Resepi Kacang Buncis Salted Egg

Hi Korang! Dalam banyak-banyak sayur, Kak Bell memang sukakan baby kailan dan kacang buncis. Sayur lain pun makan juga, tapi dua sayur ni memang faveret dan mudah nak masak. Kalau dibanding dengan kacang panjang, mestilah kacang buncis lebih sedap, lebih manis dan lebih banyak air. Kacang buncis ni mempunyai banyak manfaat yang datang dari kandungan vitamin dan nutrisi di dalamnya. Sayur lain pun turut ada kebaikan, pokok pangkalnya memang kena makan sayurlah untuk simbangkan setiap nutrisi yang diperlukan badan.


Sebelum ni juga Kak Bell ada kongsikan 2 buah resepi untuk kacang buncis. Yang mana nak cuba bolehlah tengok kat sini > KACANG BUNCIS GORENG TELUR & HATI AYAM > KACANG BUNCIS DENGAN KOBIS UNGU


Untuk resepi kali ini, Kak Bell gunakan serbuk telur asin atau lebih dikenali salted egg. Maklumlah sekarang ni semua benda nak di 'salted-egg' kan. Tapi Kak Bell tak kuasalah nak buat versi goreng yang kena celup dalam adunan tepung+salted egg tu. Just taburkan aje serbuk tu semasa masak. Oklah jom tengok resepi.

Bahan A
Segenggam kacang buncis
1 batang lobak merah
Cendawan enoki
3 sudu Knorr Salted Egg Powder
Garam
Sedikit air
Garam
Minyak

Bahan B (dihiris)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 cili padi

Cara memasak:
1) Potong semua sayuran dan cuci bersih.
2) Tumis bawang besar, bawang putih dan biarkan sebentar hingga naik bau.
3) Masukkan lobak dan kacang buncis, kacau sebentar.


4) Bila lobak dah lembut, masukkan cendawan enoki, cili padi dan sedikit air.
5) Perasakan dengan garam, bahan perasa dan tambahkan serbuk telur asin.
6) Kacau rata dan sedia dihidangkan.


Untuk lobak dan kacang buncis tu potong la gaya apa pun. Potong serong boleh, bentuk bunga boleh. Ikut suka hampa. Resepi ini memang dibuat berkuah. Kalau korang nak buat agak kering pun boleh. Asalkan boleh makan bedal ajelah cara macam mana pun.


Haritu sedap betul Kak Bell makan dengan ayam masak merah yang menggunakan rempah dari Sarawak dan nasi beras padi huma/padi bukit. Bolehlah korang cuba nanti. Selamat memasak!


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top