Tips Bercuti Ke Pulau

Hai korang! Hari ni Kak Bell nak kongsikan beberapa tips buat korang yang plan nak bercuti di pulau. Tak kisah la pulau apa pun, janji pulau. Korang boleh je nak ikut atau tak tips Kak Bell ni dan Kak Bell share pun berdasarkan pengalaman Kak Bell bercuti. Bukan ke kata orang pengalaman tu mengajar dan mendewasakan kita. Hahaha. 


Bila sebut pulau, mesti sangat sinonim dengan bayangan laut yang biru, ketenangan hutan laut ditepi pantai, desiran ombak memecah pantai. Feeling sangat kan? Tapi tak akan jadi best kalau preparation kita tak cukup dan tak kena dengan environment. Bila fikir, memang macam benda simple je. Tapi bila dah sampai sana, baru terfikir dan menyesal kenapa la tak bawak tu, kenapa la tak bawak ni. Haaish! Dah percutian tak tenang.

Awal tahun hari tu Kak Bell ada ke Pulau Redang bersama geng. Best jugalah. Disebabkan nak jimatkan masa, Kak Bell ambik flight aje untuk ke Terengganu dan dari sana airport pun ambik grab untuk ke jeti. 


Selepas siap prepare segala kelengkapan untuk sepanjang percutian, Kak Bell terus ke KL Sentral untuk dapatkan train KLIA transit dari sana. Senang dan jimatkan masa. Dalam 30 minit duduk dalam perut train tu, Kak Bell dah boleh sampai ke airport. Syukur dengan kemudahan online traveloka yang banyak memudahkan kerja sis. Kalau korang memang ada plan nak naik train, korang boleh dapatkan KLIA Transit online promos ni. Sangat menjimatkan masa.


Bagi korang yang memang jenis bawa banyak barang dan malas nak tunggu train, nak di layan seperti tuan puteri, boleh grab terus private transport melalui airport taxi booking yang dikelola juga oleh traveloka. Maap laa ye, Kak Bell ni memang pengguna tegar traveloka. NO HIDDEN CHARGE! Setel bahagian pengangkutan. Jom teruskan pembacaan korang untuk dapatkan tip-tip percutian.

Plan Masa & Tarikh Percutian
First sekali, make sure korang pergi ke pulau tu pada bulan-bulan yang betul. Bukan apa, mostly pulau-pulau akan tutup pada hujung tahun sebab keadaan cuaca yang kurang baik. Antaranya bulan November sehingga Februari. Air laut tak cantik masa ni sebab musim hujan. Laut bergelora, korang nak snorkel pun tak nampak ikan. Memang rugi. Silap-silap bot pun tak nak bawak sebab risiko tinggi. Bulan terbaik adalah pada bulan April sehingga September. Haritu masa pergi Pulau Perhentian lepas musim tengkujuh pun kurang best. Orang tak ada, kedai makan tutup sebab dorang baru nak mula beroperasi semula. So korang mesti plan the best tarikh dan bulan bila bercuti ke pulau.


Penginapan
Untuk pulau-pulau percutian ni kebanyakan resort akan ada pakej masing-masing. So survey pakej yang korang nak book tu betul-betul. Ada pakej include dengan bot dan alat snorkel, ada yang tak include. So maku sure tanya betul-betul resort tu apa yang dia sediakan. Selagi boleh nego, nego sampai dapat. Nasihat Kak Bell, jangan buat asing-asing sebab nanti akan jadi lebih mahal melainkan korang dah ada plan sendiri nak buat apa kat sana.

Pakaian Yang Sesuai
Yang ni, Kak Bell rasa korang boleh fikir sendiri kot. Tapi Kak Bell tolong remind jugak la. Korang boleh prepare baju yang cepat kering contohnya macam jenis jersey. Sebab ianya untuk memudahkan pergerakan korang turun naik bot. Tak ada lah berat nak bawak baju basah. Kalau cotton kan lambat sikit keringnya dan akan makan ruang dalam beg. And bajet-bajet la sikit bawak baju tu. Jangan bawak 1 almari dah la. Kak Bell sendiri pun kalau travel ibarat nak bawa semua baju. Hujung-hujung tak pakai!

Sumber Google

Kasut, Selipar atau Sandal?
Pada pendapat Kak Bell, ketiga-tiga di atas tu sangat sesuai. Cumanya korang wajib bawak selipar. Selipar tu pulak bawak la yang tak licin dan tahan lasak. Nak berjalan atas pasir ke sana ke mari lebih mudah. So make sure korang bawak yang sesuai okay! Selipar la paling kerap korang akan pakai nanti.


Sumber Google

Luggage VS Bagpack?
Bagi korang yang tak suka bersusah payah nak turun naik bot dengan angkat luggage, Kak Bell cadangkan korang pakai jela backpack belakang. Lebih senang dan mudah diurus. Sebab once sampai pulau nanti kebanyakkannya pasir pantai. Kalau pakai bag belakang kan senang je. Tinggal bawak je.

Sumber Google

Untuk bag sepanjang korang buat aktiviti kat sana, bawak satu bag waterproof. Bukan apa, senang untuk korang isi barang-barang yang penting macam handphone dan camera. Nanti basah, timbul masalah lain pula.

Barang Keperluan Hemat Diri
Bagi yang ada masalah kesihatan dan ada ubat yang korang kena makan ikut jadual ke, please bawak. Jangan terlupa. Sebab dah nama pun pulau. Kedai ubat-ubatan tak ada. Macam Kak Bell yang menghidap asma ni, memang sentiasa bawa inhaler dan ubat. Selalu kalau travel memang semua ubat ada. Dah macam PBSM gitu tau! Untuk barang mandian, Kak Bell suggest jugak untuk korang prepare sendiri punya. Letak la dalam botol kecik-kecik tu dan bajet la sesiap berapa banyak nak bawak okay. Mungkin resort yang korang book tu tak sediakan atau tak cukup kan. So better prepare.

Sumber Harpersbazaar

Tak lupa juga kena bawa sunblock. Benda paling penting ye. Actually bukan masa pi pantau je kena pakai, hari biasa pun kena pakai sebenarnya. Bagi kroang yang jaga kulit, tak nak la balik bercuti dari pulau jadi dayang senandung, sila bawa sunblock masing-masing ye. Semak la spf berapa yang sesuai untuk kulit korang dan jenis terpulang sama ada water base atau oil base. Cuaca di pulau memang panas ye.

Bawa Duit Secukupnya
Yang ini penting sebab korang takkan tau apa yang korang bakal hadapi kat sana. Buatnya korang terhilangkan equipment resort ke, nak kena bayar atau beli apa-apa sourvenir ke. Sebab tak semua pulau ada ATM tau. So bajet duit korang bawak tu elok-elok.

Tips-Tips Lain
Sepanjang berada di pantai atau pulau, jangan lupa bawa air minuman yang mencukupi sebab cuaca sangat panas. Bawak sunglasses hitam untuk jaga mata korang. Kat laut tu nanti silau pula sebab panas sangat. Bergaya la sikit atas bot. Makanan ringan untuk korang mengunyah atas bot siapkan awal-awal. Dah snorkel kesana kesini maunya tak lapar. Memang cepat je kebulur kan. Haha.


Okay la guys. Kak Bell rasa setakat ni je dulu Kak Bell nak highlight tips bercuti kat pulau ni. Hope tips-tips yang Kak Bell kongsikan ni berguna la untuk korang. Lebih-lebih lagi yang first time baru nak bercuti ke pulau. Semoga perjalanan korang lebih lancar dan selamat pergi dan balik okay! Jumpa lagi. Bye!

CONVERSATION

22 comments:

  1. Yassss..sandals like fipper, brand tat sing tu ke...and waterproof bag or lanyard plastic nak gantung kat leher letak IC atau cash, is a must!!! Aktiviti kat pulau usually is wet activity. Mesti basah.

    ReplyDelete
  2. Tq kak bell share.. kita pun taktaulah nak bawak beg apa kalau pi pulau. Selalu tengok kawan-kawan bawak luggage beg je. Tapi boleh guna tips ni kalau ke pulau nanti. Tak sabar nak pi bercuti

    ReplyDelete
  3. Tips yang menarik. Seronok bercuti bila semua plan yang dirancang menjadi.

    ReplyDelete
  4. Saya setup dgn Sumer tips Kak Belle. Terutamanya sunblock. Itu memang wajib bawak x kira bercuti kat Pulau ke, kampung ke, bandar ke. I just don’t wanna get myself sunburn after holidays. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. betul kak bell. hampir semua tips ttg barang keperluan bercuti ke pulau tu, sangat kena dan perlu diikuti. saya siap bawak khemah lagi sbb nak tukar baju basah kt tepi laut, malas nak jalan cari tandas.hahaha

    ReplyDelete
  6. Rawlins pun pengguna tegar traveloka, terutama jika pergi ke sesuatu destinasi baru yang Rawlins tak pernah sampai. Senang cerita, flight, transport dan penginapan sekali harung. Takyah pening2 dah

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak ke Pulau sebab anak-anak kecik lagi. Tapi Insya Allah satu hari nanti nak ajak dyorang merasa naik bot ke Pulau , lebih adventure kan..hehehe. Tq share tips !

    ReplyDelete
  8. Syok je holiday di pulau,tempat paling menenangkan kalau ada pantai ni, noted for the tips

    ReplyDelete
  9. Thank you kak bell share tips ni.tips yg sangat-sangat helpful. Lama dah tak bercuti kat pulau.

    ReplyDelete
  10. rindu nak pergi pulau. hujung tahun ni musim hujan susah sikit nak naik boat, tapi boleh la simpan duit tahun depan plan pergi holiday kat pulau

    ReplyDelete
  11. Bagus tips yang dikongsikan kalau pi pulau kena bawa sun blok tu memang penting kalau tak habisla kulit muka terbakar, tq bella atas perkongsian ini.. sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  12. Kalau bercuti pulau, suncreen, topi, semua penting ye.hehee..bagus tips ni..nak ke pulau kene tengok sesuai juga takut ada yang tak sesuai kan..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas tips ya kak bel. Saya memang suka bercuti ke pulau2. In shaa Allah awal tahun depann nak bawak parent bercuti.

    ReplyDelete
  14. Terbaik la Bella atas perkongsian ni, sangat bermanfaat terutama kepada mereka yg nak bercuti ke pulau. Lagi lagi skrg cuti sekolah dah mula

    ReplyDelete
  15. Nnti AM nak pegi travel leh la rujuk entri dr bella.. Selalu AM terlepas pandang n lupa nak bawa barangan yg penting.. Alih2 kena beli lagi masa kat sana.. Tue yg travel bawa 2 beg beranak jadi 3 beg.. 🤭 🤭 🤭

    ReplyDelete
  16. memang banyak benda nak kena fikir bila bab nak bercuti nie. kne invest lebih sikit masa untuk planning, booking dan simpan wang. terima kasih di atas perkongsian yg bermanfaat ini

    ReplyDelete
  17. Nice sharing kak Bell. Pemilihan beg tu memang penting sebab memudahkan kita untuk angkut personal belongings dekat area pantai. Kalau pergi pantai suka pakai selipar je senang nak bergerak.

    ReplyDelete
  18. info yang menarik,,thnks bell bagi tips dimusim cuti-cuti ni :-)

    ReplyDelete
  19. tq sharing this tips....betul tu..kalo nk bercuti ke pulau bonda rasa jgn susah2 nk bawak banyak barang mcm kita p becuti bwk keretakan....cukup je keperluan yang penting sahaja...

    ReplyDelete

Back
to top