Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI - Bella Jamal

Trending

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI - Bella Jamal

Dah lama Kak Bell tak berkongsi tempat makan enak terbaru. Korang semua peminat hidangan Timur Tengah? Sekarang ni memang banyak Turkish restaurants in Kuala Lumpur, cumanya Kak Bell jarang nak pergi melainkan ada kawan yang mengajak. Baru-baru ini Kak Bell telah mencuba hidangan middle eastern popular iaitu makanan Istanbul. Kak Bell cuba makanan Turki di Turkish Cafe Istanbul, TTDI. Kebetulan restoren yang baru sahaja dibuka di Glo Damansara ni bersebelahan sahaja dengan office Kak Bell, jadi Kak Bell pun terjah untuk merasa menu di cafe Istanbul ni.

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Turki memang terkenal dengan menu hidangan yang lazat dan istimewa. Pada Kak Bell kebanyakan makanan tradisi Turki boleh dianggap sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia, kena pada lidah. 


Harga menu turkish cuisine di sini pun tidaklah begitu mahal. Untuk hidangan 2 nasi Mandy Ayam, pizza kecil kids meal, 1 pencuci mulut kunefe, kopi tradisi Turki dan 2 air minuman semuanya hanya berharga RM82++. Harganya still affordable.

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Buku daftar menu di sini disertakan sekali dengan gambar, jadi agak mudah untuk pengunjung lihat apa jenis hidangan tersebut. Menunya juga banyak seperti traditional Turkish breakfast, hidangan nasi, sup, meze (appetizers), salad, kebab, menu kanak-kanak, pide (turkish pizza), wrap, pencuci mulut dan menu istimewa lainnya.


Susun atur meja, dekorasi Turkish Cafe Instanbul ni pun cantik. Suka sangat corak jubin pada meja hidangan. Di satu bahagian, semuanya dihias dengan cermin dengan lantai dan corak dinding timur tengah.

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Ruang makan di bahagian luar

Pengunjung yang datang boleh menikmati hidangan di dalam kedai atau pun di bahagian open air yang turut dilengkapi dengan meja bar.


Kunefa Pencuci Mulut Turki Manis Penuh Dengan Cheese
Makanan di sini semuanya sedap dan kena dengan citarasa Kak Bell. Kalau berkunjung ke sini, jangan lupa cuba pencuci mulut kunefe, manisan yang sangat sedap. Di bahagian luarnya macam kuih karas dan ditengahnya ada keju krim. Rasa kunefe ini tidak begitu manis seperti sesetengah orang ingat. Untuk manisan Turki baklava pun sedap juga. 2 ketul baklava berharga RM7 tapi worth to taste!

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Manisan Turki, Kunefe RM14.90

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Baklava RM7

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Turkish Coffee RM8

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Chicken Mandy RM17.90

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Lamb Mandy RM31.90

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI
Pide (Pizza) Kids' Menu RM14.90

Untuk Kahve atau kopi Turki tu disediakan dalam sebuah cawan kecil dipanggil “cezve” dan dihidangkan bersama coklat dan segelas air masak. Saiz cawannya kecil sahaja dan ada keladak kopi yang mendap dibawah cawan. Bagi peminat kopi harus cuba tetapi Kak Bell kurang gemar sebab ianya memang pekat dan pahit.

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Cuba Makanan Turki Di Turkish Cafe Istanbul, TTDI

Bagi yang nak cuba turkish cuisine, bolehlah datang ke Turkish Cafe Istanbul. Memang tidak mengecewakan. Akan datang Kak Bell akan rasa menu yang lain pula.

Turkish Cafe Istanbul
LG-08 Glo Damansara
No, 699, Jalan Damansara,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Waa menarikk jugak ni, dah lama jugak tak menjamu makanan timur tengah macam ni, nampak sedap2 belaka semua makanan tu! Nak masukkan dalam list dulu nanti dah boleh rentas negeri nak try makan foodie kat situu 😁

    ReplyDelete
  2. Cantiknya restoran Turki ni Bell. Nampak ambiance dia best ajer. Rasa berselera nak makan situ. Kunafe tu nampak menarik. Pernah dulu pergi Turki, makan masakan dia sedap juga. especially nasi dia. Macam nasi tapi ala ala Barli. Tak tau apa nama dia...

    ReplyDelete
  3. Would want to try Kunefe which looks kinda exotic and at the same time tempting. :) This looks like a good place for foodies.

    ReplyDelete
  4. mengundang betul lah gambar Gambar makanan ni. semuaaa nampak sedap. nanti nak try

    ReplyDelete
  5. Cantiknya restoran Turki nih Kak Bell. Makanan dia pun nampak sedap-sedap belaka nih. Tq share, nnti boleh la try singgah makan sini.

    ReplyDelete
  6. La kat ttdi ke...i dah lama nak cari kunafa.. nampak menarik dan sedap

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi makan makanan turki. macam nice. especially turkish delights. hehe

    ReplyDelete
  8. Memang sedap menu Istanbul ni.. kat Johor pun ada sebuah restoran gaya Ustanbul.. dan paling sedap Kunafe tu laaa.. adeiii

    ReplyDelete
  9. so this is how it looks like inside! i passed this shop so many times and was always curious to know. cant wait to try it soon!

    ReplyDelete
  10. wah terliur ya tengok semua makanan ni. walaupun saya belum pernah lagi makan makanan turki, tapi mmg nampak sedap & menyelerakan. bolehlah pgi nnti ni :)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah try lagi makanan Turkish , tapi teringin pula bila tgok .

    ReplyDelete
  12. Bernaloi harga bawah 100 dapat makan macam-macam.. semua nampak sedap.. tempat makan pun menarik suasananya

    ReplyDelete
  13. Sedapnya makanan turki! Kunefa tu dah lama sangat craving. Tengah pregnant ni lagi la macam-macam nak

    ReplyDelete
  14. Wowww... cantikya restoren dia. nampak exclusive gitew. Makanan-makanan dia pun nampak menarik sungguh. Terliur Nina dibuatnya.

    ReplyDelete
  15. Menarik ni, so far Nell pun tak pernah try lagi masakan Turkish ni.. boleh try la weekend nanti, something new yang tak pernah makan before (Y)

    ReplyDelete
  16. I like Turkish food also, i selalu akan order lamb mandy and their tea. Sedap kan.

    ReplyDelete
  17. Wahh menarik. Wajib cuba makanan turki ni 😃😃😃

    ReplyDelete
Previous Post Next Post