Hi semua! Setiap orang yang mempunyai blog mestilah inginkan pencapaian
dalam trafik blog selain meraih keuntungan Adsense. Kak Bell sendiri
pun sama jugalah. Jika ada trafik blog yang banyak, pengunjung yang ramai,
sudah tentulah boleh dijadikan kayu pengukur tahap popular di enjin carian
Google. Kak Bell gunakan platform blogger (selain Wordpress). Jadi, bagaimana untuk tingkatkan trafik blog dan visitor blog kita?
Sebenarnya Kak Bell bukanlah pandai sangat dalam hal blogging atau dunia
blogspot ni dan jauh sekali nak tunjuk lagak. Kadangkala kebetulan artikel
yang ditulis mungkin sebuah artikel yang baik dan mengandungi kata carian
atau 'keyword' yang menjadi carian yang tertinggi. Kak Bell pun cuba
jaya sahaja dan kadangkala kecewa juga jika tidak menjadi.
Kak Bell mula buat blog
Ini Adalah Bellarina Natasya
ni pada 18 April 2016. Artikel pertama adalah tentang
anak bulus yang gigit wayar charger phone
putus. Then Kak Bell ceritalah pasal cable wrap yang dibeli kat kedai ustat
Kota Damansara. Bila baca balik artikel pertama, rasa macam
cringe gile! Buruk betul penulisannya. Haha!
Hingga hari ini usia blog Kak Bell baru sahaja 4 tahun 10 bulan, kira
masuk 5 tahun la berblogging pada April 2021 nanti. Buat pengunjung blog
Kak Bell, terima kasih banyak-banyak sebab blog Kak Bell dah mencecah
7 juta pageviews pada 26 Februari 2021 lalu.
Untuk diri sendiri, Kak Bell akan rekod perjalanan blog trafik setiap
kali mencecah 1 juta views. Dari situ bolehlah Kak Bell semak sejauh mana
pencapaian artikel pada waktu tu, artikel mana yang mendapat carian
terbanyak.
1 juta pageviews -18/04/2016-22/11/2017 (19 bulan)
2 juta pageviews -23/11/2017-31/05/2018 (06 bulan)
3 juta pageviews -01/06/2018-12/04/2019 (10 bulan)
4 juta pageviews -13/04/2019-23/12/2019 (08 bulan)
5 juta pageviews -24/12/2019-1/5/2020 (05 bulan)
6 juta pageviews -2/5/2020- 1/10/2020 (05 bulan)
7 juta pageviews -2/10/2020-26/2/2021 (04 bulan)
Turun-naik blog trafik tu memang ada dan perkara biasa. Bermula April
2019, nampak pageviews blog Kak Bell semakin naik dan maintain pada
240 ribu trafik sebulan. Kebetulan pada musim PKP 1.0 terus blog trafik
naik ke 368 ribu trafik sebulan. Kalau ada yang annoying dengan
artikel ni, sis tak peduli sebab semua ni adalah hasil kerja dan titik
peluh kita sendiri. Sekadar memuaskan diri sendiri.
Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya kan? So, sesuatu
kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha dan juga jangan lupa semuanya
juga adalah dari-Nya. Pada yang tanya adakah blog masih relavan? Ya jawapannya masih relevan!
10 Cara Bagaimana Untuk Tingkatkan Trafik & Pelawat Blog
Untuk sesebuah blog mencapai tempoh matang mengambil masa dalam 3 hingga
5 tahun. Pada 2 tahun terawal tu memang penulis kena lebihkan usaha dan
gigih untuk hasilkan artikel yang menarik dengan memilih niche blog yang
sesuai untuk penulis bawakan.
Kemudian jangan amalkan kegiatan 'plagiarisme' plagiat copy paste
artikel kerana blog sebegini tak akan bertahan lama. Kadangkala panas hati
juga bila ternampak content, gambar kita digunakan sesuka hati tanpa
kebenaran. Lepas tu artikel pencuri pula yang lebih bagus cariannya di
laman Google, maunya kita tak hangin kan.
Sebenarnya banyak cara bagaimana nak naikkan trafik blog. Kak Bell cuma
kongsikan beberapa tips yang Kak Bell rasa boleh membantu untuk tingkatkan
trafik blog. Terpulanglah pada cara masing-masing sebab Kak Bell pun bukan
pakar. Ramai lagi yang lebih bagus sampai cecah 10 juta, 14 juta blog
trafik.
- Guna template blog responsive, layout mesra pengguna
- Tulis artikel padat dengan info berguna
- Jangan plagiat copy paste artikel orang lain
- Manfaatkan Teknik SEO dalam penulisan
- Elak letak iklan yang pop-up, floating yang mengangu pembaca teruskan pembacaan
- Letakkan internal link, pautan ke artikel lama
- Install Google Analytic sebagai rujukan
- Konsisten menulis sesuai dengan niche blog
- Promosi, share artikel ke sosial media
- Blogwalking dengan sesama penulis lain
Penulis menulis di paltform blog adalah untuk berkongsi, bercerita
pengalaman dan informasi tentang sesuatu perkara. Jadi perlulah ada
content original atau artikel yang ditulis sendiri berdasarkan niche blog.
Sekarang ni ramai betul blogger sampai Kak Bell pun tak kenal siapa. Ada
juga yang buat blog semata-mata untuk isi artikel review sahaja
semata-mata. Period!
Akhir kata semoga kita sama-sama terus belajar untuk tingkatkan trafik
blog dan seterusnya berjaya sebagai seorang blogger beretika yang berjaya.
Terima kasih sekali lagi buat pembaca blog
Ini Adalah Bellarina Natasya. Road to 10 Million pageviews!
Chaiyok!
tahniah! Alhamdulillah, tak sabar nak dapat PV macam kak bell. berjuta2 lemon hehe
ReplyDeleteTerima kasih..insyaAllah boleh.
Deletevass! congrats uols dalam masa beberapa tahun dah dapat 10 juta. kita yang dah nak masuk 12 tahun pun baru menjengah 5 juta. teringin nak jadi cam uols! inspired!!!
ReplyDeleteOk la tu wak juta2 lemon juga. Jom sama2 usaha lagik.
DeleteAku selalu singgah blog kau, kau rasanya tak pernah pun singgah blog aku kan..
ReplyDeleteAlahai..dah kita dah singgah dah la. Huhu.
Deletetahniahhh kak bell.moga2 bae pun dapat jadi blogger hebat macam kak bell. and thanks bagi tips
ReplyDeleteBiasa je la Bae. Tu ramai lg bagus. Lets usaha!
DeleteCongratulations on hitting the amazing milestone of getting 7 million pageviews which is a lot.
ReplyDeleteTq Chris!
DeleteTahniah kak bella... terima kasih pengkongsian tips tu..
ReplyDeleteTerima kasih dan sama2 Cik Ash.
DeleteRawlins memang kagum dengan perkembangan Sis. Sis nyer blog muda berbanding Rawlins tetapi perkembangannya sangat menakjubkan. Tahniah Sis
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tq juga support. Jom usaha lagi.
DeleteTahniah kak bell dan terima kongsi tips ni. Semoga dapat ikut jejak kak bell dapat viewer juta2 kat blog
ReplyDeleteTQ Huda. InsyaAllah boleh.
DeleteSiapa berani menyampah baca blog sis bella kita.. Haippp..
ReplyDeleteHahha tahniah sis.. Idola kita. Semoga zaza dpt mencapai kejayaan yg sama mcm sis bella.
terima kasih untuk tips..bolehlah blogger kecilan macam saya jadikan panduan
ReplyDeleteAlhamdulilah, teruskan menulis dan berkongsi Bell.. Tips yang berguna sangat.. Sis pun dulu tak rajin, tapi bila nengok PV naik dan naik, terus rasa ada je pembaca silent kita.. so keep writing..
ReplyDeleteThanks kak bell atas tipsnya and congrats kerana dah capai 7 juta pv
ReplyDeleteCongrats! thanks for the tips and hope you keep up with the momentum. All the best Bella.
ReplyDeleteAlhamdulillah , tahniah Bella. Sampai sekarang tak tahu berapa saya punya PV . Sejenis tulis dan publish. If nak letak artikel CNP boleh tapi biar yang bermanfaat dan jangan lupa letak kredit darimana sumber artikel diambil . Dan memang betul rasa cringe giler bila baca penulisan blog awal2 tapi bila bandingkan dengan sekarang itu maknanya penulisan kita kita dah move ke next level
ReplyDeleteWahhh tahniah kak. Setahun lebih dah cecah juta views. Marina belum lagi cecah juta ni
ReplyDeleteWow.. Tahniah Bella!
ReplyDeleteKagum dengan pencapaian yang hebat. Kak nina jenis tak reti bab teknikal ni, so sekadar tau tulis publish jer. Tapi bila dah tau berapa PV memang lebih excited nak tulis lagi kan... Good luck moga terus sukses!
hebat bella...penulis dengan konsisten sebab minat biasanya akan bertahan lama,,berbanding dengan mereka yang menulis kerana nak cari duit semata
ReplyDeleteHebat la kak Bella, betul2 sumber inspirasi ni untuk Nell terus berblogging.. Masa first nak tulis hampir2 give up.. but now ada semangat sikit untuk teruskan menulis dan share information kat blog..
ReplyDeleteBerjuta lemon dah. Sepanjang bergelar blogger, blogger kena la berani promote blog sendiri. Pergi event utk mencari content. Kemudian jika tak ke event, bina content yang menjadi carian google. Contoh berkenaan makanan dan travel. Jika tak berkemampuan utk sediakan content food. Bleh la involve content personal life. Kucing ke baby ke. List tu akan bertbah seiring dengan upgrade kehidupan kita. Cuma, nak buat content ke tak. Hehehe. All the best Kak Belle!
ReplyDeletecongrats! first jumpa kak bell mase ade makan makan anjuran dominos kat shah alam ritu..sekejap je jumpa, tu pon klo kak bell igt lagi hahahah
ReplyDeleteCongrats Kak Bell atas pencapaian blog PV. Saya masih berusaha nak naikkan PV harap-harap menjadi.
ReplyDeleteTahniah kak bell. Semoga sentiasa maju jaya. Doakan saya berjaya raih viewer ramai macam kak bell jugak.
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah sama-sama berusaha :)
Delete