Game Online Untuk Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Game Online Untuk Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa

Trending

Game Online Untuk Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa

Hi semua! Zaman sekarang memamg tak sah kalau setiap orang memiliki sebuah telefon pintar atau tablet. Bukan sahaja orang dewasa, budak-budak zaman la ni pun dah mula pakai handphone. Memang sukar nak menjauhkan anak-anak daripada bermain dengan telefon pintar, jadi perlulah kita menghadkan dan pantau mereka. Daripada melayari kandungan yang tidak sepatutnya, biarkan anak-anak anda bermain dengan beberapa permainan mesra kanak-kanak yang mungkin dapat membantu meningkatkan kecerdasan. Selain hiburan, banyak juga game online untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang bersifat pendidikan.


Permainan kreatif dan game online percuma untuk budak-budak akan membantu anak anda menghabiskan masa dengan alat elektronik dengan berkesan. Kak Bell pun kadang-kadang luangkan masa juga bermain permainan online yang menarik seperti game pemikiran kreatif, penyelesaian masalah atau penaakulan. Siapa kata orang dewasa pun tak boleh bersenang-senang dengan permainan online kan?


Game Online Untuk Kanak-Kanak Perempuan

Buat budak perempuan mesti suka game yang lebih girlish seperti cooking game atau game makanan. Kak Bell ada terjumpa website game Culinary Schools yang menyediakan lebih dari 150 jenis games seperti permainan dalam talian untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan. Semua game online ni percuma dan terus boleh main tanpa perlu download terlebih dahulu. Berikut ni ada beberapa online game untuk budak perempuan yang Kak Bell rasa menarik untuk dicuba. Jom berseronok!


DC Super Hero Girls Food Fight Game
Buat peminat watak superhero mesti sangat sukakan game ni. DC Super Hero Girls Food Fight ialah permainan pertarungan makanan yang sangat comel di mana korang boleh pilih beberapa wira superhero yang ingin anda mainkan. Ada pilihan watak Wonder Woman, Batgirl, Supergirl, Zatanna, Green Lantern dan Bumblebee. Pemain boleh pilih watak superhoro dengan menilai profile watak wira pilihan korang.



Untuk pusingan pertama, korang akan lawan Harley Quinn dalam 3 perlawanan dan seterusnya penjahat Cat Women dan Poison Ivy. Cara bermain pun mudah, cuma gunakan kekunci anak panah anda untuk bergerak ke atas dan ke bawah & spacebar untuk baling makanan. Yang penting kena pantas gerak ke atas dan ke bawah dan collect bonus food. Walaupun game ni tak berapa elok sebab baling makanan, jangan diikut pula di alam realiti ye. Jadi watak apa yang paling korang suka?


Cut Fruit
Game memotong buah ni memang dah terkenal lama. Cut Fruit ni permainan menghiris buah-buahan yang terbang dan anda perlu memotong seberapa banyak buah-buahan yang boleh tanpa terkena bom. Kalau dapat potong lebih banyak buah dalam satu gerakan akan dapat bonus skor. Agak payah juga sebab mesti akan terpotong bom! Kalau gunakan mouse semasa bermain di laptop atau PC mungkin agak susah berbanding menggunakan telefon bimbit.


Adventure Time Elemental
Game mudah untuk anak-anak cuba seterusnya ialah Adventure Time Elemental. Dalam game ni ada 4 lagi jenis game untuk elemen api, ais, Candy Smash dan Slime Time. Keempat-empat game ni semuanya berbeza dan sangat menyeronokkan.



Untuk Candy Smash, korang kena menyelamatkan Warga Candy dengan memukul Lemongrabs untuk mendapatkan bonus & mengelakkan zombi. Ice Ot Meet game pula korang kena bergerak cepat dan kutip diamond sambil larikan diri dari kabus ais. Yang kurang best, gerakan jadi terlalu laju sebab atas ais dan kabus tu bergerak cepat juga.

Candy Smash

Ice Ot Meet

Slime Time

Flame War

Flame War ialah permainan berirama di mana korang kena membantu Finn melawan Raja Api. Korang kena tekan dengan tepat bulatan di bawah Finn untuk lawan Flame King. Untuk Slime Time pula ialah permainan larian tanpa henti daripada raksasa lendir yang lapar sambil collect diamond.


Cooking and Kitchen Work
Di bahagian ini, budak-budak boleh mempelajari pelbagai tugas di dapur dan pelajari cara memasak mengikut resipi asas. Permainan ini boleh memberi pelajar sedikit pengalaman tentang bagaimana pengalaman bekerja di dapur. Website ini juga ada menyediakan pautan yang membantu kita menyukat bahan dengan betul iaitu ingredient measurement conversion tool yang sangat berguna untuk pelajar-pelajar yang ingin ceburi bidang masakan.


Food Education Games
Permainan ini membantu pelajar membezakan makanan sihat berbanding makanan tidak sihat dan ada gambar atau cilp art makanan secara percuma yang boleh kita gunakan.


Selain dari game yang Kak Bell dah cuba di atas, ada banyak lagi permainan pembelajaran online seperti Memory & Matching Games, Logic Puzzle Games, Match 3 Games dan banyak lagi.


Tiada Iklan Ketika Bermain Online Games
Jika bermain permainan game online di Culinary School website, tiada iklan yang akan mengganggu ketika bermain. Kalau banyak sangat iklan dan kena menunggu iklan habis baru dapat teruskan permainan memang agak merimaskan dan end up memang akan berhenti bermain.

Semua permainan yang disediakan di sini menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mobile dan mesra desktop. Jadi, kanak-kanak atau orang dewasa boleh je bermain game online ini di mana-mana peranti yang korang suka. Time-time boring boleh la cuba.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post