Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Trending

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Untuk resepi mudah kali ini, Kak Bell sediakan menu taugeh goreng. Kalau dalam masakan memang akan selalu digunakan dalam masakan mi goreng, bihun goreng mahupun kuetiau goreng. Biasanya Kak Bell akan menggunakan taugeh sebagai penambah perasa sahaja dalam masakan. Mesti ada di antara kita yang tidak sukakan taugeh kan?

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Di Malaysia ni terdapat dua jenis tauge yang biasa digunakan dalam masakan harian iaitu tauge halus dan tauge kasar. Jika tauge biasa tu memang favourite Kak Bell, cuma tauge kasar yang besar tu Kak Bell tak suka. Tauge halus tu korang boleh cambahkan sendiri sahaja dari kacang hijau atau kacang hitam, manakala tauge kasar tu adalah dari kacang soya.

Jika masukkan sedikit tauge dalam masakan sup atau megi sekalipun, memang akan ada kelainan rasa. Tapi kalau dah tak suka, memang tak boleh buat apa lah. Ok, untuk resepi taugeh kali ini Kak Bell padankan dengan sayur kucai dan tauhu. Jom lihat bahan-bahannya.


Bahan-bahan
1 mangkuk taugeh
2 ulas bawang putih
6 ekor udang segar
2 keping tauhu
1 cekak daun kucai
1 biji cili merah
Serbuk perasa
Kicap manis
Garam
Minyak

Masa tengah sediakan bahan-bahan, sempat pula anak bulus Kak Bell makan tauhu ni. Padahal Kak Bell dah sorok dalam bekas sekali dengan taugeh. Macam-macam hal betul. Nampak macam mama dia ni tak cukup bagai makan ye.

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai
Dimakan oleh anak bulus

Cara Memasak Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

1) Goreng tauhu sehingga kuning, ketepikan dan potong kecil
2) Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi.
3) Masukkan taugeh, kicap, sedikit garam dan perasa dan kacau rata.
4) Masukkan daun kucai dan cili merah.
5) Akhir sekali, masukkan tauhu yang digoreng dan udang segar.
6) Tutupkan api bila udang dah masak.

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

Resepi Taugeh Goreng Tauhu Bersama Kucai

TIPS!
  • Goreng tauhu dahulu baru potong untuk elakkan tauhu hancur
  • Untak tauge lebih rangup, tidak perlu masukkan air kerana tauge akan keluarkan air
  • Masak sekejap sahaja sebab taugeh akan sendiri lembik semasa sejuk

Kak Bell makan taugeh goreng ni dengan sambal telur. Padankan dengan sambal baru lebih berselera makan. Yang mana belum pernah cuba masak taugeh, cubalah resepi ni. Memang mudah sangat.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post