Hi Korang! Pernah dengar kacang sepat tak? Selalu Kak Bell jumpa kacang ni bila ke pasar malam tapi tak pernah terfikir nak beli sebab tak tahu nak masak apa. Akhir-akhir ni, rajin pula nak mencuba resepi yang tak pernah dibuat atau dimakan. Haritu beli sayur Bangladesh dipanggil Potol (boleh cari Resepi Kari Ikan Dengan Kacang Potol) dan teringin pula mencuba masak sayur kacang sepat. Puas juga Kak Bell mencari apalah nama benda alah sayur ni. Macam biasa dah tanya penjual sayur, tetapi tetap tak paham. Haha. Malas la Kak Bell tanya banyak kali, annoying pula auntie penjual. Rupa bentuk kejadiannya memang macam kacang pea tapi bukan. Sempatlah Kak Bell post di facebok dan tanya kawan-kawan. Ada yang teka kacang parang, kacang buncis, kacang edamame dan yang paling lawak jawapan petai dan asam jawa. Memang boleh pergi Final Clever Girl ye jawapannya! Btw, Kak Bell tahu dorang bergurau. Ceria hati Kak Bell tau! Masing-masing pun akui selalu nampak sayur ni tetapi tak pernah pula memasaknya.
Ni ada 2 versi masakan sayur campur Kak Bell dah buat gunakan kacang sepat ni. Gambar yang di atas, Kak Bell gunakan ikan bilis tumbuk. Untuk sayuran, memang selalu guna aja apa yang ada asalkan boleh makan.
Untuk kacang sepat ni biasanya dibuat goreng atau tumis dan dimasukkan dalam masakan kari. Itu sahajalah yang Kak Bell tahu. Untuk penyediaan, bahagian urat di tepi kacang ni perlu dibuang dan pilih kacang yang muda untuk dibuat masak. Tak perlu potong pun boleh, cuma memadai buang bahagian urat di bahagain kiri dan kanan sayur. Kak Bell ni pun beli mana yang tinggal sahaja. Yang lain dah diborong oleh warga-warga internasional. Biasalah, mereka kan kalau beli stok bahan macam nak makan sebulan. Beli untuk satu rumah lah katakan. Rasa kacang ni rangup, berlemak dan sangat sesuai dibuat sayur campur.
Bahan A
Kacang sepat secukupnya
Aneka sayur (lobak, kobis bunga)
1 biji cili merah
2-3 titik minyak bijan
Sedikit air
Garam
Bahan B (bahan tumbuk/hiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Belacan
Cara memasak:
1) Bersihkan dan buang urat dibahagian tepi kacang sepat.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan B sampai wangi.
3) Masukkan semua sayur dan kacau (dahulukan sayur yang lambat mask seperti lobak).
4) Tambahkan sedikit air untuk kuah.
5) Masukkan garam, minyak bijan, lada merah dan kacau sehingga sayur masak.
TIPS!
- Boleh gunakan apa sahaja sayur lain untuk masakan.
- Boleh gunakan sedikit udang kering atau ikan bilis tumbuk.
- Boleh tambah sos tiram dan serbuk perasa ikut kesukaan.

Inilah rupa bentuk kacang sepat tadi. Ada yang bagi jawapan terung sebab ada terung kat belakang kacang tu kan! Haha. Suka beli berjenis-jenis sayur yang tahan untuk simpanan. Nanti senang nak masak. Yang mana ada resepi istimewa untuk kacang sepat ni bolehlah kongsikan dengan Kak Bell. Nanti Kak Bell cuba. Till then, bye.
Kacang sepat
Boleh la akak cuba nanti..akak pun x tau namanya selalu nampak kat pasar malam..selalu Bangla yg beli..hehehe..lepas ni boleh la beli dan cuba..akak pun macam Bell suka mencuba
ReplyDeleteBetul, selalu Bangla je borong. Bolehlah try masak Kak . Nanti post saya nak tengok resepi akan pula. Hehe
Deletesimple tapi selera betul makan ni
ReplyDeleteSenang buat simple2.
DeleteOoo, kacang sepat namanya. BTak pernah tau apa nama dia. Tak selalu jugak makan. Kalau jenis kacang yang dekat Sushi King tu sama je la kan?
ReplyDeleteTak sama rasanya. Tu Edamame
DeleteAna kalau kacang sepat ni memang buat sayur goreng je kak bell. Tak pun masuk dalam stew daging. Sayur ni ada rasa yg tersendiri.
ReplyDeleteOk, bolehlah cuba masukkan dalam stew daging. Yummy!
Deletenampaknya sedap, presentation tu penting, and yours is colorful. the chili give some kick jugak.
ReplyDeleteMesti nak ada sikit rasa pedas. Baru selera sikit nak makan.
DeleteTerima kasih berkongsi resepi ! Boleh lah cuba nanti. Sangat menyelerakan sbb berwarna-warni
ReplyDeleteSama-sama. Bolehlah Bella rasa nanti. Hehe
Deletekalau makan sayur yangg mcm ni saya suka yang ranggup dan separuh masak... resepi ni nampak mudah tweima kasih.
ReplyDeleteI see. brtul tu. Kena pakai yang muda baru sedap kan.
DeleteSelalu masak.. Tapi tak tau pulak namanya kacang sepat. Adeh!!
ReplyDeleteHehe. Tak tahulah jika ada nama yang lain pula.
Deletela. selama ni ingat ni edamame. kacang sepat ruponya. memang sedap! krupkrap rangup. tak pahit.
ReplyDeleteBukan dia. Edamame nampak bonjolan kacang dia tu. Hehe
DeleteSedapnya! Nak cubalah resepi ni nanti :)
ReplyDeleteBoleh2. Tq sudi baca
Deletemakanan ini tampak lezat dan menyihatkan
ReplyDeleteHarus Danan. Sayuran bagus untuk kesihatan. Saya orangnya mesti ada sayur masa makan
DeleteAwh this looks good. Will need to try the recipe soon! <3
ReplyDeleteBet you have try this too!
Delete