4 Juta Hits Blog Kak Bell | Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 4 Juta Hits Blog Kak Bell | Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik

Trending

4 Juta Hits Blog Kak Bell | Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik

Hi korang! Semalam blog Kak Bell telah mencecah jumlah 4 juta viewer setelah agak berkurun lama menunggu. Ambil masa 8 bulan untuk dapat 1 juta lagi pageviews berbanding tempoh 6 bulan untuk yang sebelumnya. Walaupun ada orang lain yang lebih hebat, tetapi buat diri sendiri sudah cukup menggembirakan. Mestilah gembira dan bangga kan sebab ianya semua adalah hasil dan usaha kita selama menulis dan berkongsi melalui blog.

4 Juta Hits Blog Kak Bell | Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik

Kak Bell mula menulis menerusi blog Ini Adalah Bellarina Natasya pada 18 April 2016. Kiranya, hingga sekarang blog Kak Bell dah berusia 3 tahun 8 bulan. Baru sangat mencapai tahap matang untuk sesebuah blog. Nak cakap hebat tidaklah, tetapi Kak Bell yakin semuanya bermula dari usaha dan passion untuk buat yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita minati. Bagi Kak Bell, kekuatan sebuah blog itu pastilah dari jumlah carian dan tidak bergantung kepada jumlah follower semata-mata. Tetapi kebiasaannya, jika dah ramai follower pastilah jumlah kutipan view pun akan tinggi kan. Jadi jom sama-sama tingkatkan jumlah pageview dan trafik blog masing-masing melalui penghasilan artikel yang menarik.

1 JUTA HITS BLOG KAK BELL

Korang semua menulis blog kerana minat atau pun kerana duit? Terpulanglah kepada tujuan dan misi masing-masing. Kak Bell sendiri pun tidak terfikir nak menulis blog pada mulanya. Semua bermula sebab nak kongsikan dan abadikan kisah travel walaupun hanya beberapa edisi sahaja yang ada. Selepas 2 bulan berblogging, event pertama Kak Bell dapat adalah dari Nuffnang untuk penjagaan rambut. Sejak dari tu, Kak Bell mula gigih menulis dan sudah rasai keseronokkannya.

Bila diingat semula, sejak zaman sekolah memang Kak Bell selalu masuk pertandingan menulis esei dan setiap kali pertandingan mesti akan menang tempat pertama atau kedua. Pada masa tu, Kak Bell suka baca buku dan tulisan esei pelajar tingkatan 6 untuk luaskan pengetahuan. Masa ujian kerjaya, dapat pula sebagai wartawan atau penulis, memang Kak Bell tak percaya sebab cita-cita berangan nak jadi doktor atau saintis. Walaupun tak dapat jadi saintis, sempatlah belajar bidang Kimia yang memang Kak Bell minat dan hujung-hujung jadi part-time blogger. Jadi, betullah agaknya ujian kerjaya yang Kak Bell buat tu sebab akhirnya terlibat juga dalam bidang penulisan.

4 Juta Hits Blog Kak Bell | Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik

Bila dah excited, sampai je tarikh cecah 1 juta, 2 juta pun Kak Bell rekod. Dah jadi tabiat untuk track perkembangan dan perjalanan blog sendiri.

1 juta views -18/04/2016-22/11/2017 (19 bulan)
2 juta views -23/11/2017-31/05/2018 (06 bulan)
3 juta views -01/06/2018-12/04/2019 (10 bulan)
4 juta views -13/04/2019-23/12/2019 (08 bulan)

Resepi nak berjaya atau Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik (klik sini) tu korang boleh juga google lah cari di artikel orang lain. Nak bagi tips pun bukannya tahap dewa kan. Yang penting dalam blog, lepas kenal pasti apa minat, tulislah artikel yang berkaitan. Diselang seli dengan artikel review dan sebagainya. Jangan pula sampaikan artikel sendiri tak ada, dari A sampai Z semua review je. Tujuan berblog? Gittew.

4 Juta Hits Blog Kak Bell | Tips Nak Tingkatkat Jumlah Blog Trafik

Apapun terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan baca artikel di blog Ini Adalah Bellarina Natasya. Harap Kak Bell lebih komited buat tahun hadapan. Di kesempatan ini, Kak Bell ucapkan selamat hari Natal buat yang meraikannya dan Happy New Year 2020!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post