Bayam Merah Tumis Air

Semalam baru Kak Bell berkesempatan menyiang udang dan sotong yang dibeli tempohari. Kira dah masuk seminggu jugalah dalam freezer tak berusik termasuklah dengan sayur bayam dan kobis cina. Nampak sangat la belum cukup "super" macam supermom yang buat macam-macam benda. Lepas balik kerja, dah lepas jam 1 pagi baru la sempat nak buat semua ni. Kalau dibiarkan lepa, mesti ralat sebab tak dapat nak masak sayur bayam tu. Nasib baiklah masih elok. Perut pula mintak diisi walaupun dah tengah malam. Kak Bell pulak jenis kalau lapar mesti nak kena makan. Kalau fefeling nak berdiet tak nak makan malam, memanglah tak boleh tidur jawabnya. So, Kak Bell gigih masak nasi, tumis bayam dan buat sambal sotong. 


Sayur Bayam Merah Tumis Air ni orang panggil sayur masak bening. Biasanya kalau ada masalah tak cukup darah, mata rabun eloklah makan sayur bayam merah. Sebelum ini Kak Bell dah pernah kongsi resepi bayam tumis air ni. Untuk kali ni memang buat semudah yang mungkin ye. Nak tengok resepi lama, bolehlah baca kat sini > BAYAM MERAH MASAK AIR


Bahan A
1 ikat sayur bayam
1 biji cili merah *potong serong
Garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan B (hiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Ni bahan buat sambal sotong

Cara Memasak:
1) Siang bayam, asingkan daun dan tangkainya
2) Panaskan sedikit minyak
3) Tumis bahan B/hiris hingga wangi
3) Masukkan air dan biarkan mendidih
4) Masukkan batang bayam dahulu biar sekejap
5) Bila batang dah lembut masukkan sayur bayam dan cili merah
6) Masukkan bayam, cili merah dan garam. Kacau rata.
7)Tutup api bila bayam layu.

TIPS!
  • Jangan terlalu lama memasak sebab takut khasiat bayam hilang
  • Boleh tambah udang/sotong/ikan bilis pada langkah 3
  • Boleh tambah hirisan halia jika suka

Memang terangkat kalau dapat makan dengan sambal belacan dengan ikan goreng. Selamat memasak ye!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top