Lirik Lagu Warna Merdeka - Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee & Kidd Santhe

World Peace Entertainment melancarkan sebuah lagu baru yang bertajuk ‘Warna Merdeka’ bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini. Lagu ini menampilkan Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe yang berkolaborasi bersama menyanyikan lagu hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.


Penceritaan muzik video ini diinspirasikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisma. World Peace Entertainment berjaya menghasilkan satu lagi mural yang bertemakan penghormatan yang sama dari hasil kolaborasi bersama Medeaprojekt.


Warna Merdeka

Verse
(Naim)
Sejarah negara kini berulang lagi
Membara semangat dalam hati
Jiwa kita Merdeka

(Daniesh)
Tiada lain kau dan aku sama saja
Kita kan semua sama rata
Jiwa bebas Merdeka


Pre Chorus
(Sean)
Oh oh oh
Kita anak Merdeka
Oh oh oh
Kita sama warna

Chorus
(All)
Merah putih kuning dan biru
Selamanya warnamu
(Ismail)
Gagah bersatu
Cekal tiada berbeza

(All)
Ini tanah tumpah darahku
Hingga akhir hayat ku
(Ismail)
Bangkitlah kita
Laung suara merdeka

Verse2
(Sean)
Sejarah negara kini berulang lagi
Membara semangat dalam hati
Jiwa kita Merdeka

(Ismail)
Tiada lain kau dan aku sama saja
Kita kan semua sama rata
Jiwa bebas Merdeka


Pre Chorus
(Daniesh)
Oh oh oh
Kita anak Merdeka
Oh oh oh
Kita sama warna

Chorus2
(All)
Merah putih kuning dan biru
Selamanya warnamu
(Naim)
Gagah bersatu
Cekal tiada berbeza

(All)
Ini tanah tumpah darahku
Hingga akhir hayat ku
(Naim)
Bangkitlah kita
Laung suara merdeka

Rap (Kidd)
Disini lahirnya sebuah cinta
sebuah cinta
Sebuah cinta
Ku nampak Putih kuning biru merah
biru merah
Biru merah
kulit lain warna darah sama
Darah sama
Darah sama
Kalau buta warna mu boleh rasa
Jiwa seorang
Pejuang negara
Utara selatan timur barat
Kujejaki
Untuk bawak nama negara yang ku menyayangi
Hingga ke puncak kebebasan negara
Bangkitlah kita laung suara merdeka

Chorus3
(All)
Merah putih kuning dan biru
Selamanya warnamu
(Daniesh)
Gagah bersatu
Cekal tiada berbeza

(All)
Ini tanah tumpah darahku
Hingga akhir hayat ku
(Daniesh)
Bangkitlah kita
Laung suara merdeka

Repeat Chorus (All)

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top