Rambut mahkota wanita memang dah biasa kita dengar. Rambut ni memang
memainkan peranan penting dalam menonjolkan imej seseorang pada publik.
Dengan gaya rambut, penampilan rambut sihat dan kuat memang mampu menaikkan
seri seseorang. Jika terdapat permasalahan berkaitan rambut berlaku pada Kak
bell memang sedikit sebanyak mengurangkan rasa keyakinan diri.
Masalah keguguran rambut biasanya dilalui oleh semua golongan wanita mahupun
lelaki. Kadangkala jika berlaku keguguran rambut yang teruk boleh
mengakibatkan kebotakan yang dipanggil alopecia. Rambut gugur memang berlaku
seiring peningkatan usia dan ianya adalah situasi yang normal. Tetapi ada
juga yang disebabkan oleh masalah keturunan, genetik, perubahan hormon,
kekurangan nutrien, pemakanan tidak seimbang dan stress boleh menjadi punca
kepada rambut gugur.
Terus-terang Kak Bell juga mengalami masalah rambut gugur. Jika hanya
sehelai dua sahaja yang gugur ianya adalah normal. Kalau ada segenggam
rambut yang gugur ketika menyikat rambut atau pada waktu mandi, memang sah
kita sedang hadapi masalah keguguran rambut yang kritikal. Jadi kali ini Kak
bell hendak kongsikan tentang isu rambut gugur dan bagaimana Kak Bell
mengatasi masalah rambut gugur.
Syampu Himalaya Natural Protein 5 Complex Yang Diperbaharui
Pengeluar produk berasaskan bahan semulajadi Himalaya, baru-baru ini telah
melancarkan semula siri Syampu Himalaya Natural Protein 5 dengan formulasi
herba yang diperbaharui.
Bahan protein 5 yang diperolehi dari bahan-bahan semulajadi dan tumbuhan
herba eksotik adalah untuk menguatkan rambut dan di tambah dengan formulasi
baru bagi meningkatkan kelembutan dan merapikan rambut disamping bau syampu
yang lebih segar.
Terdapat 6 jenis syampu di bawah siri Syampu Himalaya Natural Protein 5
iaitu:
- Himalaya Anti-Hair Fall (weak and hair fall-prone hair)
- Himalaya Anti-Dandruff-Soothing & Moisturising (fight dandruff and soothes scalp)
- Himalaya Anti-Dandruff-Gentle Clean (sesuai untuk kelemumur flakes)
- Himalaya Softness & Shine (full and dry hair)
- Himalaya Smooth & Silky (rough and frizzy hair)
- Himalaya Repair & Generate (lifeless and damaged hair)
Pada setiap jenis syampu ini telah dinyatakan herba yang digunakan pada
pakaging syampu di bahagian depan botol. Syampu Himalaya Natural Protein 5
ini
bebas dari bahan seperti MIT, CMIT dan parabens.
- Himalaya Anti-Hair Fall (Herba: Castor + Caffeine)
- Himalaya Anti-Dandruff-Soothing & Moisturising (Herba: Aloe Vera + Tea Tree)
- Himalaya Anti-Dandruff-Gentle Clean (Herba: Rosemary + Tea Tree)
- Himalaya Softness & Shine (Herba: Olive Oil)
- Himalaya Smooth & Silky (Herba: Avocado)
-
Himalaya Repair & Generate (Herba: Argan Oil)
Himalaya Anti-Hair Fall Berjaya Kurangkan Rambut Gugur
Setelah menggunakan syampu Himalaya Anti-Hair Fall ni memang ada perubahan
positif pada rambut Kak Bell. Sebelum ini memang Kak Bell tidak gunakan
syampu anti-gugur sebab fokus pada masalah kelemumur, ketombe kalau dalam
bahasa Indonesia. Disebabkan rambut Kak Bell yang kerap menjalani proses
pewarnaan, blow-dry, perming dan bleaching menjadikan rambut Kak Bell
kering, mudah bergumpal jika tidak diurus baik dan seterusnya gugur.
Surprisingly, syampu Himalaya Anti-Hair Fall ini berjaya mengurangkan kadar
keguguran rambut Kak Bell.
Siapa yang tak risau bila selesai memcuci rambut, segumpal rambut yang gugur
dan terus berfikiran lama-kelamaan pasti rambut Kak Bell akan berkurangan,
nipis atau menjadi botak! Then, Kak Bell cuba siri anti rambut gugur
Himalaya ni yang terdiri daripada 3 produk iaitu Himalaya Anti Hair Fall
Oil, Himalaya Anti Hair Fall Shampoo dan Himalaya Leave On Treatment Cream.
Himalaya Anti Hair Fall Oil
Hair oil ni berfungsi sebagai minyak rambut. Memang kena pakai banyak
sehingga rambut rasa basah. Tujuannya untuk melembapkan kulit kepala.
Masalah rambut gugur biasanya disebabkan kulit kepala yang kering, jadi
kulit kepala perlukan minyak untuk sentiasa lembap.
Langkah 1 (pre-wash)-Sebelum syampu, apply dahulu Himalaya Anti Hair Fall
Oil di seluruh kepala. Pastikan kena pada kulit kepada dan urut kulit kepala
dengan circular motion supaya minyak boleh serap ke kulit kepala. Basically,
just keramas, urut-urut keseluruhan kulit kepala. Biarkan 1 jam sebelum
langkah mencuci.
Untuk Hair Oil ni memang kena pakai banyak sikit supaya boleh cukup untuk
seluruh kepala. Bau dia macam minyak rambut zaman nenek-nenek dulu, minyak
rambut zam-zam tapi lebih wangi dan lembut. Anti-fall hair oil ni akan
galakkan pertumbuhan anak rambut, halang rambut gugur dan menipis dan
melegakan masalah kulit kepala gatal dan kering.
Himalaya Anti Hair Fall Shampoo
Untuk syampu ni baunya juga wangi. Memang tidak berbau herba yang menyengat.
Biasanya kalau syampu yang bebas bahan preservatif, kadar buih akan kurang
tetapi tidak dengan Himalaya Anti Hair Fall Shampoo.
Langkah 2 (cucian)- Guna dengan jumlah bersesuaian, syampu ni akan hasilkan
buih sesuai untuk mencuci rambut. Boleh digunakan setiap hari.
Selain membersihkan rambut dari kotoran, syampu Anti-Hair Fall ni akan
kuatkan akar rambut, memperbaiki tekstur rambut, kuatkan rambut rosak dan
bercabang (breakage) seterusnya melembutkan dan mengurangkan rambut gugur.
Himalaya Leave-On Treatment Cream
Langkah terakhir selepas cucian rambut adalah treatment. Biasanya Kak Bell
akan guna tonik rambut.
Langkah 3 (treatment)- Keringkan rambut dengan tuala (towel dry), kemudian
sapukan krim rawatan pada kulit kepala dan rambut.
Untuk Himalaya Leave On Treatment Cream ni pun kena guna kuantiti yang agak
banyak untuk cover seluruh kulit kepala. Selepas pakai, biarkan sahaja tanpa
perlu dibilas. Mulanya rambut memang akan basah dan sedikit firm macam pakai
minyak rambut. Selepas krim kering, rambut akan normal semula dan nampak
lebih lembap.
So far so good dan Kak Bell sukakan siri penjagaan Syampu Himalaya Natural
Protein 5 Complex ini. Buat masa sekarang Kak Bell teruskan dahulu dengan
Himalaya Anti Hair Fall Shampoo range. Nanti boleh cuba syampu yang lain
pula. Bagai atasi masalah rambut gugur ni, mesti nak amalkan dan buat secara
konsisten untuk nampakkan hasil. Selain mendapatkan produk yang bagus dan
sesuai, penting juga untuk kita dapatkan rehat yang cukup dan pemakanan
seimbang supaya rambut lebih sihat.
Bagi yang nak cuba Himalaya Anti Hair Fall Shampoo atau siri lain dalam
rangkaian produk Himalaya Natural Protein 5 Complex, boleh dapatkan di
Himalaya Boutique dan juga drugstores seperti Watson dan Guardian.
Instagram: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Pernah pakai produk dari himalaya ni .memang best . Bau pun wangi
ReplyDeleteAssalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html
Anak pernah guna rangkaian produk Himalaya untuk muka. Ada produk rambut ni boleh try la sebab nak melembabkan kulit kepala. Kulit kepala ni kalau kering akan mudah gatal2. Nak nak zaman sekarang ni panas ajer cuaca kan.
ReplyDeleteOk nak beli jugak set nih , before pakai jugak produk Himalaya tapi shampoo dia sajalah , maybe kena pakai sekali dengan hair oil dia dan hair cream baru berkesan agaknya nanti.
ReplyDeleteNi baru ek? Nak try laaa, smacam best plak hair oil tu, Sis suka guna hair oil atau serum rambut, lagi kalau jenis wangi, lagi Sis suka..
ReplyDeleteSelalu guna produk muka. Tak pernah guna syampu dia. Agak menarik nanti nak cuba
ReplyDeletenampak ramai dah yg recommend produk ni.. memang kena cuba jugak ni..ada 6 pilihan.. senang nak pilih ikut keperluan..
ReplyDeleteHimalaya ni mmg best. Kita tak cubalagi hair range dia. Nnt nk cuba lah lepas abeskan syampoo sekarang ni.
ReplyDeletePernah dengar psal produk ni. Memang bagus! Nanti nak cubalah sebab kena pandai jaga aset semua dikala usia naik haha
ReplyDeleteKita pernah pakai produk Himalaya shampoo ni. Memang bagus! Cuma belum pernah pakai oil tu. Nanti nak cuba laaa
ReplyDeleteSis boleh lah kasi kat kita cuba sebab kita memang ada masalah rambut gugur ni hehehe habis dah tak ada kat depan ni dah botak wawkakakaka nak cuba lah sini tengok bagus...
ReplyDeletetak pernah cuba lagi produk himalaya ni. next time boleh try kot sbb ada masalah rambut gugur yg teruk jugak
ReplyDelete