Dalam banyak-banyak sayur, kacang buncis adalah di antara sayur yang Kak
Bell suka. Kalau omputih namanya sayur French Bean. Kacang buncis ni
tergolong dalam jenis sayur kekacang yang kaya dengan kandungan protein dan
vitamin.Sayur buncis ni dapat membantu menurunkan tekanan darah serta
mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka
yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Melalui ujian
makmal yang dilakukan, telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan
enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Kak Bell pun memang selalu memasak kacang buncis sebab cepat masak dan
rasanya yang manis. Kali ini Kak Bell kongsikan resepi
Sayur Buncis Goreng Telur Simple dan beberapa
Koleksi Resepi Masakan Kacang Buncis yang lainnya. Bolehlah nanti
anda semua cuba.
Bahan A
1 ikat kacang buncis
2 biji telur
1 sudu udang kering/geragau
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak
Garam & perasa
Bahan B (hiris)
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan hiris (Bahan B) hingga wangi.
2) Tambahkan udang kering/geragau dan kacau seketika.
4) Masukkan kacang buncis dan masak hingga separuh masak.
5) Tambahkan garam dan serbuk perasa.
6) Ketepikan sayur buncis, pecahkan telur di tengah kuali.
TIPS!
- Boleh tambahkan karot/lobak
- Untuk rencah boleh gunakan udang segar atau ikan bilis
- Masak sekejap di atas api kerana sayur buncis mudah masak
- Rendam dengan air yang ditambah garam supaya sayur segar dan bersih
- Boleh gunakan kiub ayam jika tidak gunakan sos tiram, perasa
-
Tambahkan sedikit sahaja air jika ingin sedikit berkuah
Mudah sahaja kan cara nak memasak sayur buncis telur. Untuk Koleksi
Resepi Masakan Kacang Buncis, bolehlah semak di bawah ni. Selamat
mencuba!
Menu memang selalu Sis buat.. kalau tak buncis guna kacang panjang, kalau takde juga guna kobis, tapi cara style sama.. mudahkan... nak sedap tambah pedal ayam..
ReplyDeleteRajinnya Kak Bell masak^^
ReplyDeletekacang buncis is ma fav too^^
first time singgah blog Kak Bell biasa tengok posting ig ja hehehe
Tq so much singgah sini💙
Deleteselalu je masak resepi ni. sangat mudah dan cepat. nanti singgah ke www.nikkhazami.com ya?
ReplyDeleteLama tak makan kacang buncis ni. Menu ni memang sis masak kalau beli kacang buncis. Bagus la Bell makan sayur. Nanti kulit cantik!
ReplyDeleteMenu ni kalau takda idea nak masak sayur apa. Mesti cari kacang buncis. Ngam aje campur bebola ikan, kadang tempeh, kadang isi ayam, kadang fucuk suhun, kadang buat gulai. Hehehe. Hidup Kacang Buncis!
ReplyDeletesedap kalau letak geragau. kat rumah selalu standby bila nak goreng sayur masukkan ganti ikan bilis
ReplyDeleteKacang buncis is my favorite la kak Bella, aduiii my mom will always cook this for me bila balik kampung bah... rupanya senang jer nak prepare kan.. tak banyak pun steps yang diperlukan untuk sediakan dish ni..
ReplyDeleteSuka makan kacang buncis lagi berbanding kacang panjang. Menu simple je.boleh buat nanti. Thank sharing resepi
ReplyDeletesedap kan kacang buncis ni. warna lepas masak hijau jer. thanks kak bell share resipi
ReplyDeletesimple dan mudah je respi nie.suka dengan kacang buncis sebab bila makan rangup je. thanks kongsi respi nie kak bell !
ReplyDelete