolehlah beli jenis holistic atau super premium macam Orijen atau Evo atau brand lain dalam kategori best cat food malaysia. Terpulanglah poket anda but Kak Bell tak saran beli jenama komersil W, SH atau PD. Kak Bell beli pun buat sedekah amal bagi stray cat. Huhu.

***update: sekarang breeder pack Blacwood susah nak dapat. Ada pek biasa sahaja. Kak Bell sekarang dah pakai Vital-Plus sebab ada FLUTD care + Brit Care Cat Grain-Free STERILIZED URINARY HEALTH (dulu pakai Hills Urinary Care) khas untuk elak kucing kena penyakit UTI (Urinary Tract Infections). Kedua-duanya ok tapi yang Brit makanan kucing ni ekonomi sikit. Ada juga yang tanya pasal Molly Cat Food dan makanan kucing reflex plus. Brand ni pun Kak Bell belum cuba sebab takut nak tukar-tukar makanan lagi sebab sistem pencernaan kucing sensitif.

***Paling latest Kak Bell masih pakai makanan kucing grain free Brit Care dan jenama EGOCAT sebab vital plus selalu tak ada stok. Egocat ada ciri untuk cat urinary health.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

62 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Kucing jalanan kat rumah ni bagi makan makanan kucing perisa ayam. Memilih ko tak nak makan perisa ikan. Bukan kucing makan ikan ke?. Memilih....hehehe....makanan brit ni macam tak pernah dengar lagi. Bole la cuba. Mana tau kucing suka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi pandai pulak dia memilih ye. Biasa kalau bagi stray semua dia sapu. Kalau bg Brit memang happy la hidup dia. Sedappp.

      Delete
  2. Boleh tahan harga se pek. Mahal betul makanan si meow ni. Kalah makanan baby. Kah! Sebab tu la gebu-gebu kucing ni ek. Bukan makanan biasa2. Saya pernah dengar yang kucing tak boleh makan nasi. Kena makan makanan kucing yang diproses dan daging je. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye awak. Mahai serba serbi. Kucing sebenarnya karnivor.

      Delete
  3. harga2 makanan kucing ni mmg agak tinggi sbb berkualti untuk kucing kita. kalau macam saya ada dua ekor je skrg kt rumah, senanglah, kalau yang ada berbelas-belas ekor tu, macam mana lah perbelanjaan untuk kucing? :) tapi kalau dah sayang kan kucing, tak kisah pun beli makanan mahal mcm mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bagi Kak Bell beli yang ekonomi dan bagus.

      Delete
  4. banyak betul kucing bella bela, semua ada nama tak tu. kan tertukar panggil kucing jiran time bagi makan. biasanya kalu kucing kat kampung sekali sekala memang BBL bagi dry food & wet food bergantung pada mood. sebulan sekali pun dah okay sebab dah terbiasa bagi nasi lauk ayam/ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ada nama BBL. Dan boleh cam siapa walopun yang wane hitam ramai. Hehe.

      Delete
  5. Adik kita peminat kucing memang dia belikan jenama Blackwood untuk kucing kesayangan dia. Yang lia tahu makanan kucing kena beli 1 warna sahaja bukan yang warna wani untuk mengelakkan kucing ada sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye yang warna-warni tu produk komersil. huhu. Garam banyak.

      Delete
  6. Kalau zaman Marsha kecik-kecik dulu memang mak bg makan nasi gaul ikan je. Tapi sekarang untuk jaga kesihatan kucing dan juga elakkan bulu kucing gugur diet penting memang diperlukan. Jadi makanan kucing kena sesuai. Yang premium memang best sebab ia lagi banyak nutrisi dan terbaik. Marsha pun selalu simpan makanan kucing dalam kereta untuk bagi stray cat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. netul tu Marsha. Bella pun jenis kesian tgk meow lapar.

      Delete
  7. Baru tahu. Nak beli makanan kucing pun kena ada tips yang perlu diikut. Yelah yang saya tahu kalau ada kucing kena belikan makanan ikut usia. Saya tak bela kucing so memang tak familiar sangat apa apa kaitan kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAh. Kalau dah besar kena bg yang Adult. Sebab yg Kitten protein tinggi. Nanti obesiti.

      Delete
  8. Thank you for sharing this bella, shared this post to my mum as well. We have 7 cats at home and throughout the years memang banyak kali jugak tukar makanan kucing due to faktor kesihatan diaorang, price range and also sebab anak bulus dah tak berselera. Dulu selalu beli satu jenis, tapi sekarang kami dah amalkan campur sebab nampak kucing lagi sihat. Dan beli dekat Shopee murah dan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Mira. Betul. Kadang2 dorang dah jemu. So better campur2 kan.

      Delete
  9. Mak dekat kampung bela dalam 11 ekor kucing. Semua kucing jenis kutip kutip. Dulu pakai bagi ikan rebus, nasi je. Sekarang baru beli makanan kucing yang proper. Baru cari kibbles sesuai. Follow lebih kurang jugak lah macam tips ni bila nak cari makanan budak budak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan rebus tu pengsan juga kalau nak bagi hari2 kan. Mahal juga ikan sekarang.

      Delete
  10. bagus sangat tips ni buat yang bela kucing .macam ciktom teringin jugak nak bela tapi suami tak nak pulak..memang untung betul beli yang breeder pack tu 23kg rm320 je..sbb dulu ciktom suka jugak beli mknn kucing bagi kucing jalanan or yg kucing yg dtg2 makan kat umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah. Kongsi rezeki sikit dengan haiwan stray. Kesian depa.

      Delete
  11. wah bagus tips ni. selalu mama belasah je beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang ni memilih jugak. Hehe. Asalkan yang ok utk dorang, boleh je beli.

      Delete
  12. Dekat rumah mama airah ada la bela kucing. Rumah sendiri tak ada sebab takut kucing hahaha. Kena tunjuk dekat family ni senang nak pilih makanan kucing nanti tak ada la salah pilih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau balik umah mama tak takut ke ada meow tu? Hehehe

      Delete
  13. hai kak bell .. dekat mane nk beli breeder pack 23kg tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Nad. Boleh cari di Pet Shop. Sesetengah ada jual, tanya dulu lah :)

      Delete
  14. hi guys , ada siapa tau web site ini http://ninelivesnation.com ? Tak tau legit ke tak , dalam ada pelbagai jenis makanan kucing dengan harga yang murah , macam search engine untuk cat food murah. kalau ada siapa yang tau roger ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak dia dah campur makanan premium dengan komersial. Saya tak suggest beli brand Whiskas atau Prodiet utk kucing lebih sihat tanpa makan bnyk garam.

      Delete
  15. Hai bell, bell juga di sini. Hehe. Actually, i baru bela kucing. Stray cat. Masa dtg very small n injured (koyak perut ��). Dah bawa jumpa vet. Alhamdulillah sihat dah skrg, usia dalam 4m la kot umur dia. Baru vaccine 1st dose. Anyway, i seriously tak tau about cat food. Sejak dia dtg, i bagi W. Bila baca ur blog baru tau, tak elok. Nak tanya, IAMS or Purina tu ok ke? Or u have any other suggestion?

    ReplyDelete
  16. Tumpang tanya ye, kat mane beli blackwood yg breeder pack tu? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa buat masa sekarang stok breeder pack Blackwood susah nak dapat. Pek biasa je ada. Saya pun dah tukar ke VitaPlus. Boleh juga cuba Dormeo, satu kompeni dengan Blackwood.

      Delete
  17. Vitaplus ok ke? Kucing boleh gemuk tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far ok. Sy pakai VitaPlus sb ada FLUTD care.

      Delete
  18. kenapa di ingredients blackwood ada ground corn, brown rice and wheat flour? Dalam 5 bahan utama lagi tu. Itu tidak bagus kan tapi ramai orang recommend pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya ianya bergantung kepada bajet. kalau mampu belilah yang super premium holistik cat food. Blackwood tu just level premium dan semua produk pun mesti ada filler untk buat dia berbentuk as dry food. Berbanding gunakan produk komersial dgn garam tinggi, rasa dengan bajet yg ada ok je pakai produk yg kualitinya on par dr yg terbaik and worst. Pendapat dan pemahaman sy la. lebih info kn taya vet la. huhu.

      Delete
  19. Izin tanya ada yang makanan kucing jenama Masha itu berkualiti ke? Sebab saya cek bahan die takde spesifik daging ayam atau lembu atau sebagainya. Boleh tak bagi review pasal Masha brand tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak pernah guna Masha dan lihat kandungannya. Sy saran beli yg certified kat pet shop or refer vet. Takut beri salah info. Kalau sy takk akan beli jenama komersial.

      Delete
  20. Hi nak tanya, kibble greens mother & baby cat ok tak ye? Before this sy bagi smartheart mother & baby to my cat & her kitten. Tp baru sedar ingredients dia tak brp elok.. dah survey2 nmpk harga produk greens mampu milik sikit la bg sy.. ok tak ye? And ada suggestion lain tak utk mom & baby cat food yg ok? Lg satu sy tgk greens origin from taiwan, betul ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sy pun pernah bagi Greens..ada 3 jenis kan dan harga mmg ok. Tapinya byk kes flutd kalo pki greens dan meow sy pun penah kena. So sy totally bagi Vital plus dgn flutd care + kibbles jenama hills utk batu karang.

      Delete
    2. Terima ksh for your reply..ok faham2 will try the product lps ni.. lg satu kibbles jenama glorycat pernah try? Elok tak ye?

      Delete
  21. Salam kak bell. Just nak tanya.. Kucing2 kak bell pernah makan taste of wild kan.. So far ok tak jenama tu? Sy baru try.. Kucing makan, tapi mcm bulunya banyak gugur.. Walau usap perlahan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kak Bell bg 1 pek je sb tak larat mahaiii. Mmg sedap depa makan tapi tak sure pasai bulu gugur sb pakai kejap aja.

      Delete
  22. Salam Kak Bell, masih consume vitalplus ke? ok eh? Saya skang guna Greens, Greens ni ok ke actually? sepanjang pengetahuan Kak Bell laa one of my cats kena batu karang, tapi sekor tu je lah kena, yang lain alhamdulillah masih ok. Cadang nak tukar makanan jugak ni n nak tengok cost jugak laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf baru perasan komen. Masih pakai vital plus, egocat kalo takde stom vital dan brit sterelized utk kucing asa urinary isu. Greens pernah pakai tapi dgr ada yg tk ok. Tak sure yg jenis mana 1. Kak bell pernah pakai n meow ada kene flutd. Mungkin boleh cari lg review ttg greens

      Delete
  23. Salam. Vitaplus dah pakai... Dormeo dah. I-cat dah tapi still gugur ... Tak tahu d mana silapnya. Dulu lps sunatkanya berat Naik n bulu ok. Tapi skrg dah Makin bnyak gugur n badan Makin susut. Risau.. sy 10ekor... Planing nak try sahara primium jg. And add on dgn fish oil ... N extra vitamin.. jika sahara still jg gugur. Mybe back to vitaplus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sorry br baca. So far meow kt umah tkde bulu gugur. Kdgkala bukan sb food je gaknya depa tk gemok. Mayb stress ke. Kalau vital ok tk gugur mean serasi la tu

      Delete
  24. Salam kak Bell.

    Terima kasih atas perkongsian ilmu n info akak pasal makanan kucing.

    Saya ada sekor kucing je. Jumpa masa baby kt tmpt sampah org buang. Tapi sekarang dah 7,8 bulan n ekor kembang. Dari kecil sy bagi makan purina friskies kitten tu + wet food Felix. Selalu saya gaul dua² tu dan dia mmg berselera sgt. Sampai sekarang menten je bagi yg sama hari². Kucing pun sihat dan makin cembam lbh² lg lepas saya bagi dia vitamin beli kt shopee sebulan lalu.

    Bila baca info akak n dr web lain bgtau makanan komersil tak elok, sy terfikir utk nak tukar makanan dia tapi masih confused... Apa yg saya bg sebelum ni pada pendapat akak ok ke?... Atau ada cadangan tukar kpd yg lain... Purina one kitten ok tak kak? 😉 Tq kak bell

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Encik Kai. Itulah sebab kak bell tak sarankan untuk bagi kibbles yang kandungan garam atau pewarna yang tinggi. Tapi kalau sihat sahaja, alhamdulillah. Kak Bell memang dah stop sama sekali bg brand komersil sebab meow penah 2 flutd, sekor mati (jantan semua), betina ada sekor susah kencing dan berdarah. Apapun ikut budget en. Sebelum terjadi ada baiknya mencegah :)

      Delete
  25. hi sis,

    Vital-Plus Chicken ke Salmon bagus? nak try jugak ni. masih pakai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Masih pakai Vital Plus. Kucing umah lg suka Chicken, tapi kalo takde stok beli juga Salmon tu.

      Delete
  26. Salam.. sy baru je try bagi kucing sy Taste of the Wild lps baru jmpa petshop kat Kuching yg jual. Sini ssh nak dpt brand tu. Sbb tngok review byk ckp its one of the best. So far, kucing2 sy (1 ekor 10months, 1 ekor 7months, 1 ekor 6months, and 5 ekor 2months) semua nampak suka consume totw. Sblm ni sy suka try bagi mcm2 jenis kibbles n wetfood, tapi totw yg paling premium so far haha.

    Sy nak tanya, kak bell bagi hanya kibbles setiap hari dan wetfood dan chicken a few days per week ke? Coz kucing2 sy tu asyik lapar je, sblm ni bagi wetfood a few times per day dan kibbles sentiasa diisi dan salu je makan, tapi bdn takdela gemuk (semua local cats, satu je mix persian+local) maybe coz lps makan asyik membuang je.. now sy try utk bagi wetfood 3 times per day and small portion je, coz I thought i was doing the wrong method in feeding my cats huhu. Ada jugak kwn sy ckp, dia feed cats kibbles totw je and wetfood seminggu skali, kucing dia mmg nampak gemuk2 dan sihat. Pls advise me on the best way to feed the cats. Appreciate it very much thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kak Bell pun tak berapa pandai. Biasa method Kak Bell sama macam kawan awak. Bagi kibbles dan seminggu sekali bagi wetfood, ayam rebus atau cat treats lain sb Kak Bell ada bnyk meow. Hampir 30 jadi kene jaga kos. Hehe. Mungkin juga ikut baka dan genetik kucing juga. Ada juga meow Kak Bell yang tak nak gemuk. Hehe.

      Delete
  27. Hi kak bell ✨

    Seblum ni kucing saya pernah ken batu batu karang.. dan dia makan rc urinary s/o .. skrang saya nak tukar makanan yang ada urinary care ..

    Jadi saya nak tanya, kalau saya bgi vitalplus saja okay x ? Sbb bajet saya limited kalau nak campor dengan hills

    Terima kasih kak bell ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sy dah balas DM awak. Tq singgah sini.

      Delete
  28. Hai kak bells...mmg confius betul nk cari mknn terbaik utk kucing....klu utk kitten ap yg plg bgs yer... Brand benefit tue ok x? Ad beli brand bravery tp kucing kurang suka mkn kne cmpur dgn rc sikit baru hbs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi CikJue. Kak Bell tak pernah guna brand Benefit. Ok juga tu campur dgn RC. Cuba ty Equilibro atau Brit Kitten.

      Delete
  29. Salam sis. Equilibro kitten ok x ? sbb sy baru bg dlm 1 month. nmpk ok jgk. tp ada 1 kitten sy nmpk monyok. ada suggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. EQ ok. Kitten sy pun suka. Tp sb dah ramai sy cari alternatif lain. Yg monyok tu makan tak EQ? Kalau dia makan ok la. Cubalah bg treat/cat lick.

      Delete
Previous Post Next Post