Ada yang bertanya kepada Kak Bell adakah blog masih lagi relavan buat masa sekarang sebagai medium perkongsian sosial. Kebanyakkan orang berpendapat, semakin kurang orang menulis di blog semenjak wujudnya Facebook dan platform sosial media yang lainnya seperti Instagram, YouTube, Twitter, Twitch dan juga TikTok. Dahulunya, memang blog sangat popular dan hingga sekarang pun masih ramai sahaja penulis yang masih menggunakan blog sebagai medium untuk memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk. Menurut Technorati, sebuah enjin carian blog, menunjukkan bahawa terdapat lebih 120 juta blog yang dijejaki dan jumlahnya semakin meningkat saban tahun (WiKi Nov 2007).
Sumber gambar Mawardi Yunus
Menulis di facebook memang mudah, percuma dan kadangkala tulisan kita berpotensi menjadi viral. Bezanya dengan blog, segala isi kandungan yang ditulis di Facebook akan menjadi milik Facebook dan ianya bergantung kepada terma dan syarat perkhidmatan facebook dengan algorithm mereka yang berubah-ubah. Bagi blog pula, selagi wujudnya enjin carian di dunia ini, blog dan laman web akan menjadi sentiasa relevan dan berkembang seiring dengan kemunculan platform media sosial lainnya.
Adakah sekarang blog semakin tidak popular? Jawapannya adalah tidak! Blogging dan blog masih menjadi salah satu sumber trafik terbaik untuk bidang pemasaran yang masih relevan pada tahun 2020 ini dan masih efektif sebagai suatu platform pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kak Bell sendiri pun tidak menyangka akan terjun ke dalam dunia blogging sehingga kini. Bermula dari keinginan berkongsi peristiwa dan pengalaman travel di dalam talian, akhirnya Kak Bell terus berkongsi minat tentang resepi dan haiwan perliharaan.
Teringat akan kata-kata guru subjek Bahasa Malaysia semasa di sekolah menengah dahulu. Katanya kalau tidak menjadi wartawan, suatu hari nanti Kak Bell berpotensi menjadi penulis disebabkan Kak Bell sering menyertai pertandingan menulis esei dan sentiasa menjadi juara dalam bidang penulisan. Pada masa itu, memang tak ambil pusing sebab terlalu meminati bidang sains. Memang tidak menyangka, memang kata-kata seorang guru itu masin.
Selain sudah memiliki blog, Kak Bell juga sudah ada sebuah e-book "20 Malaysian Home Cooking Recipes" yang diterbitkan oleh penerbitan Ukiyoto Publishing. Peluang penerbitan yang sangat tidak Kak Bell jangkakan.
Bagi yang minat menulis, boleh sahaja mulakan dengan penulisan di blog. Tulislah berdasarkan minat dalam sesuatu tajuk atau niche seperti tentang ulasan makanan, fesyen, lifestyle, kewangan, politik, travel, sukan, hiburan atau sebagai catatan peribadi dalam talian. Sebuah blog dengan kandungan menarik dan berjaya memang mampu untuk menjana pulangan melalui iklan yang dipaparkan melalui iklan Adsense atau seumpamanya. Menurut kajian, 68% pihak marketer masih mendapati bahawa blog tetap efektif sebagai suatu platform pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan.
Bagi yang ingin mula membuat blog, pastikan anda telah memilih niche yang betul, usaha dan strategi yang betul bagi menghasilkan blog yang berkualiti. Kak Bell juga bukanlah orang yang arif untuk memperkatakan hal ini. Sebagai seorang penulis atau blogger, sebaik-baiknya berkongsilah artikel yang berkaitan dengan hala tuju blog anda dan bukan sekadar menyajikan artikel review semata-mata.
Berapakah Nilai Sebuah Blog?
Sesuatu blog secara semulajadi mempunyai sentuhan peribadi penulisnya sendiri. Melalui penulisan mereka, sebuah blog akan dipercayai sebagai suatu sumber maklumat yang dipercayai. Taip sahaja dalam enjin carian, pastinya banyak maklumat dan informasi yang boleh didapati melalui blog.
Sumber gambar Mawardi Yunus
Mereka yang menulis melalui platform blog, dapat memberikan pengaruh yang besar terhadap khalayak mereka. Berikut ini Kak Bell senaraikan 100 Blogger dan 100 Blog di Malaysia yang Kak Bell kenali. Kak Bell senaraikan berdasarkan Worth Of Web (lihat juga senarai dari blogger Santro Sondy) yang dikira berdasarkan Alexa Traffic Rank terhadap jangkaan jumlah pendapatan (revenue) sebuah blog secara harian, bulanan, tahunan.
Untuk makluman, senarai ini tidak semestinya tepat dan ianya adalah sekadar jangkaan untuk menilai sesebuah blog. Apa yang penting, jom kita sama-sama berusaha dan teruskan pembelajaran bagi menghasilkan sebuah blog yang berjaya dan berkualiti. Semoga prestasi kita menunjukkan peningkatan untuk tahun 2021.
Allahu! Tak sangka blog aku ada harga jugekk
ReplyDeleteAda wak.
DeleteOkay... Nak aktif balik la menulis. Ade harga rupanya walaupun dah menurun..hehe.. Lama dah kejap tulis kejap tak..haha.. Ok semangat blk.
ReplyDeleteLets semangat!
DeleteHina betul rasa tak tergolong bawah 10...hahahaha...kena usaha keras la neh
ReplyDeleteAla wak kite pun list bawah2 je. Sekadar anggaran je sis.
DeleteAllahu...tak sangka ada harga juga blog ciksun...terima kasih kak bell untuk entri ni..terus rasa bersemangat nak naikkan lagi! mari kita! ya, blog masih relevan!
ReplyDeleteSama-sama. Jom dama2 usaha lagi.
DeleteKena lebih rajin utk buat entry yg best²
ReplyDeleteBetul tu.
Deleteeh ada terselit la nama blog kita 😍
ReplyDeleteHarus tokkkkk!
DeleteBerkat doa cikgu tu. Hehe. Tq kak bell terharu ena tersenarai jugak sebab tahun ni memang serious blogging nampak income blogger lain mencanak tu semangat.
ReplyDeleteWelcome. Betul tu. Semoga kita bersemangat lagi.
DeleteAlaa tak tergolong lagi.. hahahah kena kerja keras nii
ReplyDeleteMungkin bella terlepas pandang blog awak. Sorry ya.
DeleteEh ade juga kita.. Tq kak bell.. Tak tau ade harga
ReplyDeleteWelcome Nad.
DeleteMacam tak percaya je..haha Tengkiuuuu kak bell, rasa bersemangat nak rajin menulis, topik banyak dalam draft dah, kerajinan saja kelaut dalam huhu
ReplyDeleteWc. Ye kemalasan tu sentiasa menghantui.
DeleteBlog Bella pun hebat..kipidab semua dan keep writing... jom kita sama-sama naik...
ReplyDeleteMakaseh Bella... banyak nak kena belajar lagi ni...
Tq sis. U inspired me too!
DeleteNampak sgt blog kita tak glemer 😭
ReplyDeleteAlaaa kita tak pasan wak. Huhu.
DeleteEh!! No. 68.Termasuk juga dalam senarai sebab dah jarang update blog 😁
ReplyDeleteAda je sis. Ni 100 org yg bella termampu ingat masa tulis entri ni. Hehe.
DeleteSaja singgah sini.. Ehh xsangka tersenarai juga no 45.. Walaupun jarang update.. Huhu.. Ini yg buat kita bersemangat nak update selalu ni... Terima kak bell...
ReplyDeleteSama-sama.
Deleteeh ada juga list blog kita.tq kak bell
ReplyDeleteHehe. Sama2 Huda.
DeleteTq kak bell include blog kita. 🥰🥰🥰
ReplyDeleteTq kak bell include blog kita. 🥰🥰🥰
ReplyDeleteTq kak bell include blog kita. 🥰🥰🥰
ReplyDeleteSama2 wak.
DeleteWaaa banyak betul list. Hahhahaha
ReplyDeleteAla tertinggal blog awak. Ramai lg sebenarnya blogger Malaysia ni.
DeleteAlhamdulillah... ada😂ingat gak kat org lama ni😍
ReplyDeleteHehe. Ingat saja Kak Limah✌
DeleteJauhlah kita nak masuk senarai pun 🤭🤭
ReplyDeleteJangan begitu..bell tertinggal la tu.
Deletewow saya masih tersenarai! I like!
ReplyDeleteHarus awak jutawan adsense..amin cepat!
DeleteHahaha. Wowww. Akak rasa bangga plak ngan blog akak tersenarai. Tahun 2020 ni akak ambil tindakan drastik. Akak pindah platform dari wordpress kembali ke blogger. Kemudian hentikan hosting service. Proses migrate content delay. Sebab gambar tak da dan url berbeza. Banyak kerja. Error 404 jangan citer. Banyak. Doakan akak dapat kemaskini blog ruby.my segera. Doakan tau.
ReplyDeleteWah bnyk kerja tu. Semoga blog cpt2 siap kemaskini ye.
DeletePembakar semangat ni.. Banyak lagi yang kena belajar dari sifu2 bloggers ni... Nell masih baby blogger lagi ni.. 🤭
ReplyDeleteKite semua masih belajar. Tak ada yg perfect Nell.
DeleteWah. Tersenarai jugak.. No. 24.. Baru tahu blog pun ada harga yea.. Thankyou Bella sudi share entri macam ni.. Seronok dan bersemangat TB dan rakan blogger tengok
ReplyDeleteHarap dapat memberi inspirasi utk kita semua.
Deleteberani kata blog dh x releven?! hahahha gurau2 obviously other marketing platforms tumbuh mcm mushroom day by day but Alhamdulillah blog is indeed timeless! hahahha x sgka blog kta yg berhabuk sudi dimasukkan jg dlm 100 tu wak, tqsm!! hahaha pembakar semangat betol nk update ni!!
ReplyDeleteAda wak. Kite ingt..yg tertinggal tu kite terlupa or tk kenal la kot. Hehe
DeleteEhh tersenarai..tq kak bell
ReplyDeleteWelcome Iena.
Deletekena work hard to be in the list mcm ni ! heheheh congrats kepada smua yg listed :)
ReplyDeleteYa semoga menginspirasi. Hope kita sama2 usaha dan belajar.
Deleteomg!! my name ada kat sini juga...omgomgomg... thanks sis Bell... and... tahniah semua yang tersenarai... Alhamdulillah...
ReplyDeleteWelcome.
Delete