Resepi Ikan Keli Goreng Berlada - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Trending

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Hi Korang! Harini Kak Bell share Resepi Ikan Keli Goreng Berlada. Memang suka sangat makan ikan keli berlada ni. Btw, ada juga yang tak suka makan ikan keli ni. Rugi kot, tak merasa ikan-ikan sungai ni. Kalau pergi ke Indonesia, ikan keli ni dipanggil ikan Lele. Selalu jugaklah masak ikan keli berlada ni. Sebelum ni kan heboh cakap ikan keli ni ikan paling kotor dan macam-macam lagilah. Terjumpa jugak ada artikel yang membincangkan perbezaan ikan keli yang haram dan halal dimakan. Katanya kalau kepala keli berbentuk 'V', mirip torpedo, bahagian bawah badan berwarna putih melepak adalah haram berbanding ikan keli kepala berbentuk 'U', badan berbentuk tirus dan bahagian bawah badan berwarna putih kelabu ialah halal. Apa pendapat korang ek? 

Ada satu part tu, katanya bila digoreng akan meletup dan yang satu lagi digoreng tidak meletup. Aiyooo! Kalau dah goreng ikan tu memang akan meletop la Cik Bedah oii. Dah air kena kat minyak panas. Haruslah meletop. Ke korang goreng ikan pakai air?? Tapi, apa-apapun kena berhati-hati jugak lah yer semasa membeli ikan atau barangan makanan ni. Semoga semuanya ok dan baik-baik sahaja ya! Okay, jom tengok resepi.


Bahan A
3 ekor ikan keli saiz sederhana
1 biji bawang holland (potong bulat)
Sedikit air asam jawa.
Garam.
Minyak masak.

Bahan B (bahan tumbuk/blend)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang meras
3 ulas bawang putih
5 biji lada hijau
15 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan

Cara memasak:
1) Garam dan kunyitkan ikan keli. Kemudian goreng ikan sehingga garing.
2) Kisar semua bahan B. Kalau nak nampak cilinya dalam sambal, boleh guna food processor atau tumbuk. Ikut suka korang.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga masak. Sebaiknya masak lama sikit nak elak sakit perut.
4) Masukkan sedikit air asam jawa. Kemudian, boleh masukkan garam, gula atau bahan perasa (optional). 
5) Masukkan bawang holland, bila semua bahan dah sekata,  tutup api dan tuangkan sambal tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Tips Membersihkan Ikan Keli!
-Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang dan potong semua sirip dan ekor. Nak mudah, minta pekedai tolong siangkan siap ikan keli.
-Di antara leher ikan keli dan badannya setelah dipotong tu ada gumpalan darah beku dibahagian kiri dan kanan antara tulang belakang ikan tersebut. Buang/cuci darah tu, nak hilangkan hanyir darah ikan.
-Boleh guna limau nipis, asam keping atau asam jawa untuk cuci bersih ikan keli. Bilas ikan tadi dan kemudian lumurkan pula dengan tepung gandum dan sedikit air untuk hilangkan bau hanyir dan lendir ikan keli. Biarkan sekejap dan cuci bersih semula ikan keli

Tips Menggoreng Ikan Keli!
-Buat hirisan pada badan ikan untuk mempercepatkan proses pengeringan air dari badan ikan. Nak elak ikan meletup2 dalam kuali.
-Boleh tambah 1 sudu tepung jagung/gandum semasa menggaram dan kunyitkan ikan.
-Pastikan minyak penuh kuali dan panas sebelum masukkan ikan.
-Kalau tak jadi, ambik tudung periuk tutup ikan semasa menggoreng!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post