Melawan Tanda Penuaan Dengan Serum Antioksida Sanny & Joleen Lifestyle

Menginjak ke usia 30 tahun, tanda-tanda penuaan pada wajah biasanya mula terlihat. Untuk mengatasinya, perlulah dilakukan dari sekarang. Selain menggunakan rejim kecantikan rutin yang sesuai, penggunaan serum kaya dengan antioksidan dalam ritual kecantikan seharian dapat membantu melambatkan proses penuaan kulit wajah. Sejak seminggu lalu, Kak Bell telah mencuba serum antioksida dari Sanny & Joleen Lifestyle. Dalam usia yang dah menginjak ke warga emas, perlulah Kak Bell lebihkan bahan ritual untuk penjagaan kulit wajah. Walaupun kita tak mampu menghalang proses penuaan, sekurang-kurangnya kulit wajah akan tampak lebih sihat dan lebih muda dari usia sebenarnya. Betul tak? 


Umum mengetahui bahawa radikal bebas merupakan molekul tidak stabil dalam kulit yang akan mempercepatkan proses penuaan kulit. Penggunaan antioksidan akan memperlambatkan dan melindungi kulit terhadap reaksi oksidasi kulit tersebut. Untuk pengetahuan, serum dan pelembap sebenarnya adalah berbeza terutamanya dari segi formulasi. Serum lebih kaya dengan kandungan bahan aktif dan kebanyakan produk serum wajah menggunakan bahan asas air, tiada unsur minyak bagi mengelakkan pori tersumbat.


Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle
Sanny & Joleen Lifestyle menghasilkan produk ini adalah bagi memenuhi keperluan gaya hidup seseorang dengan satu produk kecantikan yang asas, mudah dengan kualiti yang terbaik. Serum antioksida ini menggunakan bahan-bahan semulajadi yang lembut tanpa bahan kimia berbahaya seperti Sodium Laureth Sulphate (SLS), parabens, tidak menggunakan derivatif haiwan (bahan dari haiwan) dan juga pewarna atau pewangi tiruan. Produk ini juga mempunyai sijil GMP dan mendapat kelulusan KKM.


Vitamin E Tocotrienol Antioksidan Lebih Kuat
Sanny & Joleen Antioxidant Serum ini mengandungi bahan aktif yang terdiri daripada Vitamin E Tocotrienol, Pro-vitamin B5 Panthenol, Vitamin B3 Niacinamide, minyak calendula (minyak semula jadi yang diekstrak dari bunga marigold) dan minyak zaitun (olive oil) dan tidak berminyak dan sejuk. Tocotrienol ini terbukti 40-60 lebih kuat sebagai antioksidan berbanding dengan vitamin E biasa, Alpha Tocoferol. Formula ini membantu memperlahankan proses penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen pada kulit.


Tocotrienol yang berasal dari sumber kelapa sawit ini, dapat melindungi kulit daripada kesan buruk cahaya matahari, radiasi dan juga ozon ultraviolet. Penggunaan secara berterusan akan membuatkan kulit wajah menjadi anjal, mencegah penuaan, mencerahkan kulit wajah yang kusam dan menjadikan kulit wajah tampak lebih sihat.

Kandungan Antioxidant Serum
Aqua, Niacinamide, Glycerin, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate

Tiada Bahan Kimia Bahaya Berikut:
Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES), Paraben, Derivatif Haiwan, Mineral Oil, Alkohol, Bahan detergen, EDTA, pewarna tiruan, pewangi sintetik dan Propylene Glycol.


Kelebihan Antioxidant Serum
  • Membaiki tekstur kulit lebih sihat dan tona lebih sekata.
  • Memudarkan kesan pigmentasi seperti bintik hitam, parut dan jeragat.
  • Merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
  • Merawat kesan sunburn pada kulit
  • Mengecilkan pori kulit
  • Melembapkan dan menghidrasi kulit.
  • Membantu melambatkan kesan penuaan
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit.

Tekstur & Pembungkusan
Tekstur serum berwarna putih kelabu, dengan sedikit bau yang ringan (mild). Serum Antioksida Sanny & Joleen datang dalam pek pembungkusan yang ringkas berwarna putih. Produk ini memberi fokus yang lebih terhadap kandungan di dalam produk berbanding pembungkusannya. Terdapat dalam 2 pilihan saiz iaitu 10ML (RM49.00) dan 30ML (RM97.00). 


My Verdict
Serum Sanny & Joleen Lifestyle ini memang sangat mudah digunakan. Korang boleh letakkan 2-3 titis pada tapak tangan dan hanya ratakan. Penggunaan dengan kuantiti yang banyak sebenarnya tidak efektif untuk serum, cukup sekadar 'dap'kan sahaja pada muka. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan Kak Bell gunakannya 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam selepas rutin mencuci muka. Walaupun nampak berkonsentrasi tinggi, ianya sangat ringan, tidak melekit atau berminyak dan mudah kering dan meresap ke dalam kulit setelah diratakan. Selepas pengunaan, memang nampak kulit muka lebih lembap.

Sanny & Joleen Lifestyle Serum Antioxidant ini boleh di dapati mana-mana farmasi yang terpilih dan dijual di Malaysia, China, Thailand dan Singapura.  Buat pembaca blog Kak Bell, sekarang ini ada 15% diskaun untuk Antioxidant Serum Sanny & Joleen dengan pembelian atas talian di website www.sannyjoleen.com. Korang boleh jimat 15% dengan promocode BELLAJAMAL. Boleh guna di semua store dan penghantaran percuma (Free shipping in Malaysia). Promo kod ini sah sehingga 20 May 2019.
PROMO CODE: BELLAJAMAL
DISCOUNT: 15% storewide
VALID TILL 20 MAY 2019

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website: https://sannyjoleen.com/
Lokasi Stokis: https://sannyjoleen.com/stores/
FB: https://www.facebook.com/sannyjoleen/
IG: https://www.instagram.com/sannyjoleen/?hl=en

CONVERSATION

1 comments:

  1. Betul3x... Serum Antioxidant dari Sanny & Joleen ni memang ringan dan berkesan.

    ReplyDelete

Back
to top