Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Trending

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Hi semua! Kali ini Kak Bell kongsikan resepi terakhir iaitu resepi keempat untuk cabaran #snekmacampro Nestle. Untuk resepi ini kita gantikan susu pekat dengan menggunakan susu Nestle Omega Plus. Kalau dah rasa tulang-temulang dah meletop-letop tu bolehlah pakai susu Omega Plus. Kalau dah jenis malas minum susu, sekurang-kurangnya dapatlah juga khasiatnya bila makan donat ni. Jom lihat bagaimana cara nak buat donat mini mudah yang lembut gebu.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Resepi ini disediakan oleh kawan Kak Bell, Chef Didi. Chef Didi yang ada keturunan Cina ni memang selalu sangat buat donut. Bab uli-menguli bagi saja kat dia. Untuk resepi ini menggunakan 1 paket tepung donut dan kalau nak buat cara lain, bolehlah cari resepi donat sukatan cawan. Tak kisah mana-mana resepi asalkan donut yang terhasil adalah donut yang lembut, gebu, meletop macam donut Big Apple! Haha.


Kalau anda semua nak tahu, susu Nestle Omega Plus ini mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan. Diantaranya adalah:
  1. Menjaga tahap kolestrol darah.
  2. Mengandungi asid lemak omega 3 & 6
  3. Mengandungi vitamin A, C, E & B1
  4. Mengekalkan tahap Katotenoid
  5. Lemak rendah
  6. Tinggi Kalsium
  7. Mengandungi Niacin iaitu vitamin B3

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Walaupun pertama kali cuba gunakan susu Omega Plus, ternyata donut jadi lebih lembut dan gebu! Topping pulak memang menarik sebab guna pelbagai jenis coklat dari Nestle seperti Kit Kat Bites, Milo Nuggets, Nestum, Milo Chocolate Bar, Oreo Crushed Cookie dan coklat rice. Untuk gula glaze tu korang boleh buat macam-macam warna macam yang ada kat Dunkin Donut atau Big Apple tu. Jom tengok resepi Donat Mini Omega Plus!

Bahan A (Doh donut)
1 paket tepung donut
8 gram serbuk yis
3 sudu mentega 
4 sudu susu tepung Nestle Omega Plus
226gm cawan air suam


Cara buat donat mini:
1) Campur bahan A dalam mixer, pukul selama 3 minit (gunakan low-speed). Kak Bell pakai tepung donut, tak pakai tepung gandum.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

2) Kemudian pukul lagi selama 5-7 minit (gunakan high-speed).
3) Biarkan doh naik selama 10 minit.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

4) Keluarkan doh dan uli, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dalam doh. Kemudian bulatkan doh dan perap semula doh selama 1 jam.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu
Kak Bell pakai CSK Langen casserole dari My Cooking Story. Boleh masuk oven. Nak diskaun hangpa guna kod MCSBELLA.

5) Ambik sedikit adunan dan masukkan dalam acuan donut. Kalau nak buat bentuk donat biasa, sediakan doh kecil bentuk bulat-bulat dan buat lubang di tengah doh.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

6) Sediakan minyak masak untuk menggoreng dan biarkan minyak panas dahulu. Kemudian goreng donut dengan api sederhana supaya dapat warna kekuningan yang sekata.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

TIPS!
  • Boleh tutup doh dengan kain basah dalam 20 min (sampai doh kembang) atau tutup dengan plastik.
  • Biarkan donut mengembang dahulu baru goreng.
  • Uli doh agak-agak tidak melekat di tangan, tak lembik tak keras.
  • Boleh tambah air suam jika doh masih keras.

Bahan B (Glaze/Glazur)
Butter/mentega
Gula icing
Pewarna vanilla
Sedikit air suam*jika perlu
**Boleh gunakan apa-apa jenis pewarna kesukaan

Cara buat glaze:
1) Cairkan mentega/butter, kemudian tambahkan dalam gula icing.
2) Kacau dan gaul rata bahan.
3) Tambahkan sedikit esen vanila dan aduk rata kembali.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Bahan C (topping)
Milo serbuk
Kit Kat bites
Milo nuggets
Nestum
Milo chocolate bar
Oreo crushed cookie
Coklat rice


Cara buat topping donat:
1) Celupkan donat masa glaze masih panas.
2) Taburkan milo, coklat rice dan gunakan bahan C sebagai topping ikut kesukaan. Kalau nak taburkan gula halus sahaja pun boleh.

Resepi Donat Mini Omega Plus Yang Lembut Gebu

Ok dah siap pun Donut Mini Omega Plus kita. Walaupun bentuknya agak huru-hara, tapi rasanya tetap sedap dan gebu. Awass ye. Bolehlah nanti anda semua cuba donat gebu ni sebagai hidangan snek bersama keluarga dan kawan-kawan. 


Boleh juga toton video di bawah. Selamat mencuba!


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post