Pelancaran Ebook '20 Malaysian Home Cooking Recipes' Oleh Bella Jamal

Hi semua! Pertama sekali Kak Bell nak ucapkan rasa terima kasih tidak terhingga buat semua pembaca blog Ini Adalah Bellarina Natasya yang sentiasa memberikan sokongan. Kak Bell bermula pada April, 2016 dan tahun ini telah memberikan satu semangat baru untuk Kak Bell terus maju dengan kehadiran buku online; ebook pertama Kak Bell.


Tidak pernah terfikir sebelum ini untuk menghasilkan sebuah buku resepi sendiri. Rasa macam bermimpi! Resepi yang Kak Bell kongsikan selama ini adalah resepi masakan yang memang Kak Bell masak dan mencubanya sendiri. Pada Kak Bell keikhlasan berkarya, menulis dari hasil pengalaman sendiri adalah suatu kepuasan buat diri sendiri.


Ebook 20 Malaysian Home Cooking Recipes

Hari ini, pada 18 Ogos 2020 buku pertama Kak Bell telah dilancarkan dengan tajuk 20 Malaysian Home Cooking Recipes di bawah syarikat penerbitan Ukiyoto Publishing, Toronto Kanada.


Peluang yang datang ini memang tidak disangka-sangka dan Kak Bell memanjatkan rasa syukur di atas perjalanan Kak Bell sebagai seorang penulis blog. Tawaran yang diterima adalah menerbitkan sebuah buku online daripada isi kandungan blog Kak Bell.

"The content in this title was selected for conversion to a book from a blog based on the information and the quality of the content", Ukiyoto Publishing

Untuk ebook pertama ini, Kak Bell telah mengumpulkan sebanyak 20 buah resepi masakan yang mudah dan senang untuk dibuat.


Ebook 20 Malaysian Home Cooking Recipes Kini Dijual

Buku 20 Malaysian Home Cooking Recipes oleh Bella Jamal kini sudah mula dijual di Ukiyoto Publishing, Amazon dan Shopzone Online Bookstore Singapore.

Bersempena dengan pelancaran Online Bookstore di Singapore & Regional Printing South East Asia, buku Kak Bell juga boleh dibeli dan dihantar buat pembeli di Singapore, Malaysia, Jepun dan Indonesia.


Bagi yang ingin membuat pembelian, anda semua boleh klik gambar di bawah.

Ukiyoto Publishing




Amazon



Shopzone Online Bookstore Singapore



Buat warga Singapura, bersempena dengan NATIONAL DAY 2020 Singapore, pembeli boleh mendapatkan diskaun 20% OFF (STOREWIDE)+ FREE DELIVERY (Singapore only) dengan menggunakan kod "SG55" dengan pembelian minimum $55.

Buat pembaca Malaysia, jika berminat untuk membuat tempahan bolehlah hubungi Kak Bell di jbella8868@gmail.com atau melalui IG @bella_natasya untuk mendapatkan hard copy. Harga adalah RM15 tidak termasuk kos penghantaran.

Ebook = USD2.99
Paper Bag = USD5.6
Singapore price = S5.60
Hard Copy (Malaysia) = RM15 (40 salinan sahaja)

Pre-order sudah mula dibuat dan kuantiti buku hanya sebanyak 40 naskah sahaja. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

CONVERSATION

3 comments:

  1. Tahniah Kak Bell... Keep it up. Teruskan lagi menuju kejayaan

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak Bell..

    Baru berhajat nak submit... tgh nak pilih tajuk utk ebook pertama

    ReplyDelete

Back
to top