Resepi Timun Tua Masak Lemak Putih

Hi semua! 2 hari ini Kak Bell bercuti menghabiskan cuti tahunan tetapi tiada perancangan nak ke mana-mana. Jemputan ke event pun tak ada sebab sis kan sendu. Jadi duduk rumah sahajalah. Macam yang Kak Bell beritahu sebelum ni, sejak Ogos 2019 memang Kak Bell malas gila nak menulis blog sebab stress. Nasib baiklah dah nak menjengah tahun baru, barulah hati ada tenang dan fikiran mulai fokus semula nak menulis. Menuju alaf baru 2020 katanya. Yang penting baru hari ini masuk ke dapur memasak sebab lapar dan berkongsi resepi. Haha.


Ceritanya Timun Tua ni dah di beli minggu lepas dan perancangan awal nak masak bersama dengan Daging Berlado dan Ayam Padang tempohari. Dah masak 2 lauk, terasa malas dan banyak pula makanannya. Jadi, memasaklah Kak Bell resepi Timun Tua Masak Lemak Putih bersama dengan tauhu/tofu hari ini.

Semalam Kak Bell ada berkongsi di IG story sayur apakah ini? Ada yang meneka Timun Jepun, Labu Air dan Petola. Minta maaflah kepada yang jawab sayur petola tu. Memang salah terus ye. Hehe. Btw, terima kasihlah respon pada Kuiz di IG story Kak Bell.


Timun Tua ni orang panggil juga sebagai timun masak atau timun bendang. Bagi masyarakat Cina, lebih dikenali sebagai Chinese Old Yellow Cucumber. Bezanya dengan timun biasa adalah warna kulitnya kuning. Sebelum ni Kak Bell tercari-cari juga kat kedai bawah rumah ni. Tak pernah pula ada. Timun Tua ni boleh di masak sup atau goreng seperti sayur biasa dan mempunyai khasiat untuk menyejukkan badan. Paling sedap kalau dimasukkan sekali dalam masakan Tempoyak Ikan Patin dan Mask Lemak Cili Padi. Memang menu masakan kesukaan Kak Bell.

Timun Tua

Ada juga yang bertanya, kulit timun tu tak dibuang ke? Untuk kulit timun tua tu, kalau rajin buangla semua sampai licin bersih tetapi Kak Bell hanya kikis ala-ala sahaja kulitnya. Tak nak buang kulit pun boleh, cuma basuh bersih, potong serong ikut suka, kemudian campakkan aje ke dalam periuk. Boleh sahaja makan, tak adalah keras macam kulit kayu pun. Bila dah masak, sama je macam makan timun biasa tu. 

Timun Tua ni sebenarnya lambat lembut, so eloklah rebus dahulu sebelum masak. Nak masak terus pun boleh tapi santan masuk akhir sekali lah. Kalau untuk goreng biasa, buang semua kulit, potong halus panjang dan lebihkan sedikit air. Pada awalnya, Kak Bell nak gunakan udang kering tetapi harga mahal nak mampus. Dalam sesudu secoet je harga RM2.50! Jadi Kak Bell pakai udang geragau kering ajelah. Janji ada rasa kan!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A
1 batang timun tua
2 biji lada merah
2 biji tauhu
1 paket suhun (direndam)
1 kotak santan kecil
Air secukupnya

Bahan B (tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (sederhana)
1 genggam udang geragau

Cara memasak:
1) Basuh bersih timun, kikis atau buang kulit luar dan isinya. Rebus dahulu sehingga lembut.

Rendam suhun dan tauhu dalam air

2) Tumbuk bahan B dan masukkan dalam periuk. Disebabkan lesung batu kena culik, so Kak Bell pakai blender kering.


3) Campurkan santan dan air ikut kepekatan dan kesesuaian dan biarkan mendidih.


4) Masukkan timun tua yang telah dipotong dan lada merah dan tauhu.


5) Tambahkan garam, sedikit gula dan perasa jika suka.
6) Kacau sentiasa untuk elak santan pecah minyak.


TIPS!
  • Boleh gunakan udang kering, pucuk dan udang segar (lemak kuning)
  • Jangan biarkan santan terlalu lama atas dapur kerana takut pecah minyak
  • Jika goreng biasa, buang semua kulit timun
  • Boleh juga tumis dahulu bahan B dengan sedikit minyak

Akhirnya tercapai dah hajat nak makan timun tua. Lepas ni Kak Bell nak gunakan untuk bahan masak tempoyak ikan patin. Masak lemak ini kalau dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan pasti sedap ya amat. Selamat memasak.

CONVERSATION

21 comments:

  1. Wlupun simple nmpk sedap..resepi pun mudah..senang dan cepat.. Ada masa kita try buat lauk nie..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya la lauk lemak gini makan dengan nasi panas saja pun. Goreng telur sikir dah cukup dah bagi Rawlins. Thanks share resipi ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul simpe2 sahaja. Kalau kena lauknya memang sedap.

      Delete
  3. You're so good at cooking, I usually use this timun for making soup will try this method.

    ReplyDelete
  4. tak pernah pula jumpa timun ni. masak lemak putih ni memang simple je kan tapi tak pernah pula masak. maybe boleh try resepi ni nanti. nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je. kita jarang2 jumpa. kat pasaraya lebih mudah kalau nak cari.

      Delete
  5. Timun tua ni mesti masam kan? Hehe. Tak pernah cuba lagi. Muda tua pon ada kegunaan lagi ya timun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masam la. Macam timun biasa aje. Ni bukan timun biasa utk nasi lemak tu.

      Delete
  6. Sedap nya kakbell, Indah belum cuba lagi resipi yang ada timun tua. Tetambah makan dengan ikan masin plus telur dadar. Lapar pulak tetengah malam ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena sangatlah tu. Jgn lupa ada sambal. Pedas2 sikit br ngam.

      Delete
  7. Sis suka guna timun tua ni untuk masak gulai tempoyak je... memang sedap.

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak makan timun tua ni. Thanks share resepi

    ReplyDelete
  9. Terkejuk kita sis bila sebut timun tua heheh sentap kejap wakakakaka.. Tapi memang nampak mudah dan sedap resipi ni nak juga lah cuba time puasa nanti hehehehe best nice...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa nak sentap pula dengan timun tua. Hahahaha.

      Delete
  10. Tak pernah lagi Sal masak timun tua ni. Cara masak macam kubis masak lemak. Nak cuba la sebab suka masak yang simple layan dengan nasi panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sal, basic nya sama aje. Cuma jarang2 oranag masak timun tua kan.

      Delete
  11. Nampak macam mudah. Saya rasa macam pernah makan resepi yang lebih kurang sama dengan parent saya. Nanti bolehlah try sendiri pulak :)

    ReplyDelete

Back
to top