Resepi Sambal Hitam Pahang Mudah
Hi Korang! Esok dah masuk tahun baru 2018. Sekejap sahaja masa berlalu. Tahun 2017 merupakan tahun yang banyak dugaan juga, full of bittersweet moment macam kisah telenovela gitu. Ada bahagian yang bahagia dan ada juga bahagian yang menjadi pengalaman dan pelajaran. Bila part yang tak bahagia tu, memang buat diri rasa hendak menyerah kalah. Tak semuanya sempurna, betul kan? So, dalam masa-masa teruk tulah, kita usaha untuk masa depan yang lebih baik dan lebih bahagia. I'm learning to embrace it! Semoga tahun 2018 lebih baik, lebih gembira, lebih bermakna dan lebih wang! Apa resolusi tahun 2018 korang?
Ok, Khamis lepas menyinggah lagi ke pasar malam. Dalam mencari bahan-bahan dapur ternampak ada yang menjual buah belimbing buluh. Selalunya, memang tak ada dan susah nak cari buah belimbing buluh ni. Kebetulan dah ada, Kak Bell belilah sedikit untuk diguna dalam masakan. Teringat pula akan sambal hitam Pahang yang sedap dan kekononnya gigihlah nak cuba buat. Sambal hitam ni pun boleh tahan mahalnya sebab proses nak membuatnya memang memakan masa yang lama. Disebabkan dah teringin, Kak Bell pun cuba buat sambal hitam ni. Sebelum nak buat, Kak Bell tanya dulu dengan Kak Min yang memang menjual sambal hitam aslinya yang berasal dari Raub. Terima kasih atas perkongsian beliau. Tak lokek kongsikan cara.
Nak membuat sambal hitam Pahang ni memang perlukan kemahiran dan prosesnya juga bukan mudah. Bahan utamanya sudah tentulah belimbing buluh. Proses merebus belimbing buluh juga agak rumit dan memakan masa hingga berjam-jam. Belimbing buluh tadi akan direbus tanpa menggunakan air dan kalau ikut cara tradisi ianya akan dimasak dalam tin menggunakan kayu api. Kak Bell hanya beli sedikit buah belimbing tersebut dan gunakan dapur gas sahajalah untuk merebusnya. Menurut Kak Min, tekstur belimbing buluh, rasa & warna yang dimasak gunakan kayu api dan dapur gas adalah berbeza. Warna belimbing juga tak akan kelihatan hitam seperti dimasak secara tradisi. Sambal hitam ni juga boleh tahan lama sehingga 6 bulan tanpa bahan pengawet.
Kuantiti belimbing buluh terpulang pada masing-masing. Nanti masa merebus, jusnya akan keluar sendiri & kecut. Kena biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul-betul kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. Macam Kak Bell yang guna hanya beberapa biji buah belimbing tu, jadi cukup belimbing bertukar kepada warna coklat. Memang betul apa yang dikatakan, buah belimbing tu akan jadi hangit sebab sedikit! Sebenarnya, warna hitam sambal hitam tu bukanlah disebabkan oleh kicap! Tetapi adalah warna belimbing buluh yang dah dimasak lama sehingga hitam. Untuk resepi Kak Bell ni, memang Kak Bell tambahkan kicap dan tidaklah 'authentic'. Btw, untuk makan sendiri dan pertama kali mencuba jadi hasilnya boleh diterimalah kan. Hehe. Bagi yang nak cuba, terpulang nak guna cara yang mana. Ada kerajinan buatlah cara yang asli barulah power sambal hitam Pahang korang nanti.
Bahan-bahan:
20 biji belimbing buluh
20 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
1 cawan ikan bilis (dikopek)
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
Sedikit kicap manis
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Nak Buat Sambal Hitam Pahang:
1) Tumbuk kasar cili api,ikan bilis dan bawang dan ketepikan*2) Cuci bersih buah belimbing dan rebus TANPA air atas api sederhana.
3) Tambah belimbing hitam yang dah siap direbus dan tumbuk sekali dengan bahan bertanda*
4) Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumbuk. Kacau rata hingga masak.
5) Masukkan garam, gula dan kicap dan sesuaikan rasa.
TIPS!
- Boleh gunakan/beli belimbing buluh yang dah siap di rebus
- Memadai hanya rebus sehingga belimbing bertukar warna coklat saja jika kuantiti buah belimbing buluh yang sedikit
- Rebus tanpa air dan sentias dikacau supaya periuk tidak hangit
- Boleh lebihkan bawang jika suka
Kalau korang gunakan periuk atau kuali biasa untuk merebus belimbing buluh tadi, eloklah guna kuali yang agak tebal atau gunakan periuk lama. Nak masak dalam tin atas dapur gas korang pun boleh. Ikutlah mana yang senang ye. Nanti sayang periuk korang tu jadi hina. Jadilah, untuk makan sensorang kat rumah kan. Yang penting Kak Bell dah cuba buat. So, sekarang Kak Bell dah paham dah kenapa sambal hitam ni mahal. Lepas ni, siapa makan sambal hitam duduk diam-diam jangan komplen tau! Nanti kalau ada masa, Kak Bell nak beli 2kg belimbing buluh, nak cuba buat cara yang asli pulak. Btw, mampu ke Kak Bell? Kay Bye.
Tags:
Recipes
Terima kasih share, suka sambal hitam ni semoga boleh cuba masak sendiri lak asyik beli je
ReplyDeleteSama-sama. Sekali-sekala elok juga cuba buat sendiri kan
Deletenampak macam best ni! Kena bookmark blog you dulu. Ade mase kena cuba.
ReplyDeleteKena sabarlah masak buah belimbing tu nanti
DeleteAlthough I travel a lot domestically, Pahang is one state that is least explored so far. Obviously, I haven't been introduced to the sambal hitam yet. Thanks for sharing this recipe. I wish to experiment with it.
ReplyDeleteYou need to try this out. Its delicious.
Deletenanti kalau nak masak leh la rujuk resepi2 kt blog ni. menggoda tau
ReplyDeleteBle..boleh. TQ singgah
DeleteNampak sedap sangat!nak suruh siapa masakkan ni:/
ReplyDeleteMasak sendiri la cik Pija. Hehe
DeleteSerius best sambal hitam pahang ni. Tapi kalau nak rebus belimbing buluh tu yang ambil masa lama sikit kalau nak buat resepi ni kan
ReplyDeleteMemang pun. Bella buat sikit je tu. Ala-ala je rebusnya.
DeleteSambal hitam ni tak pernah rasa lagi. Teringin nak rasa dan nak buatnya sekali.
ReplyDeleteRugilah belum rasa. Femes ni tau sambal hitam
Deletememang sedap gila sambal hitam ni..pernah makan memang selera sgt..
ReplyDeletebetul2. Bertambah makan pedas2 tu
DeleteRajinnya la Bella nie memasak bagai. Untung bakal orang rumah kelak kan
ReplyDeleteHehe. Kita forever alone je awak. Sdih kita.
DeleteTaknak kawan ! Ugh, yang belimbing tu buat kecur air liur je ni ;(
ReplyDeleteHey..masam la makan belimbing tu
DeleteSelalu dengar tapi task pernah cuba. Serious nampak sedap.
ReplyDeletekecur liur lahai baca entri ni. gambar satu pun dah tempting gila! sedapnyaaaa
ReplyDeleteBila nak buat open house ni. Asyik baca resepi je kat blog ni,hehe. Nak juga rasa air tangan bella
ReplyDeleteHehe. Tak tahulah bila tu Nuar. doalah ada reziki banyak. InsyaAllah
Deletewah.. Bella dapat juga resipi ni.. Haih.. terliur pula sekarang!!
ReplyDeleteRacheal_Foodilifecious
this is the first time see belimbing buluh!
ReplyDeleteVery New To Me!!
Yummy YUmmy , WIll Try to Find it and cook it!!
Really? Tak pernah jumpa ka Wendy? Hahaha
DeleteSambal hitam memang fav sis, kalau garing sikit main ratah je mcm tu...perghhh sodapppp. Nanti nak cuba gaklah buat
ReplyDeleteni percubaan pertama ni Kak. Kena cuba lagi
Deleteoho...baru tau rebus tanpa air ke...banyak tu yang Bell masak tu tahan berapa lama tu..akak gigih pi beli..next nak buat sendiri la...
ReplyDeleteYer, tanpa air. Nanti airnya keluar sendiri. Ni sebab baru 1st time buat. Kalau akak buat rebus buah tu lama sampai hitam memang tahan lama.
Deletethank for sharing! yum yum, nampaknya boleh mix with anything and a big bowl of rice!
ReplyDeleteWhich Income Group Do You Belong To?
Sambal dengan nasi memang sudah cukup sedap :)
DeleteMay 2018 brings you more happiness. Thanks for the delicious recipe.
ReplyDeleteTq Mommy Jane. You too!
DeleteGreat recipe.. nak masak sambal hitam malam ni. hahah!
ReplyDeleteRajinnya..
DeleteSedap sambal hitam ni tp bukan senang nak masak sbb kena masak dgn byk belimbing, msk sampai hitam tupu kwn kata kena masak dlm tin..lps tu buang tu tu haaa...
ReplyDeletebetul sangat tu Kak Limah. Hehe
DeleteUisshh such a tempting post.. what are you trying to do tempt me???
ReplyDeleteHahaha. Lets makan banyak2 supaya badan lebih 'sihat'. Hahaha
DeleteTak pernah try lagi sambal hitam ni. Nanti nak buli kawan" yang handal masak ni suruh buatkan ahaha
ReplyDeleteKena try tau. Bagus gak tu buli kawan masak. kikiki
DeleteTak penah rasa lgi sambal hitam.. kesiankan..hukhuk.
ReplyDeleteapa lagi bolehlah cuba masak ni nanti
DeleteBetul..sambal ni mahal kerana prosesnya yang memakan masa. Buat sendiri pun ok juga kan. Dapatlah berjimat.
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Betul tu. Boleh simpan lama. Kena rajin lah nak membuatnya
DeleteOhh...This is quite special for me, 1st time got to know about sambal hitam :) Thanks for sharing it dear, hmm...next time cook for me ok? :P Yummy! Cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteOk Sienny. Suka makan pedas tak?
DeleteSambal hitam Pahang has been my favourite since first time makan waktu arwah Tok Wan masih hidup lagi. Memandangkan ayah orang Lipis, memang setiap kali ajak ke Lipis memang saya nak ikut sebab dapat makan sambal ni.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Orang Pahang mesti suka lah Sambal Hitam ni. Kalau tak tah makan tak tau nak kata lah.
Deletejom masak.... sedapnyer... terliur membaca ini... nak try semua resipi yang ada..
ReplyDeleteBoleh2. Jommm. Nanti share tau kalau dah cuba masak.
DeleteThis is my first time knowing the recipe, will definitely try it out, thanks!
ReplyDeleteOmg!! The sambal hitam looks so yummy and appetizing! I pun nak try buat juga =)
ReplyDeletei tried this once in pahang and i miss the taste. Thank you for your sharing, now i can aks my mom to cook for me to stop my craving-ness on sambal hitam.
ReplyDelete