Minggu lepas Kak Bell kongsikan resepi Fettucine Goreng. Harini Kak Bell
    kongsikan resepi pasta goreng gunakan spageti. Cara membuatnya memang sama
    sahaja cuma lain bahan sahaja. Kak Bell memang sukakan pasta, tak kiralah
    resepi pasta apa pun, yang penting kena sedaplah. Kalau di beli di luar
    maunya RM15 ke RM20 hengget. So masak je sendiri baru puas nak
    melantak.
 
    Kebiasaannya, daging atau isi ayam digunakan sebagai bahan tumis dan
      perasa. Untuk resepi ni Kak Bell tak gunakan daging kisar. Cuma
      bahan-bahan mudah sedia ada je seperti sosej, sayur-sayuran dan udang.
      Then, kalau nak ciri Melayu sikit bolehlah tambah cili padi, Kak Bell guna
      lada benggala dan cili merah untuk beri sedikit rasa pedas. Kalau gunakan
      sos cili atau tomato nampak warna masakan tak menarik. Rasanya pun Kak
      Bell tak berapa suka. 
  
  Spageti tu pula, jangan rebus terlalu lama sampai kembang. Nampak dah masak
    boleh angkat dan tos sebab nanti nak goreng lagi. Bawang merah dan putih Kak
    Bell guna manual shredder. Mudah dan pantas.
  Bahan A
  1 paket spageti
  6 ekor udang
  4 batang sosej daging/ayam
  Serbuk oregano kering
  Sos tiram
  Serbuk lada sulah
  Serbuk lada hitam
  Garam
  Secukup rasa
  Sedikit gula
  Minyak
  Bahan B (hiris/potong dadu)
  1 labu bawang besar
  4 ulas bawang putih
  1 biji lada merah
  1/3 cili benggala
  1 batang lobak
  Brokoli
 
  Cara memasak:
1) Rebus spageti dengan air separuh periuk dengan sedikit garam dan minyak.
  Angkat dan toskan.2) Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  3) Masukkan lobak, kacau sekejap dan masukkan sesudu sos tiram dan udang.
    Biarkan seketika.
4) Tambahkan lada benggala, cili merah, sosej dan brokoli (dah direbus).
  
4) Tambahkan lada benggala, cili merah, sosej dan brokoli (dah direbus).
  5) Perasakan dengan garam, secukup rasa, serbuk lada hitam, lada sulah dan
    sedikit gula.
6) Kemudian, masukkan spageti, taburkan serbuk oregano dan sesuaikan rasa.
  
    
  
  
     
  
  
    
  
  
    
      
    
  
  
  
  
  
6) Kemudian, masukkan spageti, taburkan serbuk oregano dan sesuaikan rasa.
 
  
      Kalau yang tak nak tambah gula pun ok. Tapi Kak Bell syorkan korang
        letakkan sikit dan bandingkan rasa dengan masakan yang tanpa gula. Mana
        lagi sedap. Tapi janganlah sampai melampau gulanya macam nak potong
        kaki. Sebagai perasa yer tujuannya. Ni Kak Bell dapat tips dari chef
        tau! Oklah Kak Bell nak masak sayur kacang buncis salted egg pulak ni.
        Nak resepi tunggu yer. Muah.