Bagi peminat masakan Timur Tengah, pastinya arif tentang restoren popular yang menyajikan pelbagai masakan Timur Tengah yang sedap dan berbaloi. Sudah tentunya restoren masakan Arab di kawasan Shah Alam, Bangi mahupun di Cyberjaya menjadi pilihan. Pada 16 Disember 2017 yang lepas, Kak Bell bersama rakan berkesempatan ke majlis pembukaan rasmi Restoran SiHAF Arabic Cuisine di Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini. Restoren SiHAF merupakan restoren makanan Arab pertama yang seumpamanya dalam memberi penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan juga budaya Islam dalam visi perniagaannya.
Restoran SiHAF dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan di dalam Al-Quran, yang bermaksud pinggan emas seperti potongan ayat yang dipetik dari surah Az-Zukhruf, Ayat 71
"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam surga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya"
Logo yang dipilih untuk restoran ini juga merujuk kepada namanya. Ia mengandungi 3 segitiga melengkung kerana nombor 3 adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga merujuk kepada jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa masyarakat amalkan. Selain itu juga, corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya Islam dan warna yang digunakan juga mencerminkan negara-negara Islam. Dengan nama pilihan SiHAF dan logo yang dipilih, ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan-pelanggan mereka. Restoran SiHAF juga turut komited dalam memperkenalkan hidangan Arab di Malaysia.
Hiasan dan dekorasi restoren ini juga amat menarik dan cantik. Terdapat juga alatan yang berwarna emas seperti konsep piring-piring dan gelas-gelas dari emas yang dinyatakan tadi. Warna, hiasan dan perabot amat bertepatan dengan konsep yang dipilih oleh Restoren SiHAF.
Memang ramai pengunjung yang hadir semasa majlis pembukaan Restoren SiHAF seperti menghadiri majlis kenduri kahwin. Dikatakan lebih 200 orang jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis pembukaan restoran ini termasuk dari pihak media dan rakan blogger. Majlis pada hari tersebut dihoskan oleh Richie Rachman yang sememangnya terkenal di Malaysia. Selesai ucapan aluan daripada pengasas restoran, majlis diteruskan dengan persembahan nasyid (Arabic Islamic Nasheed) sementara tetamu menikmati hidangan yang disediakan. Turut diadakan juga acara memotong Shawerma Terpanjang di Malaysia.
Klik SINI untuk acara pemotongan Shawerma
Tidak sempat nak merasa kesemua hidangan sebab kekenyangan makan pelbagai jenis makanan. Sudah tentunya puas dapat makan kambing golek sesuka hati. Sampai naik pening kepala dibuatnya! Turut juga disediakan manisan Arab Baklava dan Basbousa. Rasanya manis dan Kak Bell sukakan manisan ni. Pertama kali merasai manisan Arab! Untuk pengetahuan, menu istimewa bagi Restoren SiHAF ialah Nasi Beriani Buluh (Bamboo Beriyani Rice). Nanti bolehlah korang rasa menu ini yang hanya boleh didapati di Restoren SiHAF. Berikut di antara menu yang dihidangkan semasa hari tersebt.
Isi kebab 'Shawerma'
Kebab 'Shawerma'
Bamboo Beriyani Rice
Kepada yang memang peminat bagi masakan dan hidangan Arab, bolehlah kunjungi Restoran SiHAF Arabic Cuisine untuk merasai sendiri rasa hidangan mereka.
Sihaf Arabic Restaurant
B-LG-1, Shop Lot Vista Alam,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam,
40000 Selangor Darul Ehsan
011-1111 0500
Tags:
Arabic Cuisine
Baklava
Bamboo Rice
Basbousa
Makan Place
Manisan Arab
Masakan Arab
Pembukaan Restoren SiHAF Arabic Cuisine Shah Alam
Ya Allah..menariknya makanan..pulak-pulak kambing golek tu..hahaha..restoren pun cantik
ReplyDeleteSampai tak larat lah makan kambing tu..
DeleteWahh sedapnya tengok...nyesal betoi tak gi hari tu...huhuhu
ReplyDeleteKalau taak bolehlah jumpa ye Kak
DeleteWahh nampak sedap betul lah! Interior dia pun menawan betul! Boleh cuba nanti ni!
ReplyDeleteBolehlah kamu dating kat sini. Hehe.
DeleteSedap2 kan makanan kat sini. Kita pun teruja tapi ramai sgt org tu yg pening kepala sikit hehehe
ReplyDeleteYe. Sampai malas nak bergerak pun ada. Hehe. Btw, tak dapat snap photo best sebab duduk belakang.
DeletePatut pi sini tp x dpt pi akak join escape with traveloka hari yg sama...best la tgok meriah..ramai gak blogger dtg erk?
ReplyDeleteTu lah. Perasan juga ramai yang pi Traveloka juga.
DeleteBamboo briyani rice tu Ya Allah.. terliurnya
ReplyDeletealahaiii terliur tengok nasi briyano bamboo tu, kebab lagi.. lama dah tak makan masakan arab ni...
ReplyDeleteKalau ada turun shah alam nanti bolehla singgah makan kat sini.. Zaza tertarik tgk isi kebab tu.. Menyelerakan betul.. Hihi
ReplyDeleteDah balik rumah, lapar pula terus habis kebab yang tapau tu. Hehe. Makan pulak dengan sos. sedap sangat!
Deletehello Kak Bell, the kambing golek macam sangat sedap lahhhh.. and the bamboo nasi bryani~~~~ i remember the first time i makan dekat Cyberjaya, last time banyak middleeast punya restaurant dekat sana.
ReplyDeleteHi Henry, memang sedap Henry. Sampai mata nak tutup bila drive. Haha. Pernah juga pergi area Cyberjaya. Byk restoren makanan Arab kat sana.
DeleteOh kat seksyen 14 ye?, bolehlah try lepas ni, sebelum ni makan di zam2 restaurant, nampaknya semakin banyak pilihan restaurant makanan arab. Menu pun menarik2 :)
ReplyDeleteyanmieonline.com
makanan dia nampak sangat gorgeouss! mengidam nih hehe
ReplyDeletei love arabic food! especially humus!! mmm! nak try la tmpat ni.. nmpk cantik!
ReplyDeleteRuby kalau makanan arab, memang takkan tolak la pi makan. Adui rindunya nak makan shawerma dan kebab dan semuanya lah. Nanti nak pergi cuba kat restoran ni
ReplyDeleteTak pernah cuba arabic cuisine.. nampak sedap nya.. rasa nak pergi try try lah..
ReplyDeleteLooks delicious! That bamboo beriyani looks taste :) im starting to like beriyani :)
ReplyDeletecantiklah tempat ni... makan2 kat sana memang elegant feel... aiih.. tiba2 lapar pula
ReplyDeleteRacheal_Foodilifecious
hey babe, was having classes so missed my chance to meet you & makan makan bersama :( cheers,siennylovesdrawing
ReplyDeleteHi Sienny. Lama juga tak jumpa you. Hope to see u next time
DeleteA serving of mixed greens course is essential for some, unique reasons. It readies your stomach for the following course by extending it with every one of those sound vitamins and minerals.gyro room
ReplyDelete