Nasi Dalai : Set Makan Tengahari Terbaru Restoren Sajian d-Hidang

Trending

Nasi Dalai : Set Makan Tengahari Terbaru Restoren Sajian d-Hidang

Dalam kesibukan semasa bekerja dengan waktu makan yang terhad pasti membuatkan kita mencari solusi terbaik untuk mendapatkan makan tengah hari. Kadang kala terpaksa 'take away' kalau restoren pilihan penuh dengan pengunjung. Bagi yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk membuat pilihan makanan, kini Restoren Sajian d-Hidang telah memperkenalkan set makanan tengah hari pertama mereka iaitu Nasi Dalai. Kak Bell berkesempatan menghadiri jemputan dari Restoren Sajian d-Hidang pada 2 Januari 2018 yang lepas untuk mencuba set makan tengah hari tersebut.


Apakah dia NASI DALAI? 
Nasi Dalai ialah Nasi Daging Salai Masak Lemak yang merupakan gabungan hidangan ideal bagi penggemar makanan tradisi melayu asli. Menu utamanya ialah Masak Lemak Daging Salai dan juga kombinasi Kerabu Sayur, Ikan Masin Berlada dan juga Sambal Belacan. Masak lemak daging salai ni direka khas dengan rasa santan yang pekat bersama potongan daging empuk dan semestinya lebih istimewa dengan sambal belacan sebagai pemecah selera.

Idea untuk membuat Set Nasi Dalai ni bermula daripada pemerhatian pihak Sajian d-Hidang di dalam bidang penyediaan makanan (katering) dan ternyata Set Nasi Dalai paling mendapat sambutan dan merupakan set paling terbaik diantara menu-menu katering mereka sepanjang 15 tahun di dalam industri makanan dan minuman. Pengenalan set makan tengah hari ini bertujuan bagi membantu para pelanggan dalam mendapatkan makanan dengan kadar segera dan memenuhi citarasa dari segi rasa dan perkhidmatan.


Set Nasi Dalai yang didatangkan dengan Nasi + Daging Salai Masak Lemak + Kerabu Sayur + Ikan Masin Berlada + Sambal Belacan + Teh O Ais ini dijual pada harga RM9.90 setiap set. Memang sangat murah dan berbaloi untuk satu set makanan yang seimbang dan mengenyangkan!

Ikan Masin Berlada

Kerabu Sayur

Rasa masakan bagi Nasi Dalai ni memang dibuat sesuai dengan citarasa semua orang. Daging Salai Masak Lemak dimasak tidak terlalu pedas dan cukup lemak dengan kuah santannya yang pekat. Terasa kesedapan kunyit hidup yang digunakan untuk masakan ni. Dagingnya pun dimasak empuk dan tiada bau dan rasa daging salai sampai Kak Bell ingatkan ianya gunakan daging biasa. Kerabu sayur tu pula menggunakan kacang botol, taugeh dan kelapa parut. Rasa kerabu sayur juga cukup mesra dan secukup rasa, kena dengan ikan masin cili tu! Saiz hidangan pun banyak untuk sayur dan daging. Bayangkan nasi Kak Bell dah nak habis tapi lauknya masih lagi banyak! Kalau diikutkan, 2 portion nasi baru dapat habiskan semua lauk tu. Tapi kita segan la nak menambah. Haha. So, memang hidangan ni sangat mencukupi dan mengenyangkan. Memang tak rugi korang dapatkan set Nasi Dalai ni.

Harganya sangat berbaloi kan? Dengan RM9.90 dah boleh dapat satu set makanan yang lengkap dan seimbang. Bagi yang nak mencuba Nasi Dalai bolehlah datang ke Restoren Sajian d-Hidang pada 8-10 Januari yang akan datang! Mereka akan melancarkan promosi potongan harga sehingga 50% daripada harga asal kepada 100 orang pelanggan yang terawal selama 3 hari promosi tersebut. Nasi Dalai ni cuma dijual pada waktu lunch sahaja bermula jam 10.30AM ke 5PM.


Korang juga boleh mendapatkan KAD SAJIAN restoren Sajian d-Hidang untuk menikmati makanan PERCUMA! Caranya, kena kumpul kesemua 9 cop dengan pembelian RM10 dalam satu resit bagi 1 cop. Bagi yang dah kumpul kesemua cop, layak untuk dapatkan makanan percuma bernilai RM10. Btw, promosi ini tidak sah dengan promosi lain dan tertakluk kepada terma & syarat.


Banyak masakan dan hidangan menarik ada di Restoren Sajian d-Hidang. Memang semua lauk-pauknya Kak Bell suka. Masakan kampung memang jadi pilihan kalau nak makan tengah hari. Biasalah, tekak Melayu mesti nak nasi dan lauk pauk Melayu. Tambah pula kena ada sambal belacan kan.




Aneka perasa sambal

Di bawah ni diantara blogger yang hadir pada hari tersebut dan juga pemilik Restoren Sajian D-Hidang, Encik Aliff dan isteri Puan Nasyrah. Terima kasih juga atas jemputan dari pihak restoren dan Encik Halim untuk mencuba set Nasi Dalai yang enak ini. Sangat recommended untuk korang semua cuba!


Kredit photographer The90's Studio

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman Facebook restoren Sajian d-Hidang dan hubungi nombor tertera untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

Restoren Sajian d-Hidang
No. 10, Pusat Perdagangan UMNO Bahagian Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Hubungi : 03 5511 4015 atau +6018 253 4773







































Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

60 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Sedap dan jimat betul set nasi Dalai ni kan. Terbaik.

    ReplyDelete
  2. Set lunch yang menyelerakan . Murah pulak tue .. kalau area negeri CCL ni susah la nak dapat cari nasi dalai

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, CCL kena masak sendiri lah nampaknya. Hehe

      Delete
  3. Paling menarik minat ialah ikan masin berlada. Makan dengan nasi panas, dah tak pandang kiri kanan. Hee Hee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nasi dengan ikan masin pun dah sedap kan.

      Delete
  4. Semua menu nampak tersangat sedap. Murah tu harga untu 1 set. Tapi harga promosi lagi murah. Kena datang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus datang cuba menu Nasi Dalai ni. Berbaloi!

      Delete
  5. Sedapnya bella..terliur akka tengok. Ok boleh pergi ni sebab tak jauh dah dari rumah

    ReplyDelete
  6. Kerabu Sayur is my favourite dish. With the promo, I will bring my children over to try it out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should Mommy Jane. Its not spicy and the taste is perfect to those not able to tend spicy.

      Delete
  7. Menarik makanan dekat sini. DAh dekat sanga dah dengna rumah ni. Boleh lah datang masa hari promosi tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang jangan tak datang. Bai Bell memang sedap. Kena dengan citarasa

      Delete
  8. Nampak menarik. Nanti boleh cuba. Cuma Lokasi tu jauh ya amat. Ada cawangan di Ampang tak. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada Ruby. Kena order deliverylah tapi 200pax. Hahaha. Buat jamuan amal gitu.

      Delete
  9. Nampak menarik dan harga juga berpatutan untuk terutama untuk makan tengahari.
    Selain Nasi Dalai ada pilihan lain juga kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hidanagn lain. Cuma menu ni khas untuk set lunch.

      Delete
  10. eh !! murahnya harga dia wakkkkkkk.. nampak sedap, nanti kena try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer memang murah yer. Kita makan tak puas. sampai malu nak tambah nasi.hahaha

      Delete
  11. wahhh bestlahhh. murah pula tu..nanti nak try la kalau gi sana

    ReplyDelete
  12. Wahhh sedapnya...ingatkan nasi dalai tu apa, kisahnya nasi n daging salai..heehe.Memang fav sis daging salai masak lemak ni. Nanti nak gi cuba lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memula ingat menu nya macam mana lah. Hahaha. Yes daging salainya empuk. Sedap. Tak ada pun rasa dan bau salai tu.

      Delete
  13. Nampak sedap! Haritu dapatt invite juga tapi x boleh attend.. Sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Auni. Tak pernah lagi jumpa Auni. InsyaAllah nanti ada rezeki lain.

      Delete
  14. I do love a good sweat over my meals.. and this one looks spicy.. I LIKE! (www.ccfoodtravel.com)

    ReplyDelete
  15. your photo looks very niceee! the price very affordable too!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  16. Yayy I know where to visit for lunch next week, the price is so cheap yet the food looks so delicious. Can't wait to try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Complete course in one set. You should try this.

      Delete
  17. I have not heard of Nasi Dalai before but it looks so delicious. Would love to try, so must plan a trip to Shah Alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, this is new. Just the name different for branding

      Delete
  18. Looks so yummy and affordable.. must try it out.. thanks for the recommendation

    ReplyDelete
  19. Look so delicious and it is so worthy! Too bad that i dont take beef :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh i see. May be you can have vegetarian menu there :)

      Delete
  20. Wow!! Those dish looks delicious and really tempting. It makes me feel so hungry and it seems so affordable. Love to try it.

    ReplyDelete
  21. Menarik selera menu nasi dalai ni lebih-lebih lagi ikan kering berlada tu... kalau ke Shah Alam bolehlah singgah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kering memang syok habis. Masin pedas..Memang kena Kak

      Delete
  22. Yeringin nak cuba..nampak menarik set ni..akak biasa makan masak lemak daging salai..tp blom makan yg jenis set macam ni..teruja tengok ikan masin sambal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan. Semua ada dalam satu set. Memang puas hati Kak

      Delete
  23. Murahnya harga set tu. Mohon dia buka kedai di Bangi please sebab #RawlinsGLAM memang penggemar daging salai masak lemak

    ReplyDelete
  24. Foods looks delicious! I like set menus coz its easy for me to choos and sometimes have no luxury to waste time just to pick the one for lunch.

    ReplyDelete
  25. Ingatkan makanan India ke apa... rupanya Nasi Daging Salai! Sedapnyaa nampak semua makanan tu. Bila presentation cantik, terus berselera tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula Bella pun terpikir2 apa lah menu ni. Pasti..kalau cantik gambar rasa nak makan terus kan.hehe

      Delete
  26. The price for this set is so worth it! I love eating Malay food, this can add to my favorite list of Malay Foods =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should try this Sharon. The taste is good too. Not too spicy

      Delete
  27. Food looks delicious. Price is very reasonable too. Might go and try with family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The price and the taste will satissfied you then. Xoxo

      Delete
  28. Aduhhh..semua tu mknan fav kita...
    Harga da la berpatutan ni kak..kalau ke sana nnt boleh la try mkn kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Bell memang suka menu ni. Masak lemak yg pedas ni memang menaikkan selera. Dtg sini mehla makan sini ye

      Delete
  29. nasi dalai... looks sedap wei...
    Daging always my first coice ❤

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
  30. Daging salai tapi harga tak sampay RM10? Set pulak tu. Kena ajak husband nanti datang sini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post