Minggu lepas Kak Bell diundang ke majlis pembukaan AnT Cafe & Bar yang terletak di The Petalz Residence, Jalan Klang Lama. Kafe yang berkonsep santai ini menghidangkan pelbagai menu menarik termasuk menu masakan Asia dan juga Barat. Kafe 2 tingkat ini telah memulakan operasinya pada 23 Disember 2017 yang lepas. Pada hari pembukaan tersebut AnT Cafe & Bar telah mengadakan tawaran pembukaan buat 100 pelanggan pertama untuk menikmati secawan Americano atau Latte secara percuma. Sambutan dari para pelanggan juga amatlah menggalakkan.
Dekorasi di kafe ini keseluruhannya menarik, kemas dan selesa. Pendekatan gaya ringkas ini membenarkan jelmaan ruang menjadi tampak selesa dan susun atur meja makan juga memberikan ruang yang selesa untuk pelanggan. Pengunjung juga boleh naik ke tingkat atas untuk menikmati hidangan. Mesti anda semua tertanya-tanya akan status 'halal' bagi kafe ni kan? Buat masa ini, status cafe adalah 'pork free' dan pihak cafe sedang usahakan utuk mendapatkan sijil Halal. Pekerja di bahagian dapur dan server juga terdiri dari pekerja berbangsa Melayu. Jadi, tak perlu bimbang untuk datang menikmati hidangan di sini.
'Semut' sebagai signature
Pada hari tersebut, Kak Bell telah mencuba beberapa menu hidangan Asia dan Barat, pencuci mulut dan juga minuman istimewa di AnT Cafe & Bar. Semua hidangan yang dihidangkan sedap dan menarik. Diantara menu yang menambat hati Kak Bell adalah Spageti Aglio Olio Seafood, Egglet Waffle, Bihun Kari Laksa dan Pizza Hawaiian Chicken yang memang memenuhi citarasa Kak Bell. Bagi kaki makan, pasti tidak akan kecewa dengan menu pilihan di sini dan paling penting harganya juga amatlah berpatutan.
PASTA
Terdapat 3 menu bagi hidangan pasta iaitu Spaghetti Aglio e Olio (RM26.90), Classic Spaghetti Carbonara (RM15.90) dan Spaghetti Bolognese (RM12.90).
Spaghetti Aglio e Olio
Disajikan dengan makanan laut bersama minyak zaitun bawang putih. Tidak terlalu berminyak dan rasanya sangat sedap! Makanan lautnya pun segar dan memuaskan. Yummy!
ASIAN CORNER
Ada 9 menu yang boleh dicuba untuk menu masakan Asia termasuklah Nasi Lemak Rendang Ayam (RM16.90), Nasi Lemak Ayam (RM15.90), Ramen/ Udon (RM14.90), Black Peppered Seafood Bihun (RM14.90), Mi Sup (RM10.90) dan Mi Kicap (RM10.90). Untuk hidangan mi, korang boleh buat pilihan sama ada mahukan kuey teow, mi atau bihun.
Mi Udang
Dihidangkan dengan udang, ayam cincang, telur separuh, kangkung dan taugeh. Dari segi rasa ok dan tidak mengecewakan tetapi kuahnya agak cair.
RM14.90
Bihun Kari Laksa
Disajikan dengan ayam, sotong, kerang, kacang panjang, terung, dan taufu pok. Sangat sukakan rasa bihun kari ni, memang secukup rasa. Recommended untuk korang cuba menu Bihun Kari Laksa di sini. Memang puas hati!
RM13.90
Nasi Lemak Sotong
Tak perlu nak diperkenalkan lagi jikalau menu nasi lemak. Sambal sotongnya boleh tahan, tidak terlalu pedas dan menepati standard nasi lemak yang dijual di kafe. Tak sabar nak mencuba hidangan nasi lemak lain rendang dan ayam goreng pula nanti.

RM13.90
DESSERT CORNER
Untuk dessert, mereka menyediakan Egg-Let dan juga ais krim. Terdapat 6 jenis Egg-Let iaitu Melaka Sweet Tooth (Gula Melaka), Sweet Romance (Hazelnut), Pick Me Up (Tiramisu), Dreams Come True (Mango), Sweet Memories (Strawberry) dan Snow White (Vanilla). Semuanya dijual pada harga RM14.90. Pertama kali mencuba Egg-Let yang berupa waffel bersama dengan ais krim. Seriously, pencuci mulut ini memang sangat sedap! Gula Melaka yang digunakan memang rasa lain dan katanya memang dibuat di Melaka. Salah satu signature menu di AnT Cafe & Bar.
Melaka Sweet Tooth
RM14.90
Dreams Come True
RM14.90
Menu ni pun, Kak Bell recommended untuk korang semua cuba. Bagi yang sukakan rasa buah mempelam, bolehlah mencuba Mango Egg-Let. Kedua-duanya, memang sesuai dan kena dengan citarasa Kak Bell.
WESTERN FOOD
Banyak juga menu hidangan barat yang ada di sini seperti Premium Meltique Australia Beef [Tenderloin (RM46.90), Rib Eye (RM46.90), Striploin (RM46.90)], Grilled Chicken Chop (RM19.90), Classic Chicken Chop (RM19.90), Pan-Seared Salmon (RM29.90), Burger [Premium Australia Tendereloin Beef (RM32.90), Classic Chicken Burger (RM22.90)], Pizza (RM16.90), Golden Wing (RM16.90) dan lain-lain.
Pan-Seared Salmon (Mango Sauce)
Menu ikan salmon ini disajikan bersama dengan mashed potato dan sayuran segar. Untuk hidangan ni juga, pelanggan boleh buat pilihan untuk sos kegemaran, sama ada sos mango atau sos tomato. Rasa mashed potato tu moderate dan sos mangga pada ikan salmon pun boleh tahan. Not bad at all to try this out!
RM29.90
Pizza Hawaiian Chicken
Terdapat 2 jenis hidangan piza iaitu Pizza Hawaiian Chicken dan Pizza Truffle Mushroom. Bagi pengamal makanan vegetarian boleh cuba piza truffle mushroom. Piza dipotong 4 dalam bentuk 3 segi dalam 1 hidangan piza tersebut. Piza yang dihidangkan adalah jenis pan crust dan keraknya sangat ranggup. Sangat berbeza dengan pan crust yang pernah Kak Bell cuba. Menu piza ni pun Kak Bell suka. Memang sedap piza homemade dari AnT Cafe & Bar. Recommended!
RM16.90
Mango Cheesecake
Banana Choclate Cake
DRINK MENU
Turut menyediakan minuman seperti Espresso panas dan sejuk, minuman alternatif selain kopi seperti minuman coklat dan matcha. Minuman istimewa yang lain pula ialah Mocktail Creation (Yuzu Spritzer, Citrus Galaxy, Lychee White Sangria), Smoothie, Blended dan minuman jus.
Fresh Juice
Bagi minuman jus dijual dengan harga RM13.90. Korang boleh buat pilihan kombinasi jus buah Oren-Lobak, Epal-Oren, Epal-Nenas dan Seleri-Timun-Epal. Menarik kan?
RM13.90
Cafe Latte
Cafe Latte
RM10
Citrus Galaxy
Rasanya tangy, masam dan manis. Minuman ini ada 2 layer warna. Memang nampak macam galaksi kan?
RM12.90
Smoothie dan blended yang Kak Bell cuba pada hari tersebut pun menarik. Memang Kak Bell sangat menggemari perasa caremel! Tekstur smoothie yang pekat, manis memang sesuailah untuk tekak yang mengidam ais! Nak rasa tak?
Frosty Caremel (Blended)
RM14.90
Yuzu Cheesecake (Smoothie)
RM15.90
Pink Grapefruit Tea Float
RM14.90
Sempena sambutan Hari Natal baru-baru ini juga, pihak AnT Cafe & Bar turut mengadakan promosi percuma croissant dengan pembelian soup of the day untuk 100 pelanggan pertamanya. Bagi korang yang terlepas tawaran promosi sebelum ini, bolehlah datang ke AnT Cafe & Bar pada 29hb Disember nanti untuk tawaran 'Buy 1 Free 1' bagi apa-apa jenis pembelian kopi panas. Bagi peminat kopi, harus tak lepaskan peluang!
Keseluruhannya, Kak Bell sukakan menu makanan dan suasana di AnT Cafe & Bar. Memang sesuai sangat untuk korang 'chillin' dan duduk melepak dengan kawan-kawan. Bagi yang ada di sekitar KL, bolehlah datang ke AnT Cafe & Bar untuk mencuba pelbagai hidangan menarik di sini.
AnT Cafe & Bar
G-01, The Petalz Residence,
Residency Rimbunan, No.2,
Jalan 1/132A, Off Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur
Bestnya sebab menu dia variety. Ada masakan melayu, jepun, western. Bagusla konsep dia.
ReplyDeleteYup. Semua menu ada. Senang datang sini je.
DeleteHopefully ada la sijil halal sebab kalau takde was was juga nak makan. Pork free ni memang saya tak akan pergi. Seleksi menu agak menarik.
ReplyDeleteHarap-harap begitulah :)
DeleteCantik dekorasi kedai dia. Bell, Citrus Galaxy tu rasa macam mana? Air dia cantik. Serius macam warna galaksi
ReplyDeleteRasanya masam manis. Memang warnanya ada 2 layer.
Deleteso tempting.. melaka swet tooth ngan dreams come true tu... memang giving me a sweet tooth tau.. presentation pon mengancam
ReplyDeleteJom tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini
Bella pun suka EggLet tu. Sedap sangat! Nak makan lagi nanti.
DeleteBanyaknya menu dia..semua makanan nampak menggiurkan la..best betul..nak2 pasta dia tu..jom dating bawak akak kat sini
ReplyDeleteHehe. Boleh2. Jom kak. Pasti SA suka.
DeleteSesuai nk bawa kawan2 atau family sebab menu dia pelbagai. Deko pun cantik especially signature semut tu. Oh myyyy..spaghetti aglio e olio tu mengancam gilerrr. Nampak sedap. Wajib order kalau ke sini nanti.
ReplyDeleteBetul, boleh ikut suka nak makanan Melayu ke Barat.
DeleteCutenya semut tu. Makansan semua nampak sedap. Bagus sebab ada variety asia dan barat. Deco pon nampak simple dan kemas.
ReplyDeleteKedai hipster moden yang selesa.
Deletewahhh suka konsep dia. nampak moden dan hipster jugak. makanan pun nampak menggiurkan semuanya!
ReplyDeleteBoleh lah cuba datang sini. Dekat dengan office kan?
DeleteSuka betul cafe yang menyediakan pilihan makanan yang pelbagai. Daripada main course, drink sampau dessert semua nya menarik sangat. Tengok gambar dah terliur. 1 day mesti nak cuba
ReplyDeleteYes Lia, so far semuanya sedap dan tak mengecewakan.
DeleteWow most of the food and drinks there are so tempting, especially the nasi lemak sotong, my favourite.
ReplyDeleteThe sambal sotong is the best rite? My favourite too
Deletefuh.. menunya sedap2 belaka.. terutamanya mangoe cheescake tu.. terliur TB tauuu.. Tapi unik la cafe ni sebab bertemakan ant tu.. comelll
ReplyDeleteSiap ada tanya Bella kenapa semut? Tak mampu Bella nak jawab. Hehe.
DeleteAlahai.. Dah la tengah lapar ni. Berkeriut perut tengok semua ni 😂😂
ReplyDeleteDtang cuba tau, pasti tak mengecewakan.
Deletesedap-sedap semua makanan, minuman dan pencuci mulut yang ada di kafe ni. harga pun boleh tahan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Harga berpatutan. Kalau Australian Beef tu lagi mahal kalau kat tempat lain kan.
DeleteMenariknyaaaaaa! Makanan dia tu semua menyelerakan. Tak kira desert, western semua nampak sedap..sweet tooth tu mengoda! Nanti nak try la.
ReplyDeleteMek Onie mesti kena cuba. Bella nak tahu macam mana tekak Onie rasa menu kat sini. Hehe
DeleteThe prawns for the Spaghetti Aglio e Olio looks really big. Makes me drooling and definitely will try this out.
ReplyDeleteMommy Jane should try this out. My favourite!
Deletewah menu-menunya mengundang selera makan
ReplyDeleteTerliur tgk mkanannya.. mmg peminat spaghetti. ��
ReplyDeleteNasi Lemak Sotong looks delicious. Will bring my family to eat there.
ReplyDelete