Ulasan Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) | Filem Terbaik Spider-Man

Hi semua! Akhirnya selepas 2 tahun filem Spider-Man Far From Home, barulah Kak Bell ada masa menonton filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse. Kiranya baru selesai tonton semua 8 filem Spiderman, 3 filem yang ada Spiderman bawah Marvel Cinematic (MCU).


Selepas setahun Kak Bell up ulasan filem Spider-Man Far From Home , ramai betul yang views sampai masuk dalam senarai 20 top entri Kak Bell. Oklah sampai sekarang masih ada yang baca artikel tu dan sekarang dah cecah lebih 25 ribu carian. Terus Kak Bell cari filem Spider-Man: Into the Spider-Verse untuk ulasan filem minggu ini.

Genre: Action, Adventure, Kids And Family, Animation, Comedy, Fantasy
Pengarah: Peter Ramsey, Rodney Rothman, Bob Persichetti
Penerbit: Avi Arad, Amy Pascal, Phil Lord, Chris Miller, Christina Steinberg
Penulis: Phil Lord, Rodney Rothman
Pelakon Suara: Shameik Moore (Miles Morales), Jake Johnson (Peter B. Parker), Hailee Steinfeld (Gwen Stacey/Spider-Woman), Mahershala Ali (Uncle Aaron, The Prowler), Brian Tyree Henry (Jefferson Davis), Lily Tomlin (Aunt May), John Mulaney (Spider-Ham), Kimiko Glenn (Peni Parker), Nicholas Cage (Spider‑Man Noir), Liev Schreiber (Kingpin), Kathryn Hahn (Olivia Octavius / Doctor Octopus), Jorma Taccone (Green Goblin).
Writer: Phil Lord, Rodney Rothman
Mula Tayang (Theaters): Dec 14, 2018 (Wide)
Box office: 375.5 million USD



Filem animasi ini mengisahkan Miles Morales seorang remaja dari Brooklyn New York yang ingin hidup bebas. Bapa Miles seorang polis dan sentiasa mengawasi gerak-geri Miles. Miles yang tidak suka ditukarkan ke sekolah lain dan rapat dengan pakciknya Aaron. Spider-Man di New York memang berperanan menbanteras jenayah dan menjadi idola warga Brooklyn. Btw, ayah Miles, Jefferson Davis tidak berapa suka dengan cara Spider-Man.



Semasa Miles meluangkan masa dengan pakciknya melukis grafiti, tanpa sengaja Miles digigit seekor labah-labah radioaktif dan mula merasakan perkara luar biasa. Miles kemudiannya secara tak sengaja terlihat kejadian Peter Parker/Spiderman melawan penjahat Kingpin dan Prowler yang ingin membuka portal dimensi lain untuk menhidupkan semula isteri dan anak Kingpin. Akhirnya, Peter parker mati dibunuh Kingpin dan Miles diminta oleh Spiderman untuk menunaikan misinya dan selamatkan warga New York.


Penampilan 5 Spiderman Lain Dari Spider-Verse

Miles yang belum sempat berguru dengan Peter Parker merasa kecewa ketika pergi melawat kubur Peter. Kemudiannya, Miles berjumpa dengan Peter B. Parker, Spider-Man gagal dari dimensi lain dan seterusnya beberapa lagi spiderman dari multiverse yang lain seperti Spider-Gwen (Hailee Steinfeld), Spider-Ham (John Mulaney), Spider-Man Noir (Nicholas Cage), dan Peni Parker (Kimiko Glenn).



Mereka ini secara tak sengaja muncul dari dimensi lain akibat portal yang dibuka Kingpin dan berganding bahu supaya dapat balik semula ke dimensi masing-masing. Selain Kingpin dan Prowler, vilian lain yang muncul adalah Green Goblin dan juga Doctor Octopus.


Filem Bercorak Animasi Komik Bergerak Yang Menakjubkan

Dari awal hingga ke penghujung, filem ini memang tidak membosankan dan padat dengan gelagat lucu, aksi dan juga babak sedih yang berjaya sampai ke emosi Kak Bell. Filem animasi Spider-Man hasil garapan Sony Pictures ni memang lain berbanding filem animasi lain yang biasa kita tonton. Filem ni dibuat ibarat sebuah komik bergerak dan ada babak-babak dari komik dengan suara di ketengahkan dalam filem ini. Memang kalau korang tengok, korang sendiri boleh rasa terpegun.



Jalan cerita pun menarik, mudah faham dan sesuai untuk budak-budak dan orang dewasa. Walaupun ada banyak karektor Spider-Man dan villian, semua watak tu ada babak tersendiri dan kena dengan jalan cerita filem ini. Maksudnya semua ditonjolkan sama-rata. Tambah pula dengan lagu-lagu popular memang ngam sangat dengan alur cerita.

Diantara babak-babak yang Kak Bell suka, masa kemunculan spiderman dari spider-verse lain semasa di rumah Aunt May. Korang dapat rasa emosi sedih masa Aunt May yang kenal Peter Parker walaupun sebenarnya dia adalah Spider-man gagal Peter B. Parker. Kak Bell yang tak pernah tahu ada spiderman lain memang rasa kagum lah rupanya ada lagi spiderman lain. Ada saat yang Spider Woman Gwen lebih power beraksi dari Peter B. Parker semasa aksi melawan Dr. Octopus. Suka sangat dengan kemunculan mereka termasuk lah Spider-Ham yang kecik comel tu.

Spidey Tingle
Spidey Tingle


Filem ini memang berhasil buat Kak Bell enjoy sampai habis. Part lawak, kelakarnya menjadi dan terdapat babak dengan mesej pesanan tersendiri yag dapat menyentuh perasaan ketika menonton. Pada Kak Bell, Spider-Man: Into the Spider-Verse ini filem animasi yang wajib korang tonton! Di akhir filem terdapat dua adegan credit scene dan tak tahulah bila agaknya ditayangkan disebabkan Covid-19 ni kan. Walaupun filem spider-man ni dalam bentuk animasi, Kak Bell rasa Spider-Man: Into the Spider-Verse adalah filem terbaik spiderman, kemudian baru Spider-Man Far From Home. Kak Bell bagi 8/10 bintang!

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top