Ikan Keli Sambal Dengan Kismis

Minggu lepas Kak Bell masuk pertandingan memasak California Raisin Raya Rasa Sayang. Awalnya malas nak masuk sebab tak ada pasangan nak buat kumpulan. Dah dekat hari pertandingan, dapat panggilan cukupkan korum buat 1 team memasak. So terus Kak Bell join ajalah. Untuk cooking challenge tu, peserta diberi tema dan masakan mesti menggunakan kismis dari California Raisin. Team Kak Bell buat Pulut Kuning Kismis dan Ayam Masak Merah Madu dengan Kismis. Walaupun kalah tapi pengalaman dan kerjasama tu penting masa memasak. Team lain pun hebat sangat ye, food presentation meriah. Memang macam professional! Team Kak Bell buat biasa-biasa aje. Hehe.


Di sebabkan masih ada banyak lagi stok kismis haritu dan sambal yang ditambah kismis tu pun boleh tahan rasanya, so Kak Bell cuba pula untuk masakan ikan keli goreng ni. Kak Bell dah bawak ke office ye sambal kismis ni bagi kawan-kawan rasa sebab nak feedback. So far, semua cakap sedap dan nak resepi. Kira sedap la kot kan.


Sebelum ni Kak Bell ada kongsi resepi Ikan Keli Goreng Berlada (sila klik), but Kak Bell gunakan lada hijau dan cili padi. Untuk sambal keli kali ni, Kak Bell gunakan cili kering. Untuk kismis tu silalah bajet ikut kesesuaian ye. Manalah tahu termasam atau termanis sangat kismis yang korang gunakan. At the end, masa perasakan masakan, boleh je seimbangkan semula rasanya. Kalu susah sangat, korang ikutlah reepi mana atau cara yang mana macam nak buat kuah masak merah, then blend sekali kismis. Itu ajepun perbezaan resepinya. Oklah jom tengok resepi.

Bahan A
4 ekor ikan keli saiz sederhana
1 biji bawang holland/merah*potong bulat
2 biji tomato
Lada merah/hijau
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan B (bahan tumbuk/kisar)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
15-20 tangkai cili kering *dah direbus
1 genggam kismis California Raisin
1 cm halia


Cara memasak:
1) Garam dan kunyitkan ikan keli. Kemudian goreng ikan sehingga garing.
2) Kisar semua bahan B. Untuk cili kering rebus terlebih dahulu.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik minyak.
4) Perasakan dengan garam, sedikit gula atau bahan perasa (optional).
5) Masukkan lada merah/hijau, tomato, hirisan bawang dan kacau sekejap.
6) Masukkan ikan keli goreng tadi, kacau sekata bahan dah boleh tutup api.


Meletup-letup tak ikan keli goreng korang? Kalau tak nak meletup, tengok TIPS di entri Ikan Keli Goreng Berlada kat atas tu. Bila nak hidang, bolehlah tabur sikit kismis tu atas ikan korang supaya nampak la gunakan kismis. Ilustrasi menarik tu penting! Gittew. Rasa sambal ni manis, masam then ada pedasnya masa hujung-hujung. Kena puji dengan Chef AFC dengan Chef Berjaya Universiti kire-kire berjayalah sambal Kak Bell ni kan. Nanti korang komen kalau ada cadangan atau rasanya tak sedap ke. Kita sesama belajar kay. Oklah Kak Bell nak fikir menu apa nak masak pula malam ni. Bye.

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top