“WOULD YOU BE MY PROTEGE?” - MISHA OMAR

Itulah pertanyaan Juri Tetap Misha Omar yang dilontarkan kepada Rookie yang juga penyandang Rookie Star Award ketiga Vokal Mania, Qiem Churros. Qiem Churros telah menyampaikan lagu nyanyian asal Syamel, ‘Lebih Sempurna’ secara solo dan ‘Lagu Untukmu’ untuk persembahan ‘battle’ bersama Lan Solo. Sungguhpun Qiem Churros tewas ditangan Lan Solo, malam itu, Qiem tetap menambat hati Misha Omar.


Apabila ditemu bual di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Misha Omar menjelaskan bahawa Qiem Churros serba sedikit mengingatkannya ketika zaman permulaan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Misha Omar turut berpesan kepada Rookie lain, “Apa yang menjadikan seseorang penyanyi itu, adalah sifat kesederhanaan kerana seseorang penyanyi itu akan kelihatan ‘gagal’ apabila dia menyampaikan sesuatu dengan terlalu ekstrim. Qiem Churros malam ini membawa dirinya dengan sangat sederhana, termasuklah persembahan yang sederhana, busana yang sederhana, dia tidak pergi ke tahap ekstrim.”

Selain itu, minggu ketiga ini merupakan satu lagi kemenangan mutlak bagi #teamIdol dimana kesemua idol dapat menewaskan Rookie yang mencabar mereka. Walau bagaimanapun, dua Rookies, Hakeemzamall dan Nursyafiqnasser telah memberikan persaingan sengit kepada Idol mereka sehingga menyukarkan Yusry dan Misha Omar untuk membuat keputusan. Namun, kecaman minggu ketiga ini menimpa Aufahanie yang mengalami ‘stage fright’ sehingga digelar ‘Nuha 2.0’ oleh para netizen di Twitter.

Berikut adalah senarai persembahan konsert tersebut:

1) Nursyafiqnasser VS Tomok



Nursyafiqnasser (Rookie) / Nirmala
Tomok (Idol) / Bangun
Nursyafiqnasser VS Tomok / Kopi Dangdut
Pemenang: Tomok (Idol)

2) Qiem Churros VS Lan Solo



Qiem Churros (Rookie) / Lebih Sempurna
Lan Solo (Idol) / Fanatik
Qiem Churros VS Lan Solo / Lagu Untukmu
Pemenang: Lan Solo (Idol)


3) Aufahanie VS Indah Ruhaila



Aufahanie (Rookie) / Gundah
Indah Ruhaila (Idol) / Percayalah
Aufahanie VS Indah Ruhaila / Semua Jadi Satu
Pemenang: Indah Ruhaila (Idol)

4) Hakeemzamall VS Aina Abdul



Hakeemzamall (Rookie) / Kaulah Segalanya
Aina Abdul (Idol) / Jeritan Batinku
Hakeemzamall VS Aina Abdul / If I Aint Got You
Pemenang: Aina Abdul (Idol)

Nantikan minggu keempat Vokal Mania di kaca televisyen anda pada 14 November nanti. Siapakah Idol yang yang akan dicabar oleh Danial Chuer, Aedy Kama, Fatin Afeefa & Nisha Haque? Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia untuk info lanjut. Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.

Kredit gambar:
Ihsan daripada @StudioAproduction

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top