Semalam Kak Bell puas menonton tayangan filem
    Spider-Man: Far From Home di IMAX 2D TGV One Utama. Memang
    ternanti-nanti nak menonton filem ini. Terima kasih di atas jemputan dari
    pihak Jack ‘n Jill Calbee Malaysia untuk tiket premiere semalam. Kalau
    korang nak tahu, Jack ‘n Jill telah melancarkan keropok potato chips Calbee
    terbaru dengan 3 perasa untuk meningkatkan pengalaman snek dan ketika
    menonton filem. So, ceritanya Kak Bell makan jajan Calbee ni masa menonton
    filem superhero Spider-Man: Far From Home ni!
 
Filem Spiderman ni memang Kak Bell dah tonton semua kecuali Into the      Spider-Verse (filem animasi). Kalau tak silap dah ada 8 filem Spiderman,
      tak termasuk 3 filem watak Spidey di bawah Marvel Cinematic Universe (MCU). Semasa bawah Sony, trilogi Spiderman arahan Sam Raimi dilakonkan oleh
      Tobey Maguire dalam Spider-Man (2002), Spider-Man 2 (2004) & Spider-Man 3 (2007). Then Sony tukar pelakon baru Andrew Garfield untuk watak Spiderman
      dalam The Amazing Spider-Man (2012) & The Amazing Spider-Man 2 (2014)
      bawah arahan Marc Webb. Tahun 2015, Studio Disney, Marvel Studios dan Sony
      mengumumkan perjanjian untuk berkongsi hak untuk filem Spider-Man dan
      disatukan ke Marvel Cinematic Universe (MCU). Barulah watak Spidey ni
      muncul dalam filem MCU yang lain.
  
  Filem Spider-Man: Far From Home (2019) ini merupakan filem penutup Fasa
    ke-3 Infiniti Saga yang terdiri daripada 23 filem pertama Marvel Cinematic
    Universe. Watak spidey semasa dalam MCU telah muncul dalam 5 filem iaitu
    dalam
    Captain America: Civil War (2016), Spider-Man: Homecoming (2017), Avengers: Infinity War (2018), Avengers: Endgame (2019) dan Spider-Man: Far From Home (2019). Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) pula filem animasi dan sebuah
    filem yang berjaya dan telah menang banyak anugerah. Lepas ni baru Kak Bell
    akan tonton.
Penulis: Chris McKenna, Erik Sommers
Pelakon: Tom Holland (Peter Parker/Spider-Man), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Jake Gyllenhaal (Quentin Beck/Mysterio), Zendaya (MJ), Cobie Smulders (Maria Hill), Jon Favreau (Happy Hogan), Marisa Tomei (Happy Hogan), Jacob Batalon (Ned Leeds), Tony Revolori (Flash Thompson), Angourie Rice (Betty Brant)
Rating: PG-13
Genre: Action, Adventure, Sci-Fi, Comedy
Running Time: 130M
Release date: 3 Julai 2019
Production: Sony Pictures, Columbia Pictures
 
Ulasan Spider-Man: Far From Home
  Spiderman yang dah mati kesan 'blip' jari Thanos dalam Avengers: Infinity
    War, berjaya hidup semula di Avengers: Endgame tetapi menyebabkan kematian
    Tony Stark/Iron Man, Black Widow dan bersaranya Captain America sebagai
    adiwira. Peter hidup macam biasa, kembali bersekolah bersama kawan-kawan
    sekolah yang jadi korban petikan jari Thanos but sekarang dorang ni sekelas
    dengan junior dorang 5 tahun dahulu.
  Peter yang stress sebab kehilangan mentornya Tony Stark (Robert Downey Jr.)
    membuatkan dia jadi malas nak jadi Spider-Man dan nak kehidupan normal macam
    remaja lain. Peter yang nak menenangkan fikiran join rombongan sekolah
    dengan bercuti ke Eropah tanpa membawa suit Spider-Man dia. Then, muncul
    pula Nick Fury (Samuel L Jackson) dan Maria Hill nak minta bantuan Peter
    Parker, satu-satunya anggota Avengers yang available untuk bantu hadapi
    ancaman baru. Katanya Dr Strange dan yang lain-lain sibuk, cuma Spider-Man
    je yang available.
 
 
  Nick memperkenalkan Peter dengan Quentin Beck/Mysterio (Jake Gyllenhaal)
    untuk bekerja sama menentang The Elementals. Mysterio beritahu yang dia
    datang dari dari semesta lain, datang dari bumi yang berbeza iaitu Earth-833
    dan Beck mengatakan bahawa buminya hancur akibat serangan The
    Elementals. Sementara itu, bumi dalam filem ni ialah
    Bumi-616. Dalam Spider-Man: Far From Home (2019) ini Peter Parker akan bekerja sama
    dengan Mysterio untuk mengalahkan The Elementals, yang terdiri dari
    Hydro-Man, Magnum, Hellfire, dan Zephyr.
 
  Filem dimulakan dengan siaran TV pagi sekolah Midtown High dengan selingan lagu Whitney Houston "I Will Always Love You" sebagai penghargaan buat adiwira Avengers yang dah tewas masa filem End Game Avenger. Filem awalnya bergerak datar masa 1/3 cerita
    dan kemudiannya terus best dengan aksi sampai akhir. Scene Peter dengan
    Mysterio berlawan memang best dan menarik dengan kesan CGI yang kemas. Watak
    Mysterio ni pertama kali muncul di komik Amazing Spider-Man #13 (1964) yang
    merupakan pakar ilusi tetapi tak ada kuasa superhero.
  Disebabkan percaya bahawa Mysterio merupakan calon terbaik untuk the next
    Iron-Man, Peter telah bagi pada Beck sunglasses Mata Iron Men, E.D.I.T.H
    (Even Dead, I'm The Hero) iaitu Artificial Intelligent (A.I) yang boleh
    akses rangkaian satelit Stark. Bagi peminat siri Spiderman mesti tahu
    Mysterio ni baik atau jahat. So better korang tengok sendiri. Sebelum EDITH,
    A.I yang Tony Stark cipta adalah J.A.R.V.I.S. & F.R.I.D.A.Y. Masa Beck pakai cermin mata hitam tu,
    nampak macam Tony Stark pulak.
 
    Dalam filem ni, Spider-Man pakai 3 sut spiderman yang berbeza. Suit hitam
      macam Stealth dan 1 sut lagi Peter Parker customize sendiri supaya lebih
      power. 
  
 
  Lakonan Jake Gyllenhaal sebagai Mysterio sangat berhasil dan watak Peter
    Parker pun dikembangkan dengan baik dalam filem ni. Karakter MJ, Betty Brant
    (Angourie Rice), Ned Leeds (Jacob Batalon) juga lebih hidup dan tidaklah
    sebagai pelakon tambahan semata-mata. Kisah cinta dan humor Ned dengan Betty
    sangat menghiburkan dan membuatkan penonton ketawa dengan lawak mereka yang
    menjadi. Kemudian, dalam filem ni akan tonjolkan Spidey sense atau Peter
    Tingle (instinct) gitu masa berlawan dan kalahkan musuh. Kalau kat subtitle
    tu dia translate 'gelenyar' spider. Matilah nak kalau kat Kelantan gelenyar
    tu maksudnya gatal biroh! Hiks.
Review Filem Spider-Man: Far From Home, Filem SpiderMan Terbaik
  Bagi Kak Bell filem Spider-Man: Far From Home ni salah satu filem
    Spider-Man terbaik. Memang sangat berbeza rasa masa menonton berbanding
    dengan Spider-Man: Homecoming. Ada 2 end credits scenes di akhir movie yang
    salah satunya beri hints untuk fasa ke-4 filem MCU. Sakit hati tengok 1st
    kredit scene dan yang satu lagi tu muncul 2 Skrull yang rupanya
    shift-shifted Nick Fury dan Maria Hill. Apa kaitan Skrull tu Kak Bell tak
    paham, maklumlah Kak Bell bukan khatam tengok semua movie pun. Then, tetibe pulak tak ada suara masa kredit scene yang kedua. Baca
    subtitle aje ye! Oklah selamat menonton superhero palsu yang menyelamatkan
    dunia. Hahaha. Kak Bell bagi 9/10 bintang. Tak pernah ye bagi tinggi
    macam ni.