SENARAI 12 LAGU YANG MARA KE ANUGERAH JUARA LAGU 35

Dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni, episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) yang dinantikan telah berlangsung dengan jayanya semalam, 15 Disember 2020. Persoalan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tahun hadapan telah terjawab, menghentikan gusar para penonton serta barisan semi finalis Muzik Muzik 35. Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Lagu terbaik pada separuh akhir ketiga semalam adalah lagu Belenggu Rindu lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35. Selain lagu itu, dua lagu lain yang telah diangkat sebagai lagu terbaik dalam dua episod lalu iaitu ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini dan ‘7 Nasihat’ juga berjaya melangkah ke AJL35. Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Dato’ Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

Senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 adalah:

1) LAGU: HATI
PENYANYI: HAEL HUSAINI
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: HAEL HUSAINI & EZRA KONG



2) LAGU:7 NASIHAT
PENYANYI: SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICTA
KOMPOSER & PENULIS LIRIK:KMY KMO & LUCA SICKTA



3) LAGU:BELENGGU RINDU
PENYANYI: WANY HASRITA & DATO’ JAMAL ABDILLAH
KOMPOSER & PENULIS LIRIK:HAEL HUSAINI & EZRA KONG



4) LAGU:AKU BIDADARI SYURGAMU
PENYANYI: AISHAH
KOMPOSER: IPPO HAFIZ
PENULIS LIRIK:SITI ROSMIZAH




5) LAGU: HUTANG
PENYANYI:FLOOR 88
KOMPOSER:ZAI HAMZAH
PENULIS LIRIK:ACHOI FLOOR 88



6) LAGU: KAU SAKITI
PENYANYI:AMIR MASDI
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE



7) LAGU: GUNDAH
PENYANYI:ERNIE ZAKRI
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL



8) LAGU:GILA
PENYANYI:KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: NOKI, LOCA B & EZRA KONG




9) LAGU:JANGAN KHIANATI AKU
PENYANYI: AZLAN & THE TYPEWRITER
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: DARK


10) LAGU: EH
PENYANYI:ZIZI KIRANA
KOMPOSER: NAVIGATOR & ZIZI KIRANA
PENULIS LIRIK: MAMBANG & ZIZI KIRANA



11) LAGU: SEMALAM
PENYANYI:AINA ABDUL
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: AINA ABDUL


12) LAGU:PELUANG KEDUA
PENYANYI:HAEL HUSAINI
KOMPOSER & PENULIS LIRIK: HAEL HUSAINI & MFMF

SFMM35 mendapat sokongan penaja utama, McDonald’s Malaysia. Meriahkan Muzik Muzik 35 Separuh Akhir sambil menikmati makanan kegemaran anda melalui McDelivery! Confirm puas dan berbaloi. SFMM35 turut mendapat sokongan rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur dan xtra.com.my.

Siaran ulangan SFMM35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur. Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #SFMM35 dan #AJL35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

CONVERSATION

1 comments:

Back
to top