Kacang Buncis Goreng Sambal

Selain dari sayur Bok Choy, Kak Bell memang suka makan dan masak kacang buncis. Lebih enak dari kacang panjang dan semanis harganya juga. Untuk entri kali ini Kak Bell nak kongsikan resepi Kacang Buncis Goreng Sambal. Sebelum-sebelum ni pernah cuba masak tapi tak sedap sebab gunakan cili boh. Terus-terang sekarang ni kalau nak pakai cili, memang rela rebus dahulu cili kering, lepas tu blend sendiri. Baru puas hati kalau memasak sebab memang akan lebih sedap. Actually, Kak Bell dah masak kacang buncis ni pada minggu lepas. Semua dah get ready, karangan je tak siap. Maklumlah sis pergi bercuti merehatkan minda di Suite mewah sekitar KL. Terkejar-kejar, kesana-sini tak sempat nak mengarang. Btw, harga studio apartment tu memang sangat mampu milik ye. Ni nanti Kak Bell share kay. Dan bermula minggu ni juga Kak Bell dah mula sibuk nak selesaikan tugasan-tugasan lain.


Macam biasa, walaupun pelakon utamanya adalah kacang buncis, Kak Bell tetap gandingkannya dengan pelakon tambahan lain iaitu lobak dan ikan bilis. Memang nikmat ye bila makan ada ikan bilis goreng tu.


Lepas ni, Kak Bell nak cuba gunakan lada merah segar pula buat sambal. Ada yang pernah cuba ke guna lada segar? Oklah, jom kita layan resepinya.

Bahan A
1 paket kacang buncis
1 batang lobak (saiz kecil)
1/8 lada benggala
1 genggam ikan bilis
4 sudu cili kisar
Sedikit belacan
Garam & gula
Perasa secukupnya

Bahan B (tumbuk/kisar)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara memasak:
1) Tumbuk semua bahan B
2) Cuci ikan bilis, panaskan minyak dan goreng ikan bilis, ketepikan.
3) Tumis Bahan B sampai wangi, masukkan cili kisar. Tumis hingga cili masak.
4) Masukkan lobak dan kacau seketika.
5) Kemudian masukkan kacang buncis dan lada benggala.
6) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
7) Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata.

TIPS!
  • Boleh gunakan cili padi atau lada merah untuk ganti cili kisar (cili kering).
  • Ikan bilis goreng dan lobak tu optional.
  • Tambah sedikit gula untuk rasa lebih sedap.


Done Kacang Buncis Goreng Sambal Kak Bell. Suka kering-kering je sambalnya. Wah senangnya memasak. Tiberr! Kak Bell makan 1 lauk ni aje dengan nasi panas sambil layan VIU. Hehe

CONVERSATION

27 comments:

  1. Suka jugak lauk macam ni tapi saya masak biasa tak letak ikan bilis. Tak berapa gemar ikan bilis. Biasa letak ayam atau daging lauk lebih semalam tak habis heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. IC. Biasa nak bagi ada rasa je ikan bilis tu.

      Delete
  2. sayur buncis ni one of sayur favourite..sllu kalau nak cepat main goreng buncis dgn telur tu pun dah merecik mkn dgn nasi panas..tp kita samalah..mesti pasangan tu dengan lobak merah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi kalo dgn telur selalu macam tak cantik je Bella buat. ermm

      Delete
  3. Kita pun minat kacang boncis dari kacang panjang. Kalau masak nasi goreng pun akan letak kacang boncis ni. Rasa dia lebih manis dan rangup walau harga dia mahal sedikit. Janji puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi sedap kacang boncis sedap sgt dlm nasi goreng. Kalau kacang panjang kene yg segar br sedap nasi goreng.

      Delete
  4. Kenapa la Sis suka menggoda rasa ini dengan makanan masakan Cik Bell nie. Bila la rasa nak belanja kita makan nie? Nak try masakan Cik Bell la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, bilalah nak jemput awak makan ni. Hehe.

      Delete
  5. Kak Bel! Raya nanti nak datang rumah eh. Haha. Merasa air tangan Kak Bel. Menu setiap kali tak pernah mengecewakan. Menu ni pulak antara favourite saya. Simple tapi sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti selera kita sama kan? InsyaAllah bisa diatur.

      Delete
  6. I pernah buat ni. Memamng sedap sangat. Makan dengan nasi panas sedap. Especially masa sahur nanti. Masak satu lauk pun ok dah.Simple but balance meal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cukup 1 lauk masa puasa nanti. Tak larat makan banyak2. Membazir.

      Delete
  7. Favorite huda ni, kacang buncis goreng. thanks sharing resipi ni, nampak sedap dan mudah nak buat! dah ada idea buat menu berbuka dan bersahur nanti

    ReplyDelete
  8. Resipi mudah dan sangat senang untuk buka puasa dan paling penting untuk sahur nak masak yang berat-berat tak daya nak makan pun tak banyak macam ni jadi lah makan ngan nasi putih dan telur goreng ok juga... nanti kita nak cuba lah hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Makan nasi dengan lauk simple macam ni pun cukup dah. Tak pun ratah je hehe. Senang nak buatnya. Asalkan ada bahan-bahannya jadilah dia..

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap dan meyakinkan. kacang buncis mmg favourite saya. teringn nak masak sendiri tapi tak reti. nk kena cari bakal isteri untuk buatkan lah lepas ni. haha terima kasih share resepi :)

    ReplyDelete
  11. Ni memqng favourite. Masak sayur nak bersambal. Kadang makan tu je dah cukup dengan nasi panas. Cuma ena tak pernah bubuh ikan bilis banyak2. Nanti nak cubalah resepi ni.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya....! Terliur kita tengok. Ikan bilis tu sungguh menarik perhatian kita tau! Kacang buncis antara sayur yang kerap di masak sebab anak-anak suka!

    ReplyDelete
  13. Uish nampak sedapnya! I pun lagi suka kacang buncis daripada kacang panjang. Selalu i masak goreng kosong letak sos tiram ja. Tapi tengok sambal gini macam lagi sedap lah, mau bertambah nasik ni hehe.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kacang buncis goreng sambal tuh. Makan dengan nasi panas memang sedap Saya memang suka sayur kacang buncis. Favourite sangat sangat

    ReplyDelete
  15. Suka betul buat kita terliur tau. Nampak sedap betul !! Mudah je rupanya nak masak. Nie yg rasa nak cari kacang buncis nie. Masak pedas2, fuhhh sedapnya

    ReplyDelete
  16. Tengok gambor pun dah berselera nak mkn ni, dah lah nak pergi makan lunch ni. Pandai Bella masak.

    ReplyDelete
  17. Thank you kak Bell share menu ni. Boleh la try nanti goreng bersambal macam ni. Sesekali tukar menu kan. Selalu goreng biasa biasa aje..

    ReplyDelete
  18. Wah boleh cuba resepi ni untuk jamuan berbuka puasa kat rumah kan. Selalu bulan puasa takde idea nak masak apa. Simple dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  19. Amboii.. Tergoda AM bila tgk menu sambal kacang buncis yg bella masak.. Terus perut rasa lapar.. Ok, malam nie nak pegi cari kacang buncis pas abis keje..

    ReplyDelete
  20. Simple yet sedap. Bahan pun potong potong campak je.
    Kak Bell goreng ikan bilis tu rangup best la makan.
    Kita tak rajin buat gitu. Hihihi

    ReplyDelete
  21. Aha!!! dish ala masakan kampung. I also try this recipe before i added some ikan bilis to make it more variety.

    ReplyDelete

Back
to top