Bunga Raya Aka Aina Abdul Juarai The Masked Singer Malaysia Musim Pertama - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bunga Raya Aka Aina Abdul Juarai The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Trending

Bunga Raya Aka Aina Abdul Juarai The Masked Singer Malaysia Musim Pertama

Akhirnya setelah 8 minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia telah menobatkan juara musim pertamanya Jumaat lalu. Pentas akhir itu telah menyaksikan Bunga Raya diangkat sebagai juara selepas berjaya menewaskan empat peserta lain.


Kostum Bunga Raya yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul berjaya mendapatkan markah tertinggi selepas membuat persembahan memukau dengan menyanyikan lagu Listen (Beyonce) dan Malam Ini Kita Punya (Bunkface). Berada di tempat kedua adalah Rajah Brooke iaitu Vanessa Reynauld dan tempat ketiga menjadi milik topeng Orang Utan iaitu Tuju K-Clique. Dua lagi peserta akhir pada program itu adalah kostum Wau iaitu Datin Alyah dan kostum Enggang, Vince Chong.

Malam final tersebut menampilkan 5 peserta sahaja selepas 7 peserta lain tersingkir dan didedahkan identiti mereka. Sebagai imbasan identiti sebenar bagi 7 peserta yang telah tersingkir adalah Nasi Lemak (Dato Mirnawan Nawawi), Rimau (Ebby Saiful), ABC (Yana Samsudin), Musang King (Zain Ruffedge), Ayam Jantan (Hairul Azreen), Reno (Chiwan) dan Refflesia (Datin Paduka Eina Azman).


Persembahan kelima-lima peserta di malam akhir lalu memang sangat menarik dan memuaskan. Kesemuanya membawakan lagu yang best dan mempamerkan kehebatan vokal masing-masing. Untuk keputusan, boleh dijangka siapakah pemenangnya tetapi kak Bell rasa Wau yang dibawakan oleh Datin Alyah patut berada di tempat ketiga. Sekadar pendapat.

Berdasarkan klu-klu memang jelas menunjukkan Aina Abdul. Tambah pula di dalam klu ada menampilkan gambar Ella. Memang tidak disangka yang perwatakan Aina Abdul memang berubah habis dari seorang yang pemalu kepada seorang yang 'cheeky' dan lucu. Bila tengok keletah ada macam Shiha Zikir atau Norkhiriah tapi bila dengarkan suara sememangnya menunjukkan orang lain. Memang Aina Abdul menampilkan dirinya sebagai seseorang yang lain daripada diri Aina sekarang dalam pertandingan ini.


Berikut adalah kedudukan peserta mengikut peratusan markah di konsert akhir The Masked Singer Malaysia beserta klu-klu bagi setiap peserta. 

#1 BUNGA RAYA: 96%
Listen (Beyonce) & Malam Ini Kita Punya (Bunkface)


Peserta : Bunga Raya
Identiti Sebenar : Aina Abdul
Klu : Variasi kasut boot menunjukkan Aina Abdul gemar memakai kasut boot di dalam setiap muzik videonya.

#2 RAJAH BROOKE: 95%
Ku Bersuara (Ernie Zakri) & Rampas (Akim & The Majistret)


Peserta : Rajah Brooke
Identiti Sebenar : Vannesa Reynauld
Klu : Topeng wajah Nabil Ahmad bermaksud Vanessa pernah menyertai rancangan Ceria Megastar pada tahun 2018 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad



#3 ORANG UTAN: 94%
Dia (Anji) & Apa Khabar, Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Alyph)


Peserta : Orang Utan
Identiti Sebenar : Tuju K-Clique
Klu : Kamera klik sebanyak 7 kali menunjukkan Tuju dan 7 ahli kumpulannya yang lain iaitu K-Clique sedang meningkat naik di dalam industri muzik masa kini

#4 WAU: 88%
I Surrender (Celine Dion) & Opera Hidup, Pawana (Wings & Search)


Peserta: Wau
Identiti Sebenar : Datin Alyah
Klu : Nota muzik melambangkan pasangan kepada Datin Alyah iaitu Dato' Ramli MS merupakan seorang maestro muzik terkenal

#5 ENGGANG: 87%
Tiada Lagi (Amy Search) & Generasiku (OAG)


Peserta : Enggang
Identiti Sebenar : Vince AF
Klu : Poster Gunung Kinabalu bermaksud isteri Vince berasal dari negeri Sabah


Pada pentas akhir tersebut, pelawak dan penyanyi Mark Adam dijemput sebagai juri jemputan bagi menggantikan Zizan Razak. Tekaan juri kebanyakkannya tepat untuk episod akhir. Semua juri meneka Ernie Zikri disebalik topeng Bunga Raya dan hanya Angah Raja Lawak sahaja meneka dengan betul bahawa Bunga Raya adalah Aina Abdul.


Rancangan ini memang sangat menarik sebab setiap minggu berada di depan kaca TV hendak meneka siapa penyanyi misteri. Suka sangat sebab sebelum ini selalu tonton The Masked Singer Korea dan UK. Kak Bell harap untuk musim kedua nanti menampilkan lebih ramai selebriti yang bukan penyanyi dan mempunyai vokal mantap menyertai pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia ini.

Kredit gambar:
Astro dan Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post