Resepi Ayam Masak Merah Madu

Trending

Resepi Ayam Masak Merah Madu

Happy New Year 2018 korang! Ada yang gigih celebrate berparty bagai ke? Kak Bell malam tahun baru pun masih di office. Kerja malam. Khidmatmu diperlukan katanyaa. Lagipun, tak larat dah diusia emas ni nak bersesak-sesak bagai kan. Jadilah, tengok bunga api kat TV or dari jendela rumah je kan. Kiranya ni entri pertamalah di tahun baharu 2018, walhal dah lama dah masak resepi ni. Sibuk bekerja dan uruskan masalah lain sampai tak sempat nak up. Nak 'wrap up' journey tahun 2017 pun juga tak sempat. Hehe.

Macam biasalah, menu untuk hari ni ayam. Pusing-pusing, ayam, ikan, daging, hujung-hujung ayam jugalah yang memang jadi kegemaran dibuat lauk. Kadang-kadang tu, pening juga bila memikirkan 'nak masak apa harini'. Hari-hari telan menu yang sama, boring juga. Nak masak menu yang ala-ala Master Chef tak pandai lah pula. Tetiba teringat pulak ayam madu di kedai mamak. Walaupun di kedai mamak tu memang sedap ayam madunya, tapi Kak Bell tak suka sangat kalau terlalu manis. Jadi, bila buat sendiri bolehlah ikut kesesuaian masing-masing. Disebabkan resepi ni sangat senang dan semua bahan pun ada, so, menu yang dikongsi harini ialah menu Ayam Masak Merah Madu.


Resepinya mudah seperti masak ayam masak merah, cuma ditambahkan madu dan gula merah di dalam resepi ni. Nanti masa masak, memang korang akan nampak licin je berkilat kuah tu bila dah masukkan madu dan gula merah. Serai tu, Kak Bell saja masukkan sebab dah tinggal sebatang. Campakkan sahaja dalam kuali. Oklah, terus tengok resepi ajalah. Kak Bell dah tepu ni. Lagipun tak ada apa cerita yang nak dikongsikan. Hati tengah gundah gulana. Ehh.


Bahan A
10 ketul bahagian ayam
1/2 biji bawang holland *potong bulat
4 biji tomato comel
1/4 lada benggala
1 biji lada hijau/merah
2 sudu besar madu *ikut kesukaan
1 sudu besar sos tiram
Garam, kunyit, gula/perasa
Gula merah/gula melaka
Minyak

Bahan B (bahan kisar)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering *dah direbus
1 cm halia


Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
2) Tumis kesemua bahan kisar (bahan B). Masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos tiram, gula merah dan madu. Kacau sebentar hingga gula merah hancur.
4) Masukkan ayam dan tambah sedikit air jika nak kuah. Biarkan mendidih seketika.
5) Perasakan dengan garam, gula atau serbuk perasa dan kacau rata.
6) Masukkan lada benggala dan hirisan bawang holland.
7) Kacau hingga mesra dengan kuah dan tutup api bila ayam masak.

TIPS!
  • Boleh tambah kacang pis, gajus atau daun ketumbar
  • Boleh juga gunakan tomato puri/sos tomato sebagai bahan sos
  • Masukkan madu mengikut kesesuaian rasa
  • Kuantiti gula merah ikut suka, Kak Bell guna 1/3 bahagian

Mesti korang bosan Kak Bell asyik post resepi je kan. Nak tulis cerita macam novel or fiksyen tu tak kreatif la pula kaedahnya. Ini jelah yang mampu ditulis dik oii. Dah pergi masak sana tu, try menjadi ke tak Ayam Merah Madu ni.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

33 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. selamat tahun baru! sha yang muda pun malas nak bersesak kak hehe (muda lagi ke sha) ayam masak merah memang fav sha, tapi ayam masak merah madu takpernah try lagi buat. kena catit resepi ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy NewYear. Ala konpem awak muda lagi dr Bella. Nak up resepi kna kelainan lah sikit. Hehe

      Delete
  2. Ayam masak merah memang sedap. Buat sendiri lagi awesome kesedapannya....

    ReplyDelete
  3. Kak bell ni kan...rajin benar masaknyaaa
    Kita ni pulak pemalas
    Tapi kan..
    Ayam merah madu akk ni mngiurkan tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan untuk hidup. Hhe. so kena masak. Nanti Kak Bell lapar.

      Delete
  4. Wah tak pernah terpikir nak letak madu dalam ayam masak merah. Boleh cuba nanti. Sedapnya dpt makan dengan nasi tomato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nasi berprasa makan dgn ayam merah memang ngam kan.

      Delete
  5. wow! interesting. thanks for sharing the recipe

    ReplyDelete
  6. when my malay friends ask for pot luck,
    this is one of the menu i am asking for other than rendang .
    yummy yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, senang buat ayam masak merah ni. Wendy bolehla cuba nanti

      Delete
  7. Nasib baik jumpe entry resepi ni. Laki kite request nak makan ayam masak madu hari ni. :D :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kebetulan ya. Bolehlah post nanti hasil masakan. Tak pun panggil Bella review.Hahahaha

      Delete
  8. Baru tau rahsia..Madu..Gula Merah..nti Sal try , sebelum ni tak pernah letak.

    ReplyDelete
  9. Wow.. jealous gan you tau... rajin masak dan pandai lak tu. Semua yg you publish berselera je i tgk. Nanti nk cuba lah resepi you. Resepi i dah jemu la. Sekali sekala nk try org lain punya resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kak jgnla macam tu. Bella biasa2 je. Btw, tq. Bolehlah cuba nanti ya. InsyaAllah ok resepi ni.

      Delete
  10. wow sedapnya !!! pandai masak kak bella ni untung suami dia nanti hehehe ...

    ReplyDelete
  11. yum yum! i nak try buat yang ni jugak! sikit pedas sikit manis paling best, appetizing.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Henry. Saya pun suka macam ni. Mesti ada sikit pedas.

      Delete
  12. Org pandai masak..masaklah apa shaja sure menjadi dan sedap. Mcm sis ni..huhuhu sedihhh kenkdg ya ya tgok resepi tak menjadi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la tu Kak Hanny ni. Kadang2 ada juga kelaut kalau tak de mood. Hahaha

      Delete
  13. Tak rasa manis ke masakan ni sbb tgk ada madu gula merah dan gula biasa pun masuk.. tp nak gak cuba t...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak manis Kak Fas. Gula melaka tu pun tak manis kalau masukkan banyak. Selalau buat rendang pun saya letak gula merah.

      Delete
  14. Wahhh sedapnya Ayam Masak Merah Madu tu...buat sy lapar ... nampak sungguh menyelerakan sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqq. Makan berdua ni, habis 10 ketul ayam. Sedapla kot rasanya.hehe

      Delete
  15. Ayam masak merah memang fav ruby. Nanti nak cuba resepi Bella pula. Kot menjadi ke kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti share lah hasil masakan Ruby. Tengok ok tak resepi n kan.

      Delete
  16. Thank you kak. Memang tengah cari resepi masakan baru ni. Alang-alang sis ada tulis ni.

    ReplyDelete
  17. sedap nmpknye...biasa buat ayam masak merah...nanti bole la try ltk madu plak

    ReplyDelete
  18. Sedapnya lahai 😋😋 boleh buat tengahari ni. Try letak madu pulak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post