Tidur Selesa Dengan Origin Hybrid® Mattress & Origin Superior Coolmax® Latex Pillow

Persatuan Tidur Sedunia mengesyorkan bahawa tempat tidur yang selesa dan menarik adalah diperlukan untuk tidur dan kesihatan yang lebih berkualiti. Sebelum ini Kak Bell mengambil remeh akan hal ini. Asalkan ada tilam dan bantal tidak kira tebal, nipis, mahal mahupun murah kak Bell layankan sahaja asalkan boleh melelapkan mata. Hinggalah sampai satu tahap dan apabila usia semakin meningkat, muncullah simptom-simptom sakit badan bila tidur di tilam yang tidak bagus.


Kak Bell sebagai penggemar kafein, sering bekerja malam menjadikan Kak Bell sentiasa kekurangan tidur dan insomnia. Ditambah pula dengan keadaan tilam yang dimakan usia menyebabkan Kak Bell selalu mengalami ketegangan leher dan sakit badan terutamanya di sekitar bahagian posisi belakang di kawasan pinggang. Pernah juga bertanya kepada doktor, katanya salah posisi tidur dan tentunyalah berpunca dari tilam. Kalau ada yang mengalami simptom-simptom yang berkaitan dengan kekurangan tidur seperti sakit kepala, masalah konsentrasi, sakit bahu atau leher, serta perubahan mood ketika bangun pagi ianya diantara tanda yang memberitahu bahawa tilam perlu ditukar. Mengikut kata pakar pula, mereka mencadangkan bahawa tilam perlu diganti setiap tujuh tahun sekali.

Bila kualiti tidur terganggu semestinya akan terjadi perubahan mood yang tidak pantas untuk hari-hari Kak Bell. Jadi Kak Bell ambil keputusan dah sampai masanya untuk menggantikan tilam yang lama. Yes, harga tilam sememangnya bukanlah murah! Tilam berharga murah tidak semestinya tak bagus, dan harga mahal juga tidak semestinya terbaik. Apapun ianya bergantung kepada bajet kewangan, jenis tilam yang diperlukan bergantung kepada situasi/sakit yang di alami dan juga keadaan ruang dalam bilik tidur seseorang. Jadi, entri kali ini Kak Bell hendak berkongsi ulasan mengenai tilam dan bantal dari jenama Origin iaitu Origin Hybrid® Mattress & Origin Superior Coolmax® Latex Pillow yang Kak Bell gunakan sekarang.

3 Jenis Lapisan Tilam Dalam Origin Hybrid® Mattress

Tilam Hibrid Origin ini dicipta setelah pakar tidur mereka melakukan lebih daripada 100,000 ujian bagi meneliti corak tidur dan mengkaji bagaimana jenis tempat tidur dapat mempengaruhi kualiti tidur berdasarkan pelbagai faktor dari usia, gaya hidup dan postur tidur. Setelah menemui jenis bahan yang paling sesuai untuk membuat tilam yang optimum untuk tidur, Origin bekerjasama dengan jurutera reka bentuk Jerman, Frank Richter untuk menghasilkan tilam Origin. Bahan yang digunakan adalah hasil gabungan sempurna busa memori (Memory Foam), busa (Foam), pocket springs berkualiti tinggi dan lateks semula jadi untuk sebuah tilam premium yang akan menghilangkan semua permasalahan berkaitan tidur.


Dalam sebuah tilam Origin Hybrid® ini terdiri daripada 3 jenis lapisan bahan iaitu lateks semulajadi, poket spring dan busa memory penyejuk (cooling memory foam) menjadikan ianya sebuah tilam yang menggabungkan ciri terbaik dari pelbagai jenis tilam untuk penghasilan tilam terbaik. Kebanyakkan tilam konvensional mungkin hanya terdiri dari 1 jenis bahan tersebut, tetapi untuk tilam Origin Hibrid ini menggabungkkan ketiga-tiga material tersebut.

Origin Hybrid® Mattress

RM1,225.00 – RM2,487.00

✓ Tilam Hibrid Penyejuk 24.5cm
✓ Bahan Lateks Asli + Cooling Gel Memory Foam + Pocket Springs
✓ 120-Night Trial; jaminan wang dikembalikan, tanpa sebarang soalan ketika dikembalikan!
✓ Tilam Dengan Gangguan Rendah
✓ Sarung Penutup Kain Tencel Penyejuk
✓ Warranti 15 tahun Produk Jerman
✓ Penghantaran percuma
✓ Produk Jerman

Kak Bell gunakan Origin Hybrid® Mattress bersaiz Queen dan ianya sangat lembut dan selesa. Tilam lama Kak Bell walaupun sebenarnya agak baru dibeli dalam 3 bulan lepas sememangnya tidak sama dengan tilam sekarang. Tilam lama dengan material busa memang tidak memberikan sokongan sepenuhnya pada badan berbanding tilam hibrid Origin. Semasa baring, akan terasa nyaman dan rasa sejuk kerana bahan Cooling Gel Memory Foam. Rasa sejuk-nyaman tersebut memang membuatkan tidur lebih nyenyak. Selepas Kak Bell gunakannya dalam tempoh seminggu, ia membantu mengurangkan sakit belakang dan mengekalkan postur badan dengan selesa semasa tidur. Terus tidur dengan lena tanpa terbangun tukar posisi tidur ke kiri atau ke kanan.



So far so good dan Kak Bell memang sangat puas hati dengan kualiti tilam Origin Hybrid® ini. Rasa nak sambung tidur sahaja walaupun dah sampai masa bangun untuk pergi bekerja! Paling best, tilam ini juga tidak memerangkap habuk. Bulu kucing pun tidak melekat pada tilam ni. Kalau melekat pun, sekali kibas dah boleh buang habuk di tilam. Untuk video unboxing, bolehlah tonton di bawah.


Bantal Origin Superior Coolmax® Latex Dengan Gel Penyejuk Dan Sarung Bantal Kain Tencel Yang Boleh Ditanggalkan

Tidak seperti kebanyakkan bantal, Origin Superior Coolmax® Latex Pillow mempunyai penutup atau sarung bantal yang boleh ditanggalkan. Sarung kain Tencel ini, boleh ditanggalkan dan dicuci dengan mesin yang dapat memanjangkan jangka masa panjang bantal. Kain tencel ynag terkenal dengan keselesaan semula jadi, mesra terhadap alam sekitar dan lebih lembut dibandingkan dengan kapas. Ianya menggunakan 100% bahan semula jadi yang hypoallergenic, ringan, dan sangat sesuai untuk cuaca panas.


Bantal yang direka di Jerman ini menggunakan bahan lateks semula jadi yang disuntik dengan formula gel penyejuk yang dapat memberikan keselesaan ketika tidur sesuai dengan iklim panas dan lembap di Malaysia. Bantal Origin Superior Coolmax® Latex ini juga direka supaya udara dapat beredar secara berterusan (Breathable Ventilation) bagi mengelakkan haba terperangkap dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Diantara ciri lain adalah Anti Debu Hama, Anti Bakteria dan Anti-Mikrob.

Origin Superior Coolmax® Latex Pillow

RM400

✓ Dimensi Bantal - 65cm x 40cm x 13cm
✓ Bahan: Lateks Asli + Gel Penyejuk Coolmax®
✓ Sarung Bantal Kain Tencel yang boleh ditanggalkan
✓ Pengembalian Percuma 7 Hari (pengembalian sendiri ke gudang Origin)
✓ Waranti 2 Tahun
✓ Produk Jerman

Bantal juga memang memainkan peranan untuk dapatkan tidur yang selesa. Sebelum ini memang selalulah Kak Bell alami ketegangan leher. Semasa tidur terpaksa mengubah posisi kepala untuk dapatkan keselesaan. Pendek kata semua cara lah tidak kena. Selepas gunakan bantal lateks Origin memang terasa perbezaannya. Ianya memang menyokong kepala dan leher Kak Bell semasa tidur dan memang tak ada dah sakit bahu dan leher. Kalau letak tangan bawah bantal terasa juga sejuk-nyaman macam tilamnya.


Dalam masa semimggu Kak Bell gunakan tilam Origin Hybrid + bantal Superior Coolmax® Latex memang sangat terasa perbezaanya. Tidur lebih selesa, tanpa sakit-sakit badan dan semestinya bangun tidur dengan mood yang lebih baik! Memang sangat berbaloi harga yang dibayar setanding kualitinya.

Penghantaran Percuma Dan Merupakan Produk Buatan Malaysia

Setelah mendapatkan hak paten untuk Teknologi Origin® yang direka di Jerman, tilam berkualiti tinggi Origin dibuat sepenuhnya di Malaysia oleh pengeluar tempatan terpilih dengan reputasi terbaik dari segi penghasilan dan kualiti pembuatan tilam.

Penghantaran adalah percuma dalam tempoh masa 1 minggu untuk Semenanjung Malaysia dan pembeli juga boleh mencuba tilam Origin selama 120 malam! Untuk bantal juga ada polisi 7 hari pengembalian jika tidak berpuas hati dan pengembalian adalah tanpa sebarang soalan asalkan produk dipulangkan semula dalam keadaan yang baik.

Kredit gambar: Express Photography

Pengasas Origin, Shaun dan Gee memahami bahawa tilam adalah suatu pelaburan jangka panjang. Pembeli yang tidak berpengalaman dengan pelbagai terminologi asing dan jurujual yang memaksa memang amat menyukarkan.

Origin Superior Coolmax Latex Pillow dan Origin Hibrid Mattress ini juga diketengahkan sebagai salah satu jenama tilam & bantal yang terbaik dalam Best 8 Pillows To Buy In Singapore 2020.


Tempat tidur yang baik sememangnya bukanlah satu kemewahan, tetapi ianya adalah sebuah keperluan penting demi kesihatan fizikal mahupun mental kita. Kita yang menghabiskan satu pertiga dari hidup kita dengan tidur, tetapi kita kurang memberikan perhatian pada kualiti tilam yang kita gunakan. Pemilihan tilam yang betul sememangnya dapat meningkatkan kualiti hidup kita secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman sesawang di bawah.

ORIGIN MALAYSIA
No. 77 Jalan SS2/55 47300, 
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Opening Hours: 
Monday to Friday: 10am – 7pm
Saturday: 10am – 5pm
Sunday and PH: Closed

Origin Mattress Malaysia

Best in Singapore

CONVERSATION

2 comments:

Back
to top