Asam Pedas Ayam Johor

Di antara salah satu masakan popular yang paling digemari rakyat Malaysia adalah masakan asam pedas. Asam Pedas juga ada pelbagai jenis. Yang Kak Bell tahu, ada asam pedas Melaka dan asam pedas Johor. Negeri lain sis tak pasti. Untuk masakan asam pedas ini selalunya orang gunakan ayam, ikan pari, ikan mayong atau ikan baung. Nak pakai ikan tongkol atau ikan duri atau daging pun boleh. Ikut suka korang nak guna ikan paus pun. Hehe. Tapi ikan paus tu tak tahulah jadi ke tidak asam pedasya nanti. Semuanya bergantung kepada kehendak dan citarasa tukang masak lah gamaknya.


Untuk pengetahuan, asam pedas Johor ini tidak sama seperti asam pedas Melaka. Asam pedas Johor tidak menggunakan rempah seperti jintan manis, jintan putih dan halba. Bahan-bahan yang digunakan untuk asam pedas Johor ni memang sangat mudah. Nak cerita pasal versi asam pedas ni pun ada pelbagai, Kak Bell pun tak pasti mana resepi yang asli dan original. Mungkin orang Johor bolehlah komen dan beri pendapat.

Resepi Asam Pedas Johor ni, Kak Bell dapat masa berkongsi dapur memasak dengan kawan UKM tempohari. Resepi ini tidak menggunakan belacan, kunyit mahupun lengkuas seperti sesetengah resepi. Paling menarik resepi ini menggunakan sawi jeruk. Memang Kak Bell tak pernah cuba sawi jeruk ni dalam masakan. 


Klik untuk resepi Ayam Masak Borneo

Bahan A
1 ekor ayam
2 btg bunga kantan (dibelah 5)
Segenggam daun kesum
4 biji tomato
10 biji bendi
Sawi jeruk
2 sudu pes asam jawa
1 ketul gula melaka
Serbuk lada hitam
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan B (blend)
30 tangkai cili kering (agak-agak)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai



Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan gula melaka. Tumis sehingga garing dan naik bau.
2) Masukkan ayam, daun kesum dan bunga kantan, gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3) Masukkan air secukupnya, pes asam jawa dan sawi jeruk. Kacau rata.
4) Perasakan dengan garam dan perasa jika suka
5) Kemudian masukkan bendi dan tomato dan tunggu sehingga ayam masak.
6) Masukkan sedikit serbuk blackpepper dan masak hingga kepekatan kuah yang bersesuaian.

TIPS!
  • Jika tidak mahu kisar serai, serai boleh dititik sahaja
  • Boleh tambah sedikit air sekiranya kuah agak pekat
  • Pastikan sukatan cili lebih banyak dari bawang dengan nisbah 1:3 untuk elakkan kuah pahit

Asam pedas yang sedap menggunakan lebih halia dan lebih minyak untuk menumis. Lebihan minyak tu, selepas masak nanti bolehlah di buang. Yang penting, bahan wajib ada ialah bunga kantan dan daun kesum. Barulah asam pedas namanya!

CONVERSATION

21 comments:

  1. peerrghhh mengancam ni pagi-pagi tengok resepi sedappp!!!
    ni yang rasa nak cari asam pedas untuk lunch.
    untuk masak sendiri mungkin later nisa try ikut resepi ni. thank u share!

    ReplyDelete
  2. Wah your knowledge in food is so wide! Proud of you!

    ReplyDelete
  3. Alamak..baru tahu ada eh ayam masak asam pedas. Selama ni tau n makan ikan pari masak asam pedas.

    Dan baru tahu juga,johor pn ada masakan asam pedas tersendiri.yg tau melaka je. nampak sgt bukan jenis jjcm.huhu

    ReplyDelete
  4. asam pedas ni yang Gee tak biasa makan jarang masakan ni kat umah

    ReplyDelete
  5. Oh tak sama ye asam pedas johor dan asam pedas melaka. So far duk makan yang melaka je. Tak pernah try yang johor.

    ReplyDelete
  6. Wah sis. Sedapnya. Nasib la Rawlins tak reti nak memasak, tapi Rawlins nak share dengan adik Rawlins la agar dia boleh try memasak. Nampak cam senang je kan resepinya.

    ReplyDelete
  7. Lepas kahwin dengan orang johor.. baru tahu pasal asam pedas ayam, mahupun asam pedas daging hahaha...

    Sebelum nie, tak tahu langsung

    ReplyDelete
  8. Biasa makan asam pedas ikan jer stakat ni. Boleh try gak la pasni buat asam pedas ayam .

    ReplyDelete
  9. Suka asam pedas tapi tak pernah rasa asam pedas ayam. Nanti kena masak resepi ni.

    ReplyDelete
  10. Aduhhhh nampak sedap betul tu sis. Nanti balik Banting kita cubalah resepi sis nie. Lama tak makan asam pedas

    ReplyDelete
  11. Uittt kita suka asam pedas ayam n daging, rasa dia lain dari yang lain. Macam2 cara masak asam pedas ni...bagi sis, kalau sis nak makan, sis masak ikut anak tekak sis je..hehehe. Paling suka asam pedas ayam letak kesrisik

    ReplyDelete
  12. Asam pedas ayam peberett kite nie..dalm smnggu tue wajib ada menu nie..slalu kite buat asam pdas melaka..thank kak bella share resepi..nnt kite try masak asam pdas style johor plak..

    ReplyDelete
  13. Tengok kuah asam pedas ni pekat, mcm pedas jgk ni. Dulu sy selalu buat masakn johor. Pedas giler, tp sedap

    ReplyDelete
  14. Assam.pedas fav ni. Kalau sy makan boleh tambah nasi beria tau heye

    ReplyDelete
  15. ni feveret ni, bella.
    aida ni anak johor pun boleh. nak kata anak melak pun boleh :)
    anak nismilan pun ok, emak org nismilan. all in lah kiranya.
    di melaka payah nak cari asam pedas ayam.
    kekadang tu diorang akan pelik dgr asam pedas ayam.

    ReplyDelete
  16. Uishh. Sedap pulak tengok. Tak pernah try lagi buat asam pedas ayam. Boleh try la resepi ni. Thanks share!

    ReplyDelete
  17. tak pernah lagi cuba asam pedasjohor. asam pedah ori melaka pun baru beberapa kali je try. terima kasih bagi resepi , bolehlah suruh org masak untuk saya nnti :)

    ReplyDelete
  18. dulu memula nak makan asam pedas johor, ingatkan gulai. hahaha. sabaq ja lah ^_^

    ReplyDelete
  19. Waa, dah lama tak makan asam pedas. Usually I eat ikan but never try daging or chicken. I think last time I eat them pun dah berapa tahun lalu. Miss to eat them. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  20. lauk kegemaran bonda ni...kalo asam pedas, mmg asam pedas melaka dan johor sgt menambat selera...dibesarkan di johor, tp berasal dari melaka....mcm2 resepi kami gabungkan...

    ReplyDelete
  21. Tengok gambar tu terus terasa nak balik Johor pekena asam pedas.

    ReplyDelete

Back
to top