Diet Ayam Rebus Baik Untuk Kucing

Sekarang ni memang ada banyak jenis makanan kucing di pasaran. Kak Bell dah pernah cuba Blackwood, Equilibro, Taste of Wild, Brit, Happy Cat, Greens dan lain-lain. Buat masa sekarang Kak Bell bagi Blackwood, Sava Essentials, mixed dengan Royal Canin Urinary Care. Disebabkan tak tahu status kategori Sava Essential tu, Kak Bell mixed dengan beberapa biji Urinary Care, takut ada yang kena FLUTD pula (batu karang). So far so good alhamdulillah ok. Bukannya apa bila dah ramai anak ni, kene juga fikir pasal bajet. Memang bukan sikit bajet untuk membesarkan dorang ni, tambah pula kos rawatan yang mahal. 


Sebelum cerita pasal nak masak ayam rebus ni, ada 3 kategori jenis makanan kucing iaitu Super premium atau holistic, Premium dan Komersial (banyak iklan kat TV). Paling bagus ialah jenis Super premium atau holistic dan tentulah agak mahal. Kak Bell sarankan ikut bajet dan seboleh-bolehnya bagi jenis yang Premium. Untuk jenis Komersial memang tidak digalakkan sebab tinggi kandungan garam. Korang kena cuba elakkan terutamanya makanan kucing yang menggunakan bahan 'by-product' dan perasa tambahan yang tidak baik untuk kucing kerana ia boleh menyebabkan batu karang kepada kucing korang.  Kak Bell dah alaminya sebab nak jimat punya pasal. Akhirnya kena keluarkan kos lebih tinggi untuk rawatan. Nanti Kak Bell share di entri yang lainlah pasal tip makanan kucing ni. Untuk hari ni nak share hidangan bonus buat anak-anak bulus di rumah iaitu ayam rebus.


Cara nak masak Ayam Rebus untuk diet kucing ni sangat mudah. Korang cuma perlu dapatkan daging ayam sahaja kemudian rebus dengan air sukatan sederhana. Lebih elok ambik bahagian dada. Kalau ada bajet lebih belilah yang boneless breast. Tidak perlu tambah garam atau perasa lain, hanya rebus dengan air dengan api sederhana sehingga daging ayam masak.



Selepas ayam rebus tadi sejuk, bolehlah korang carikkan dalam saiz kecil untuk memudahkan mereka makan. Air rebusan ayam pun boleh diberi untuk kucing minum. Kalau di amalkan selalu, kucing cepat gemuk dan sihat. Walaubagaimanapun, janganlah dibiasakan selalu. Cukup sekadar hadiah atau 'treats' untuk dorang masa hujung minggu. Bayangkan kalau dah ada 13 ekor, memang pengsanlah nak kene pelihara ayam pulak bagi dorang makan. Haha. Ni pun pantang mama dia nak makan ayam KFC pun susah sebab memasing dah menempel!


Kak Bell memang tak kuasa nak rebus ayam dan buat macam wet food tu nak berjelly bagai. Lagipun anak-anak kat rumah ni mesti tak makan kalau yang pelik-pelik. Kalau korang nak bagi ikan rebus pun boleh. Sama sahaja metodnye tapi asingkan dulu tulang ikan. Kalau dah tercucuk tulang, satu hal pula nak merawat. Compare ayam rebus dan ikan rebus, ayam rebus lagi cepat gemukkan kucing. Apa-pun memang bergantung kat bajet korang jugalah.


Sekarang ni Kak Bell ada 12 ekor semuanya. Tak selalu pun bagi ayam rebus. Ada rezeki lebih memang ke anak-anak jugalah perginya. Cik Zaza yang Diva ni, special sikit. Makan pun dalam bilik sebab dia kekwat. Dia hanya ngam dengan beberapa ekor je kucing kat rumah ni. Disebabkan sebelum ni dah pernah terjadi perang sampai berdarah, so Kak Bell kena asingkan dia. Setiap hari ada jadual ye siapa yang kena duduk dalam sangkar, siapa yang boleh duduk luar. Dekat sebulan jugalah buat kajian tengok siapa yang yang ada isu tak ngam dengan siapa. Haha.


Kak Bell yakin mesti kucing korang suka dengan ayam rebus ni. Sah-sah tak perlu risau sebab dah bagi daging ayam segar. Ada juga kawan yang bagi hati ayam tapi kucing Kak Bell tak taste. Huhu. Dorang ni pun pandai memilih makanan ye macam orang jugak! So, kucing korang lebih suka ayam rebus ke ikan rebus?

CONVERSATION

6 comments:

  1. Terima Kasih atas perkongsian tips berkenaan diet kucing

    ReplyDelete
  2. Haha sama... setiap jumaat sabtu ahad lunch hour. Ayam rebus dengan air rebusan ayam..licin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 ada yang tak minum air rebusan tu. Mengada-ngada. Hehe.

      Delete
  3. Hi kak bell, i really need some tips from u.. Sy bela 5kucing indoor dn 7kucing outdoor. Kos mkanan tu mmg out of limit. Buat masa ni mereka consume kibles carrys mother and baby. Pernah tukar kibles lain, smua taknak makan. And mereka jgk 2x sehari mkn ikan rebus (ikan aye/tongkol) which is agk mahal rm12-17sekor.. Dn sekor cuma bertahan 2hr depends pd size ikan.. 😢 sy cuba kurg kan, cuba bg siang shj ikan n mlm bg kibles tp budak2 tu meraung2 mtk makanan mcm dh setahun x bg mkn 😩😩😩😩 kak bell ad cadangan x mcm mna nk bantu sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh susah juga mcam tu. Sepatutnya awak bg ayam or ikan rebus sekali sekala je sebagai treats. Ermmm. Awak kena cuba jaya lah bagi kibbles yg dorang suka. Beli starter pack utk try, tgk mana dorang prefer. Cuba tgk entri lain Kak Bell pasal Tips Beli Cat Food. Pitam wei nak ayam je. Bab meraung tak makan setahun tu yg sakit telinga nanti. Hehe

      Delete

Back
to top