Sudah lama betul Kak Bell tidak pergi bercuti. Biasanya dalam setahun mesti
    akan travel ke luar atau dalam negara. Biasalah kan, dah penat sepanjang
    tahun bekerja pastilah hendak berehat menikmati tempat-tempat menarik di
    tempat orang. Paling terakhir Kak Bell travel adalah pada bulan yang lepas
    semasa berkunjung ke Pulau Perhentian Kecil. Bayangkan punyalah lama dan
    tambahan pula dengan keadaan pandemik sekarang, terpaksalah ditangguhkan
    dahulu perancangan terbaru hendak bercuti.
Kisahnya semasa ke Pulau Perhentian Kecil, Kak Bell menaiki pesawat dan
    turun di lapangan terbang Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan masa terhad di
    Kelantan, Kak Bell cuma sempat singgah di Pasar Siti Khadijah dan Restoran
    Nasi Ulam Cikgu. Semasa perjalanan ke Terengganu, sempatlah singgah makan
    pagi di tepi jalan dengan menu nasi kerabu. Memang suatu kelainan lah pada
    Kak Bell bila pagi-pagi breakfast nasi kerabu. Yang penting, semua tempat
    makan yang disinggah, semuanya sedap. Jadinya, Kak Bell sudah merancang
    episod travel ke Kelantan. Kalau dah travel selain memikirkan tempat tinggal
    dan sebagainya, benda paling penting adalah tempat makan! Biasanya kalau dah
    nama trip jalan-jalan seharusnya jadi trip jalan-jalan cari makan kan!
    Agak-agaknya di mana tempat makan paling best di sekitar Kota Bharu
    ya?
  Nasi kerabu, nasi dagang, nasi air dingin, nasi kak wok memang sudah
    sinonim dengan masyarakat Kelantan. Semasa Kak Bell bertanya pakcik 'Google'
    tempat makan paling best di Kota Bharu, Kak Bell terjumpa satu artikel
    tentang
    Tempat Makan Wajib Singgah Di Kelantan. Kak Bell tertarik dengan lokasi tempat makan hidangan
    Burger Paling Famous Di Kelantan
    iaitu KBB Burger & Steak. Katanya, pengunjung yang datang ke Kelantan, memang akan wajib singgah ke
    restoren steak bertaraf 5 bintang ni. Apa yang sedap sangat agaknya disini?
    Jom baca lebih lanjut.
Burger Homemade Double Meat Extreme
    Restoren KBB Burger & Steak yang terletak di tengah-tengah
      bandar Kota Bharu ini sebenarnya sebuah restoren yang menyediakan hidangan
      barat. Terdapat hidangan pilihan daging seperti Wagyu Jepun, Wagyu
      Australia - Angus dan Grainfed, selain burger mereka yang membuatkan Kak
      Bell terliur habis. Apa yang penting, pengunjung boleh menikmati makanan
      lazat di sini mengikut citarasa dan anggaran bajet sendiri.
  
    Kak Bell tertarik sangat dengan burger Double Meat Extreme mereka
    yang nampak sedap gile. Burger ini pernah Viral & sangat terkenal
    disini.
  
  
    Burger yang disediakan disini adalah 100% buatan homemade & 100%
    menggunakan daging dan tidak menggunakan bahan lain. Burger Double Meat
    Extreme ini terdiri dari gabungan 2 patty burger bersama dengan 2 keping
    keju dan beef bacon (streaky beef) serta dilimpahi dengan sos cheese
    homemade padu. Untuk bahan rempah, Restoren KBB Burger & Steak
    menggunakan rempah ratus tersendiri sebagai rasa signature burger mereka,
    sememangnya kita boleh merasai keunikan daging patty KBB.
  
    Selain patty daging yang lembut dan juicy ini, sos cheese mereka memang
    antara penarik rasa sebab mereka menggunakan 100% cheese, bukannya serbuk
    cheese atau sos cheese yang di jual di pasaraya. Memang tidak hairan kenapa
    burger ini pernah viral.
  
Walaupun burger KBB ni bersaiz besar, confirm tak cukup dan membuatkan
    setiap gigitan memang tak puas sebab sedap! Setiap gigitan memang terasa
    kesegaran dagingnya yang juicy. Padanlah cakap orang, jika singgah ke
    Kelantan, memang wajib singgah dekat sini.
  
    Selain dari Double Meat Extreme, antara burger-burger lain yang ada adalah
    Smokey Meat, Crispy Chicken, Chicken Jumbo, Smashed Beef, Grilled
      Chicken,
    dan Double meat extreme BBQ.
    Satu lagi perkara yang menarik di sini, restoren
    KBB Burger & Steak memiliki ruangan dapur dengan konsep dapur
    terbuka (open air kitchen). Setiap pengunjung yang datang menikmati
    hidangan di sini boleh melihat proses penyediaan hidangan mereka tanpa rasa
    was-was tentang cara penyediaaan makanan disini.
  
  
    Buat anda semua yang teringin mencuba keenakan burger
    Double Meat Extreme by KBB Burger & Steak, bolehlah
    singgah di KBB Burger & Steak. Pastinya anda tidak kecewa. 
  
No 2713 Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
Contact: 010-258 1001
Waktu Operasi : 12PM - 1PM (setiap hari)
Facebook: https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak/
Instagram: https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak
Youtube: KBB Burger and Steak






