Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu

Trending

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu

Hi Korang! Dalam 2 minggu yang lepas, Kak Bell pergi ke pasar petang TTDI. Kebiasaannya, pada hari Ahad memang akan singgah untuk beli barang-barang makan di sini. Kalau di rumah Kak Bell, pasar malamnya pada hari Khamis. Disebabkan kerja malam, jadi tak selalulah dapat ke pasar malam. Kebetulan di pasar malam TTDI tempohari, ternampaklah banner aplikasi Boost di sekitar pasar ni. Memula tu malas nak ambil peduli sebab takut adanya unsur penipuan kan. Dah tengah panas terik, peluh menitik-nitik, memang malaslah nak dengar ulasan abang-abang Boost tu. Bila dah diterangkan barulah Kak Bell faham dan terus install aplikasi Boost ni. Kak Bell cerita la sikit pasal aplikasi tersebut di sini, memandangkan ramai juga yang tak tahu dan tanya Kak Bell di komen posting. Walaubagaimanapun, entri ini bukanlah entri berbayar ye. Sahaja nak berkongsi pengalaman tentang aplikasi ni dengan korang.

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu


Boost App atau aplikasi Boost ni merupakan 'mobile wallet' dimana korang boleh lakukan transaksi jual beli tanpa gunakan tunai. Sistem pembayaran mudah alih ini diperkenalkan oleh Axiata, dalam memperkenalkan fungsi 'dompet digital'. Semua mobile network operator boleh gunakan dan muat turun aplikasi ni. Axiata hanyalah sebagai syarikat yang perkenalkan apps ni, tidak tertakluk kepada pengguna Celcom sahaja. Caranya pun mudah, lepas install aplikasi dan register akaun, bolehlah gunakan aplikasi Boost ni dimana-mana kedai yang participate untuk gunakan Boost. Nanti, korang akan gunakan fungsi "Scan & Pay" untuk mengimbas kod QR dan masukkan amaun bayaran untuk pembelian. 

Mesti korang tertanya-tanya, mana datang duit nak buat transaksi kan? Okay, aplikasi Boost ni perlukan korang tambah nilai ke dalam 'dompet digital' tersebut. Terdapat 17 rakan kongsi perbankan seperti Maybank2U, CIMB Clicks, & banyak lagi yang boleh digunakan untuk transfer duit ke dalam 'mobile wallet'. Nilai minima untuk tambah nilai ialah RM10 dan nilai maksima ialah RM200. Yang menariknya, harga diskaun ditawarkan di gerai-gerai yang menyertai usaha sama dengan Boost Apps. Jadi memang berbaloilah, sekurang-kurangnya dapat berjimat. Bayangkan, kalu dah namanya ke pasar malam tak mungkin dengan RM10 korang dapat macam-macam. Ayam Uncle Bob je pun dah RM7, nasi beriani pun RM12! Mahal kan? Buat masa ni, lokasi terpilih adalah di sekitar Lembah Klang seperti trak makanan, food court, dan juga di gerai pasar malam! Katanya, lebih banyak lokasi akan turut sama join usaha sama dengan Boost ni. Kak Bell cuma tahu di pasar TTDI ni sahajalah.

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu
Scan kod QR dan masukkan amaun bayaran

Untuk minggu pertama, dengan RM10 macam-macam barang Kak Bell dapat beli. Kalau ikutkan harga asal, mahu mencecah RM30! Coconut shake dijual dengan harga RM1 berbanding harga asal RM5, nasi beriyani ayam gham cuma RM3 berbanding RM12 dan sayur-mayur hanya RM2 untuk 3 pinggan. Memang murah sangatlah! Seriously berbaloi dan menguntungkan. Untuk hari ni pula, Kak Bell beli Takoyaki dengan harga RM1 sahaja berbanding harga asalnya RM5 dan sate ayam+daging dengan harga RM1 bagi 5 cucuk sate! Sebelum-sebelum ni, memang jaranglah nak beli sate sebab secucuk pun dijual dengan harga 90sen atau RM1. Kalau dah beli sate ni, mestilah paling kurang kena beli 20 cucuk kan. Begitulah ceritanya Kak Bell shopping di pasar malam TTDI dengan aplikasi Boost ni. Bolehlah nanti datang pasar TTDI ni nak dapatkan barang-barang dengan harga murah. Btw, untuk bahan mentah seperti ayam atau ikan tak adalah pulak yang join dalam 2 minggu ni. Cuma gerai jual sayur sahaja yang sertai usaha sama dengan Boost Apps.

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu



Panjang lebar dah bercerita kan. Jadinya, sayur yang dibeli haritu, Kak Bell masaklah hidangan simple ni. Dah alang-alang tu selitlah resepi sekali ye tak walaupun mudah. Jom tengok cara nak buat Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu.

Bahan A
5 batang kacang buncis
Kobis ungu
Lada Benggala
1 biji lada merah
Sedikit hati ayam
1 sudu besar sos tiram 
Sedikit minyak
Serbuk kunyit
Garam
Bahan perasa

Bahan B (bahan tumbuk/hiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu

Cara memasak:
1) Potong semua sayuran dan cuci bersih.
2) Tumbuk kasar atau hiris bawang putih dan bawang merah, garam dan kunyitkan hati ayam.
3) Tumiskan bawang, kemudian masukkan hati ayam.
4) Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan semua sayur.
5) Perasakan dengan sedikit garam dan bahan perasa

Resepi Kacang Buncis Dengan Kobis Ungu
Pilih bawang katanya, jangan jadi makcik bawang sudah..

Nanti next week, sesiapa nak datang pasar TTDI rogerlah Kak Bell. Jom kita shopping sesama. Hehe. Kalau korang dah kaya, tak payah install pun takpe. Gituh! Kay Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post