Sukan Elektronik atau E-sukan (E-sports) kini semakin mendapat tempat di Malaysia. Rata-rata daripada kita pasti ada memuat turun permainan video pada telefon bimbit masing-masing. Untuk pengetahuan anda E-sukan ini ialah sejenis bentuk pertandingan permainan video yang dijadikan permainan yang kompetitif untuk mencari yang terbaik antara yang terbaik. Tidak kesemua permainan video boleh dikategorikan sebagai e-sukan. Di antara contoh permainan video yang boleh dikategorikan sebagai e-sukan ialah Call of Duty, FIFA, Dota 2 dan juga PUBG.

Hari ini, Kak Bell berpeluang menyaksikan sendiri permainan e-sukan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019 di IOI Mall Puchong. Pada tahun ini, seramai lebih 6000 pelajar universiti seluruh Malaysia telah bertanding untuk sesi kelayakan bagi memasuki acara final. Dari 231 pasukan, 16 pasukan telah berjaya mara ke acara akhir pada harini bagi merebut hadiah-hadiah bernilai sehingga RM60,000 serta hadiah lain termasuk jemputan ke Grand Finals PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2020!

Kejohanan Kampus Mobile PUBG Mobile (PMCC) 2019 ini adalah merupakan yang pertama di Malaysia dan dianjurkan oleh Yoodo, perkhidmatan mudah alih 100% digital pertama yang membolehkan pelanggan menyesuaikan sendiri pelan langganan mereka sepenuhnya untuk penggunaan data, suara dan SMS di dalam satu aplikasi mudah.
Kejohanan Kebangsaan PUBG MOBILE Kampus pertama di Malaysia ini telah bermula pada 24 September 2019 dan telah menerima penyertaan lebih 6,000 pelajar dari seluruh negara untuk sesi kelayakan. Sebanyak 14 buah pertandingan kualifikasi untuk 7 buah bahagian di Kuala Lumpur & Selangor, kawasan utara, selatan, timur, barat termasuk untuk Sabah, Sarawak dan Labuan telah diadakan sepanjang tempoh 9 minggu sebelum ke grand finals.


16 buah pasukan dengan skor tertinggi telah berjaya ke pusingan akhir PMCC 2019 ini adalah seperti berikut:
Team Name
|
Universiti
|
Ghost Gaming
|
UiTM Shah Alam
|
Buas Gaming
|
Aviation Mnagement College
|
PA Gaming
|
UiTM Puncak Alam
|
Mad Scientist Esports
|
Universiti Sultan Zainal Abidin
|
Iron Hill Esports
|
UiTM Bukit Besi
|
Dark Horse
|
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
|
Nova Squadron
|
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
|
Hype Fakegank
|
Politeknik Tungku Sultanah Bahiyah
|
TRB AB Esports
|
Universiti Utara Malaysia / SOIS
|
Team Fizrix
|
UiTM-Kampus Cawangan Sabah
|
Gagar Squad
|
UiTM-Kampus Cawangan Sabah
|
Up To Prestige
|
Universiti Teknologi Petronas
|
Mawar Berduri
|
Kolej Matrikulasi Perak
|
AKA Esports
|
University College Tunku Abdul Rahman
|
Kuda Esports
|
Management & Science University
|
Eminence
|
UniKL MIAT
|
Selain merebut hadiah wang tunai sehingga RM60,000, pemenang PMCC 2019 akan menerima hadiah tajaan pelan mudah alih 1 tahun dari Yoodo dan kredit 1 tahun untuk Boost. Juara PMCC 2019 pula akan menerima jemputan langsung secara eksklusif untuk Grand Finals Kejohanan Kebangsaan PUBG MOBILE (PMNC) 2020.
Peminat dan pengunjung di acara di Grand Finals PMCC 2019 kali ini turut diserikan dengan perlawanan persembahan khas oleh selebriti, di antaranya adalah Elizabeth Tan, Luqman Podolski, Firdaus 'Master Ramen' Hashim dan ramai lagi.


Dalam pusingan akhir, 16 buah pasukan tersebut akan berentap dengan ke semua 7 wakil bahagian dan akan bermain dalam 6 buah pusingan permainan. PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019, akhirnya telah diungguli oleh kumpulan Dark Horse dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Dark Horse membawa pulang hadiah bernilai RM18,000 serta hadiah iringan termasuk mendapat jemputan eksklusif ke PMNC2020. Tahniah buat pemenang!

Dengan Yoodo semua orang boleh muncul sebagai pemenang dalam permainan. Yoodo kini memperkenalkan add-on terbaru yang membolehkan anda bermain permainan video tanpa henti tanpa perlu risau tentang caj. Para 'gamers' kini boleh menikmati unlimited Chicken Dinners dengan pembelian data tambahan 20GB PUBG MOBILE eksklusif Yoodo. Paling menarik, add-on yang ditawarkan adalah percuma bersempena dengan pertandingan akhir PMCC 2019. Yoodo juga menawarkan tambahan data 20GB Arena of Valor pada hanya RM5 sebulan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo dan promosi istimewa tersebut, layari laman berikut:
www.yoodo.com.my
www.yoodo.com.my/pmcc2019
Tags:
Campus PUBGM Competition
Celcom
E-sport
E-sukan
Event & Review
Gamers
Gaming
PMCC2019
PMNC2020
PUBGM
Yoodo
wow menarik, cikza peminat PUBG tapi dalam masa sama peminat ML tau..
ReplyDeletewow! sis main pokemon go dgn Dragon Blaze(dulu). hehe
DeleteWoahh... Walaupun saya bukanlah gamers, tapi kagum juga dengan e-sukan zaman sekarang ya. Memang luar biasa betul sambutannya. Semoga e-sukan macam ni terus mendapat sambutan seiring dengan faedah yang positif untuntuk generasi mendatang!
ReplyDeleteboleh buat duit ni!
Deletemain games ni masa ni memang boleh jadi kerjaya dah.. memang terbaiklah..
ReplyDeleteyup betul tu. At least takde le sesia kan mengadap je hari2 main game.
DeleteWalaupun ia masih baharu, Naim tak minat PUBG ini. haha. Tak sehebat generasi yang membesar dengan HALF-LIFE dan COUNTER STRAIKE. HEHE
ReplyDeleteTu zaman-zaman dulu tu. Budak sekarang ada jugak main CS tu. Hahaha. nampak sgt kita zaman 80-an.
DeleteSekarang ni boleh nampak pelbagai competition e-sport yang menawarkan hadiah2 yg lumayan! Untung siapa yang mempunyai minat dan bakat ke arah itu! :)
ReplyDeleteCorrect! Berbaloi kan.
DeleteTaktu kita tengok sis bila beraksi dengan senapang tu hehehe dan macam dalam filem aksi lak wakakaka. Permainan ini semakin mendapat tempat dalam hati anak muda sekarang dan juga telah pergi peringkat antarabangsa bagus...
ReplyDeleteYup! Healthy environment dalam esports. jom awak main tembak-tembak. Hehe
DeleteWah yang eprtama terbesar ye..hebat la..syok juga tengok game dekat screen besar mcm tu..hadiah dia lumayan..ramai gamers ni join..mesti hebat-hebat belaka
ReplyDeleteMacam menarik je bila sambutan e-games ni diiktiraf semua golongan kan? Kte tak main game hehe tp seriously kagum la tgk PUBG ni mmg betul2 mendapat sambutan sebegini
ReplyDeletePenangan PUBG, anak Sal yang 9 tahun pun dah mula terjebak tapi Sal pantau . Kecik lagi tapi e-sukan ni ade gak manfaatnya jika ikut saluran yang betul dalam membentuk minda generasi muda akan datang
ReplyDeletee-sukan makin mendapat tempat di hati Malaysians. Dah boleh buat duit dah kalau bijak dan komited pada e-sukan nie. Tapi kena komited ye, kalau setakat suam-suam kuku macam Rawlins, apo pun tak dapat hahaha
ReplyDeleteWow hadiah dia lumayan sungguh eh. Padanla orang kata e-sport ni boleh buat duit. Dulu kalau main game dikatanya membazir masa, sekarang main game boleh buat duit tau!
ReplyDeleteeh, sejak bila kak bell jadi model PUBG ni?? so dah pencen main pokemon ke camne?? hehe... tapi seronok tengok team yang bertanding ni. mesti hebat-hebat belaka. Hadiah pun masyukkkk
ReplyDeleteThanks for sharing! Even I am not a gamer in any form, but I felt excited for gamers ! Keep posting about games! I believe one day people will read your post more about games!
ReplyDeleteEsport mmg boleh pergi jauh lagi. Apatah sekarang ianya boleh jadikan pendapatan sampingan. Hobi yg menguntungkan. Trs terasa nak main pubg
ReplyDeleteMain pubg pun blh buat duit skrg ni.. Esport mmg ketengahkan bakat gini.. Zaman dulu2 duk hadap main game selalu mesti kena marah haha sekarang dah jadi esport siap
ReplyDeleteE sport sekarang ni dah meluas kat Malaysia. Pertandingan ni pon hadiah lumayan
ReplyDeletewah gamers pun dah ada sort of community. kiranya ni e-sport la kan. lumayan gak hadiah tu
ReplyDeleteHadiah dia bestnya. Kalau pandai main game ni alangkah bagusnya.. Qiss pergi juga masa game ni tapi pergi jalan-jalan je
ReplyDeleteWah sejak bila kak bell minat esport ni. btw tahniah yoodo. Dah makin dikenali dan mendapat tempat oleh rakyat Malaysia
ReplyDeleteSambutan yg menggalakkan dr generasi muda perihal e games nie kan.. Hadiah mmg menarik n berbaloi bersesuai dgn e games yg memerlukan tumpuan penuh dan strategi dlm permainan..
ReplyDelete