Masakan simple ni Kak Bell masak bersama dengan sayur taugeh goreng tempohari. Biasalah, masa nak makan mesti ada menu yang sambal atau rasa pedas. Kalau tak memang rasa tak puas makan. Resepi menggunakan telur ni dah memang common sebab sangat mudah. Tambah pula kalau dah tak ada bahan memasak kat rumah. Goreng telur sahaja lah yang senang. Kalau tak nak buat telur goreng mata kerbau, boleh je buat jadi telur rebus. Bahan-bahan dan cara memasaknya sama sahaja.

Kali ni Kak Bell buat telur mata kerbau sambal. Telur tu ikut sukalah nak pakai gred apa, Omega ke, Organik ke. Resepi yang Kak Bell buat haritu tak ada tambahkan sos cili dan tomato sebab dah habis, sebab tu pekat dan nampak sambal semata. Jika sukakan sedikit berkuah sedikit cuma tambahkan sahaja sedikit air.
Kalau nak tengok resepi telur yang lain, boleh semak kat bawah ni. Lebih kurang sahaja resepinya.
Bahan A
3-4 biji telur
1 biji bawang besar/holland
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Air asam jawa
Garam dan gula
Sedikit air
Bahan B (kisar)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

1) Telur dicuci bersih dan goreng telur sebiji demi sebiji telur ala mata kerbau.
2) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan B.
3) Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
4) Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata.
5) Masukkan airasam jawa dan sedikit air.
6) Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka
7) Masukkan telur goreng tadi dan hirisan bawang
Kalau korang nak masukkan sedikit sos tiram sedikit pun boleh. Ok, dah ada jenis telur goreng mata kerbau, telur hancur dan juga telur rebus. Jadi versi mana yang korang suka?
Semua version telur goreng akak suka..hahaha....
ReplyDeleteKat rumah ni anak2 dah jemu makan telur. Haha. Jadi kalau buat resepi telur, saya sorang ja la yg makan 😂
ReplyDeleteNampak mudah tapi nak buatnya tu malasnya lah. Balik nie mesti cuba jugak. Telur banyak kat bilik tu. selalu sampai busuk telur tu xdimasak. Haihhhh
ReplyDeleteAlaahaii sedpanye tgok sambal telur nie sis..mkan ngn nasi panas2 nie mau berpinggan2 tambah..
ReplyDeleteTerima kasih berlongsi resipi yang sedap ini. semoga ia akan menjadi resipi yang sedap kalau Naim mencuba lepas ini
ReplyDeleteMenu ketika baru beli telur 2 papan kebiasaannya ni hahahaha...Rumah Sis kalau beli telur tak cukup sepapan, so kalau banyak telurnya, memang ku sambalkan macam ni...
ReplyDeletesedapnya! masakan simple macam ni pun dah sedap kan? btw kita sama mesti kena ada something yg pedas barulah umpphh :)
ReplyDeleteI'm so hungry looking at this, it's a combination of both ingredients I love, spicy Sambal and eggs.
ReplyDeletelove this. saya suka telur, apatah lagi ada sambal. syok makan tak sedar banyak makan dah rupanya
ReplyDeleteSedapnyaaa sambal telur. Lagi pula makan dgn nasi panas panas, bertambah kalau huda hahaha
ReplyDeleteWah sedapnya. Versi favorite saya adalah versi rebus... versi goreng telur mata macam ni pun sedap juga
ReplyDeleteLauk instant bonda ni sis...mmg sedap makan ngn nasi panas...mudah je nk masaknya..
ReplyDeleteFuhhh resepi simple siap tambahn nasi macam ni memang fav. Kadang ada lebihan sambal, goreng lagi telur. hahahaha
ReplyDelete