Hi Korang! Tadi Kak Bell dah menonton filem filem ketiga Escape Plan yang berjudul Extractors bersama dengan 6 pemenang tiket movie contest di GSC Mid Valley. Filem pertama Escape Plan (2013), Sylvester Stallone berganding bersama dengan Arnold Schwarzenegger dan tahun lepas Stallone kembali bersama Bautista sekuel kedua berjudul Escape Plan 2: Hades (2018). Escape Plan: The Extractors, filem arahan John Herzfeld ini akan menemui penonton di Malaysia mulai 11 Julai 2019.

Untuk sekuel sebelum ini, Kak Bell dah lupa jalan ceritanya dan tak pasti best atau tidak. Yang pasti untuk sekuel kedua Escape Plan 2: Hades dapat kritikan dan kurang memberangsangkan. Stallone sendiri melalui akaun Instagramnya mengatakan Escape Plan 2 merupakan filem terburuk sepanjang kerjayanya. Filem ke-3 yang dibuat dalam masa 17 hari tanpa rehat, aksi lawan spontan tanpa sebarang koreografi. Agak-agak best atau tidak sekuel ke-3 Escape Plan ni? Terus baca kay.
Penulis: Miles Chapman, John Herzfeld
Pelakon: Sylvester Stallone (Ray Breslin), Dave Bautista (Trent DeRosa), 50 Cent (Hush), Jin Zhang (Shen), Harry Shum Jr. (Bao), Devon Sawa (Lester Clark Jr.), Jaime King (Abigail Ross), Lydia Hull (Jules), Melise (Daya Zhang), Russell Wong (Wu Zhang)
Rating: PG-18
Genre: Action, Adventure
Running Time: 97 Minit
Release date: 11 Julai 2019
Production: Lionsgate, MoviePass Films, Mandate Pictures, LLC
Filem Escape Plan: The Extractors ini mengisahkan tentang aksi Sylvester Stallone (Ray Breslin) menyelamatkan kekasihnya dan Daya Zhang (Melise), anak kepada Wu Zhang (Russell Wong) seorang usahawan besar China yang telah diculik oleh Lester Clark Junior (Devon Sawa). Wu Zhang ni, pemilik syarikat yang membina penjara-penjara kompleks yang menjadi fokus utama dalam filem-filem Escape Plan.

Pada awalnya, Ray Breslin telah didatangi Shen (Jin Zhang) untuk meyelamatkan Daya. Tanpa disangka, semasa merancang untuk misi menyelamat, kumpulan penjahat telah berjaya menyelinap masuk pejabat Ray Breslin dan menculik kekasihnya Abigail Ross (Jaime King) sebelum beliau dapat bersiap untuk misi menyelamatkan Daya.

Mereka telah ditawan dan di kurung di penjara yang dikenali sebagai Devils Station, sebuah penjara dasyat yang tak ada seorang pun yang pernah berjaya melarikan diri dari situ. Dalam filem kali ini Ray Breslin dan Trent (Dave Bautista) kembali bekerjasama sekali lagi untuk menyelamatkan kedua-dua wanita tadi.

Penjara Devils Station

Disebabkan kak Bell dah lupa sekuel sebelum ni, cuma ingat scene Breslin memenjarakan ayah Lester dalam kontainer yang berada di atas kapal, tak banyak yang Kak Bell boleh katakan untuk filem ini. Dari awal filem bergerak perlahan dengan scene pekan yang hampir mati dengan agak lama. Memang terasa sedikit bosan hingga nak menunggu aksi bermula. Nasib baiklah sis taste tengok Bao dalam filem ni. Hahaha.

Jalan cerita filem ini mudah tetapi aksi dalam filem ini lebih baik berbanding filem-filem sebelumnya. Aksi berlawan dengan musuh memang best dan mengejutkan. Berlawan dengan pisau, secara tangan kosong dan senjata api peluru naga yang paling Kak Bell suka. Kehadiran pelakon China Jin Zhang (Ip Man 3), semestinya ada skill kungfu dalam babak berlawan. Filem ni agak biasa dan mungkin korang akan agak kecewa jika korang menjangkakan full action dalam filem ini. Bagi Kak Bell, kekuatan filem cuma pada Sylvester Stallone dan Dave Bautista sahaja. Walaubagaimanapun, filem ni masih enjoy untuk ditonton. Kak Bell bagi 5/10 bintang.
Tags:
50 Cent
Dave Bautista
Devil Station
Escape Plan (2013)
Escape Plan 2: Hades (2018)
Escape Plan: The Extractors (2019)
Movie Premiere
Movie Review
Ray Breslin
Sylvester Stallone
5/10 je ke ranting diberi? Kenapa baca review macam best je jalan cerita? Ke kena pergi tengok sendiri movie ni ek? Saya suka filem aksi
ReplyDeletePada sis kureng. Tak tahulah kenapa.
DeleteKekadang movie sebegini orang kurang tengok. hehe
ReplyDeleteFan je la yang selalu tengok kan.
DeleteTeringin sangat kita nak tengok citer ni. kita ni jenis suka tengok action movie . nak nak macam escape plan ni
ReplyDeleteWow. Ingatkan suka tengok cerita seram aje.
DeleteSis kalau gi tgok cite ni..takut2 cite ni pulak nanti tengok sis..hahaha, jalan terbaik tunggu je le kat tv...:D.
ReplyDeleteSenjata peluru naga? Tak dapat bayangkan macam mana dieorang guna senjata macam tu. Rasa macam dah lama Sylvester Stallone tak kelaur movie kan
ReplyDeleteHaha. Nama peluru dia tu sebenarnya. Sis terus translate sajork.
DeleteDah agak lama Rawlins jadi kurang berkenan dengan filem lakonan Sylvester - Rawlins rasa macam dia main tangkap je movie. Huhu. The Expendables gak best kan
ReplyDeleteBetul tu. Rasa biasa-biasa aje walaupun ada scene yang ngeri2 tu.
DeleteRendahnya rating, baru nak ajak suami tengok cerita ni sebab dia suka genre macam ni. Tapi kalau dah rating rendah rasa malas nak tengok. LOL...
ReplyDeleteAla..may be taste sis Bella lain kot. Hehe.
Deletesependapat dengan bella mengenai filem ni.. Jalan cerita agak boring kecuali part berlawan je. Paling tak puas hati kenapa abam bodyguard encem ditinggalkan macam tu je.. cian dia tauuuu... ahakkkas
ReplyDeleteYesss. Sian bf kite. Hehehe.
DeleteNak juga tengok filem aksi Escape Plan ni. Boleh tahu & nilai sendiri kan. suka tengok cita aksi dari cerita seram. hhehhe
ReplyDeleteA good movie to watch.
ReplyDeleteTake time also to view and join.
https://viralmarket-share.com/?en=mayann01
Fuh, next Escape Plan dah nak keluar pulak ke. Sedangkan yang sebelum sebelum ni punya pun Nad rasa cukup bagus dah, kalau aksi yang ni lagi bagus elok lah tu kan. Mesti gempak. Nad memang minat betul action movie camni.
ReplyDeleteHaven't watch this yet! But I love the main actor, he is very good in action movie. Excited to see him act in this movie.
ReplyDeleteNak tahu best ke tak kena diri sendiri layan kan. Tapi kita ni tv pun jarang tengok, apatah lagi movie. Kena cari me time kut baru dapat tengok movie ni semua. Hehe
ReplyDeletewow !! 17 hari tanpa rehat untuk hasilkan filem nie ? dahsyat nya. mesti penat gila dan tengok macam tak teratur pengurusannya. tapi ada yang kata best dan ada yang kata biasa2 je movie nie. nanti nak tengok sendiri lah
ReplyDeleteRajin Bella tgk wayang, Kak klu pg dgn anak kak dorang belanja, nest time blh tgk movie ni
ReplyDeleteIts quite entertaining juga la, i like the fighting and kungfu actions especially by Jin Zhang. Part yang tulang patah tu memang ngeri.
ReplyDeleteKita tak follow cerita ni tapi ada kawan dia mmg suka and duk ajak tengok. So x tau la lagi nak pegi ke tak.
ReplyDeleteHero lama beraksi. Memang seronok la kan. Ruby suka semua barisan pelakon ni semua. Tak sangka mereka masih bersungguh berlakon. 5 bintang Ruby bagi.
ReplyDelete