Hi! Harini Kak Bell kongsikan resepi kedua masakan Padang yang Kak Bell masak last week iaitu Gulai Ayam Padang. Kak Bell tak berapa pasti adakah sama kalau kita sebut masakan Padang tu juga masakan Minang. Menurut Cik Wiki, Minang tu actually merujuk kepada masyarakat Minangkabau (beragama Islam), singkatannya masyarakat Minang dan masakan mereka yang lebih dikenali dengan sebutan masakan Padang.

Dari pemahaman Kak Bell orang Padang adalah masyarakat yang berasal dari Padang, sedangkan orang Minang adalah orang yang memiliki darah Minangkabau. Orang Tiong Hua or India yang lahir di kota Padang bukanlah orang Minang. Ini dari segi pemahaman kak Bell lah. Kalau silap tolong betulkan ye. Tak kisahlah nama apa, yang penting resepinya sedap bila di makan. Hahaha.
Klik untuk resepi Daging Berlado.
Dalam menu orang Padang ini kebanyakkannya menggunakan bahan-bahan yang sama juga oleh kita. Salah satunya daun jeruk. Mula-mula dahulu Kak Bell pun pelik juga apa dia daun jeruk tu. Rupa-rupanya daun limau purut. Memang tak asing sangatlah sebab kat Malaysia pun bersepah masakan yang gunakan daun limau kan.
Kalau sekali tengok menu Gulai Ayam Padang ni tak jauh beza dengan Gulai Ayam biasa. Bahan-bahannya macam nak masak rendang pun ada cuma beza tak ada kerisik ajelah kan. Jom tengok bahan-bahannya.
Bahan A
1 ekor ayam
2 biji kentang
1 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 batang serai
1 kotak santan
Minyak Masak
Garam
Gula
Bahan B (bahan kisar)
10 batang cili merah
5 biji cili api
10 ulas bawang merah
6 bawang putih
1/2 inci halia
2 inci kunyit hidup(dikisar)
1 inci lengkuas


1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar B sampai naik bau.

3) Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.

5) Masukkan garam, gula dan perasa jika suka.

Siap resepi Gulai Ayam Padang kita. Untuk lengkuas tu, kalau tak nak kisar sekali pun boleh. Cuma masukkan pada step no. 3. Bagi yang nak masakan lebih sedap, bolehlah gunakan santan pekat. So, memang terangkatlah masakan korang nanti. Oklah selamat mencuba!
kata tempat Gee menu ni rare, jarang or tak pernah jumpa kot. biasa masak kari biasa tu ada.
ReplyDeletedone follow sini #159
Boleh cuba resepi ni. Sedapp!
Deletebella oh bella... kenapalah selalu baca post awak mesti telan air liur.. bestlah masakan awak tu.. nak belajar jugaklah!
ReplyDeleteSure. Nanti post atau bagi kita rasa tau!
DeleteWow!!!!!!!!! Rajin btul sis nie memasak. Teruja kita tengok. Cooking is a good hobby. Keep it up!
ReplyDeleteKalau tgk dari jenis kuah, memang nampak mcm masakan padang. Rindu pulak nk mkn nasi padang dkt medan
ReplyDeleteWowwww masakan dia... kalah bro... Ajarin... boleh?
ReplyDelete1st time makan masakan Padang masa ke Medan... IF pandai cari Rumah Makan yang menarik, pasti enak masakan mereka.
Mcm kari ekk?
ReplyDeleteOr masak lemak?
Yg pasti, sgt sedap ni nampaknya.
Tq for sharing :)
Tak pernah lagi masak gulai ayam padang. Asyik makan kari je sebab anak² suka. Kalini nak try sebab bahan mudah..cara pun simple
ReplyDeleteJelous kita tengok Sis masak tak pernah ajak kita datang rumah makan pun hehehe nak juga rasa air tangan sis kita ni hehehe nanti buat rumah terbuka yer kita akan datang nak rasa ayam masak padang ni hehehe sedap nak cuba juga...
ReplyDeleteSedapnya cara masakan macam ni..nampak menggiurkan dan sedap...tak pernah cuba tapi nampak menarik
ReplyDeleteSedp ni..nampak macm masak ayam ape lupa pulak..pernh tengok dekat tv..boleh dicuba ni..bahan takde susah mana pun
ReplyDeletetak boleh tahan tengok. kita ni nak cuba masak lah esok. kadang tak de idea nak masak apa, asik mende sama je masak hehe
ReplyDeleteWowww sedapnya, fav sis kalau makan nasi padang mesti ada gulai ni..baru ada umphhh. Nanti nak ikut lah resepi ni..dulu org gaji yg buatkan..tapi nyesal pulak tak belajar
ReplyDeleteNampak sesap tetapi sis tak berapa suka masakan padang sebab bau daun linau purut terlalu kuat.
ReplyDeleteTulahh, sekali tengok mcm gulai. Rasanya tekstur dan warna je sama kot. Tp rasa dia berbeza. Nanti nk cuba buatlah. Nmpk mudah je resipi nie
ReplyDeleteBestnya! Rupa dia macam gulai ayam je, tapi maybe rasa dia lain kot kan. Emi tak terdedah sangat dengan masakan orang Minang ni. Btw Bella memang hari2 masak ke? Nampak kerap jugak duk share resepi. Rajin betul hehe
ReplyDeletesedap juga eh kalau dapat makan lauk dari seberang. saya suka, kena dengan taste. kena pula dengan nasi panas, tempe dan ayam goreng. wow.
ReplyDeletemacam lebih kurang ayam gulai kita kan cuma rempah dia la ada lain sikit
ReplyDelete