PYOMETRA Berisiko Membahayakan Nyawa Kucing - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal PYOMETRA Berisiko Membahayakan Nyawa Kucing

Trending

PYOMETRA Berisiko Membahayakan Nyawa Kucing

Hi! Untuk episod kali ini, Kak Bell nak ceritakan pengalaman Cik Yaya menghidap Pyometra. Sebelum ini, Kak Bell dah pernah alami isu ni sebab Muezza pun dah pernah terkena Pyometra. Alhamdulillah Cik Zaza dah sihat selepas surgeri tetapi perangai diva kekwat dia tu semakan menjadi-jadi. Stress kot sebab ada banyak kucing di rumah. Untuk kes Yaya ada sedikit berbeza tetapi kebanyakkan tanda-tandanya sama. Sesetengah orang mungkin belum pernah mendengar tentang Pyometra. Pyometra diklasifikasikan sebagai LIFE-THREATENING disease bagi kucing dan boleh bawa maut jika pemilik kucing lambat bertindak. Untuk info, penyakit ini juga hanya berlaku kepada kucing betina yang belum dimandulkan sahaja.


Untuk kes sebelum ni, Kak Bell rujuk kepada Klinik Veterinar Muezza, Gombak dan selama lebih 5 tahun memang Kak Bell akan rujuk klinik ni dan Vet Bangsar kalau kesuntukkan masa. Vet Bangsar kos rawatan agak mahal, Kak Bell tak pergi dah, tak mampu. Disebabkan kes emergency Cik Putih diserang asma tempohari, Kak Bell baru diperkenalkan oleh kawan blogger Kak Hanny dengan Hospital Veterinar Jalan Gasing. Bagi kes Yaya, Kak Bell rujuk dengan Hospital Veterinar Jalan Gasing sebab jarak dari rumah lebih dekat. Bila dah ramai anak, memang kena fikirkan dari segi kos, jarak, masa dan sebagainya. Patah riuk wei kalau dorang ni sakit! Hehe. Bagi yang nak terjah dulu cerita Muezza sebelum ini, korang boleh klik di sini > Muezza Kena Pyometra


PYOMETRA KUCING
Pyometra ini merupakan jangkitan sekunder di dalam salur pembiakan kucing betina yang menyebabkan rahim kucing bernanah. Pyometra ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan hormon (hormone imbalance) dan biasanya berlaku pada kucing di usia pertengahan. Pyometra biasanya berlaku 2-8 minggu selepas estrus terakhir atau "kitaran onheat".

Ketika masa mengawan, tahap progesteron kekal tinggi untuk beberapa minggu dan merangsang lapisan rahim menebal sebagai persediaan untuk mengandung. Jika kehamilan tidak berlaku dalam beberapa kitaran mengawan semasa kitar on heat, lapisan tersebut terus meningkat dan menebal sehingga sista (cyst) terbentuk di dalam rahim.

Bila dikurung, dia bantai duduk dalam pasir pulak dah!

Cyst ini akan keluarkan cecair dan mengisi rahim kucing dan mewujudkan persekitaran di mana bakteria boleh berkembang. Bila tahap progesteron yang tinggi, akan menghalang keupayaan otot di dinding rahim untuk menguncup dan mengusir cecair atau bakteria yang terkumpul. Jadi rahim kucing akan membesar dan membengkak disebabkan terisi 'pus'/cecair/nanah.

Faktor penyumbang yang lain adalah sel-sel darah putih yang biasanya melindungi daripada jangkitan, dihalang daripada memasuki rahim. Kejadian normal membolehkan sperma untuk memasuki saluran pembiakan betina dengan selamat tanpa dirosak atau dimusnahkan oleh sel-sel darah putih namun sebaliknya yang berlaku apabila terkena pyometra.

KISAH YAYA
Si Yaya ni agak manja dan selalu mengeow nak masuk bilik. Memang perasan yang Yaya dah on heat tapi kucing lain yang bunting. So Kak Bell anggap dia tak berjaya bunting. Setelah agak lama, mungkin lepas beberapa minggu baru perasan perut Yaya ada something wrong. Keadaannya tak buncit tapi macam ada ketulan seperti lemak di bahagian perut.


Kesan surgeri

Sebelum ni memang Kak Bell perasan perut dia normal. Bila nak pastikan, Yaya tak bagi dan lari-lari. Hati dah terdetik mesti ada problem. Then masa 5 November lepas, selepas balik dari kerja Kak Bell nampak ada cecair discharge warna pink di lantai. So, confirm Yaya kena Pyometra sebab sama simptom dengan Muezza. Then masa dah basuh nonok dia, dia pun ada muntah. Mulalah Kak Bell tak senang duduk menunggu hari siang takut dia tak panjang umur pula. Kak Bell bawa dia tidur dalam bilik dalam carrier yang terbuka dan monitor dia. Tidur-tidur ayam sampai keesokannya.

Keputusan ujian darah

Bahagian rahim yang dibuang

Awal pagi ke Hospital Veterinar Gasing, lepas ultrasound abdomen, disahkan Yaya kena Pyometra dan surgeri perlu dibuat. Dapat quotation awal berjumlah 1.4K. Yer terbeliak hati kita sebab fikirkan kos yang agak mahal. Nak bawa ke klinik lain akan ambil masa dan takut membahayakan nyawa Yaya. Jadi Kak Bell proceed tinggalkan Yaya untuk surgeri. Selepas 5 hari, datang ambil Yaya dan dia sangatlah bising sebab nak balik rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar disamping Kak Bell menyanyikan lagu Tabah Mazlela sebab jumlah rawatan ialah RM1720 (untuk kos Pyometra adalah RM520, warded 5xRM30 dan lain-lain). Padanlah tak terbeli tiket ke Korea, rupanya bahagiannya pada si Yaya. Tak apalah duit boleh cari lagi dan semoga ada rezeki yang lain. TQ juga buat kawan Kak Katt, tolong Kak Bell di saat susah macam ni.


TANDA-TANDA KLINIKAL
Terdapat 2 jenis Pyometra iaitu Pyometra Terbuka dan Pyometra Tertutup.

Pyometra Terbuka
Servik kucing terbuka dan nanah akan mengalir dari rahim melalui faraj ke luar. Warna cecair atau pus ini biasanya berwarna pink kotor, coklat. Kena lebih beri perhatian sebab kucing akan selalu membersihkan bahagian faraj dia sebelum kita dapat kenalpasti tanda-tanda ni.
     
Pyometra Terbuka
Jika serviks ditutup, nanah yang terbentuk tidak dapat mengalir ke luar. Ia terkumpul dalam rahim dan bakteria kemudiannya akan melepaskan toksin ke dalam peredaran darah. Apabila ini berlaku, kucing akan jatuh sakit dengan cepat. Mereka tidak aktif, sangat tidak bermaya, dan sangat tertekan.

Tanda klinikal seperti muntah

cecair atau pus/discharge

Apabila berlakunya pyometra, maka kucing akan demam, lesu tidak bermaya, tiada selera makan dan kemurungan. Tanda-tanda seperti muntah dan cirit-birit juga boleh berlaku. Kucing juga akan minum air secara berlebihan untuk menggantikan kehilangan cecair dalam badan. Ini berlaku dalam kedua-dua pyometra serviks terbuka dan tertutup.

PYOMETRA YAYA
Bagi kes Yaya sepatutnya tidak mungkin terkena Pyometra sebab umur dia baru setahun dan masih muda. Pada awalnya, Pyometra Yaya adalah jenis tertutup dan sebab tu Kak Bell lambat perasan simptom-simptom awal penyakit dia. Selepas ada luka pada bahagian rahim dia, baru cecair discharge berwarna pink keluar dan Yaya di diagnos Pyometra Terbuka. So, kalau pembesaran rahim adalah minimum dan tidak dapat dikenalpasti melalui radiografi, pemeriksaan ultrasound akan dilakukan.


Pyometra dianggap sebagai penyakit yang serius dan mesti dirawat dengan segera. Pembengkakan ini dapat mengakibatkan rahim kucing pecah, dan kucing boleh mati dalam waktu kurang dari 48 jam. Cara rawatan hanyalah melalui SURGERI sahaja dan korang terus kena bawa kucing ke Vet jika ada nampak tanda-tanda. Pilhan lain jika tidak mahu melakukan pembedahan adalah melalui rawatan/pengambilan prostaglandin. Tetapi risiko kucing akan selamat adalah rendah. Rawatan yang paling afdal adalah melalui pembedahan membuang rahim dan ovari, atau melakukan ovariohysterectomy atau "spay". Please jangan pandai-pandai guna petua itu dan ini ya. Harus bawa ke klinik haiwan!

Sekarang Yaya masih lagi dalam pengambilan antibiotik. Kak Bell akan bawa semuala ke Vet untuk buka jahitan pada hari ke-10. Doakan semua lancar dan dipermudahkan urusan Kak Bell dan pembaca semua. Aminn.

Kredit:
https://www.petmd.com/
Dorafoldbritish Cattery
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post