Pelancaran Muzik Video 'Warna Merdeka' Sempena Hari Kemerdekaan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Pelancaran Muzik Video 'Warna Merdeka' Sempena Hari Kemerdekaan

Trending

Pelancaran Muzik Video 'Warna Merdeka' Sempena Hari Kemerdekaan

Pada 21 Ogos 2020, World Peace Entertainment akan melancarkan sebuah lagu baru yang bertajuk ‘Warna Merdeka’ yang menampilkan Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe.

‘Warna Merdeka’ merupakan hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh. Lagu patriotik bergenre pop ini adalah kolaborasi ke-2 artis-artis naungan World Peace Entertainment bersama Sean Lee dan Kidd Santhe selepas lagu hari raya mereka yang bertajuk ‘Harmoni Aidilfitri’.


Bagi lagu ‘Warna Merdeka’ ini, World Peace Entertainment akan menampilkan sebuah muzik video yang bertemakan penghargaan dan sokongan berterusan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19).


Penceritaan muzik video ini diinspirasikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisma. World Peace Entertainment berjaya menghasilkan satu lagi mural yang bertemakan penghormatan yang sama dari hasil kolaborasi bersama Medeaprojekt.


Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe, lagu ‘Warna Merdeka’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain.

KLIK untuk lirik lagu Warna Merdeka
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post