Murad Malaysia Lancar Siri Prebiotik Untuk Penggalakan Bakteria Baik Untuk Kulit

Baru-baru ini Kak Bell berkesempatan menghadiri majlis pelancaran inovasi terkini Siri Prebiotik Murad Malaysia yang berlangsung di Botanica +Co, Bangsar South. Jenama ini memang selalu Kak Bell dengar tetapi belum pernah mencubanya sendiri. Apa yang menarik untuk produk terbaru mereka, Murad melancarkan Siri Prebiotik ini bagi memperkaya dan menggalakkan penghasilan bakteria baik untuk kulit wajah. Sesuatu yang amat menarik kan?


Kalau anda nak tahu, fakta bahawa permukaan kulit kita menjadi perumah atau habitat kepada lebih trillion organisma seperti bakteria dan fungus. Mikrobiotik tersebut terdiri daripada bakteria dan fungus yang bermanfaat membekalkan keperluan nutrien yang sangat diperlukan. Secara tidak langsung, ia membantu menjadi lapisan pelindung yang berupaya menghalang sebarang pembentukan ancaman melalui kulit wajah.


Produk pembersih wajah dari Murad yang dilengkapi dengan Anti-bakteria ini, bertujuan untuk mengimbangi Mikrobiotik (microbiome) pada kulit. Ianya bukan sahaja akan memusnahkan bakteria jahat tetapi melindungi bakteria baik dalam mengekalkan kesempurnaan ekosistem permukaaan kulit wajah. Pendedahan kulit muka kepada alergen (bahan penyebab alergi) dan toksin serta faktor lain seperti gaya hidup, peningkatan usia, emosi, diet dan penggunaan produk pembersihan yang tidak sesuai juga menjadi faktor penyumbang kepada permasalahan kesihatan kulit.

Dilancarkan oleh En. Jason Choy, Pengarah Deacon Medical Sdn. Bhd (2 dari kiri); Kathy Tran, Pengurus Pemasaran Antarabangsa; Katy Bacon, Pengurus Pemasaran & Pendidikan Asia Pasifik.

Menerusi kajian, 93% peratusan kajian berpendapat bahawa mikrobiotik kulit dan homeostasisnya memainkan peranan utama dalam kesihatan kulit. *Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma). Bagi menyelesaikan masalah ini, Murad Malaysia melancarkan inovasi terbaru Prebiotic Series yang terdiri dari 3 buah produk iaitu Murad's Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser, Murad's Prebiotic 3-in-1 MultiMist dan Murad's Night Fix Enzyme Treatment.

Murad's Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser
Pembersih muka Murad ini untuk membersih, menghidrat dan menjana keseimbangan kulit muka. Produk ini sesuai digunakan untuk kesemua jenis kulit dengan formula yang tidak mengeringkan. Ianya sesuai digunakan pada waktu siang atau malam dan mampu mengekalkan kelembapan sehingga 15 lapisan kulit!


  • Tekstur gel-to-oil.
  • Menyeimbangkan mikrobiotik kulit.
  • Sesuai sebagai penanggal solekan, menyingkirkan kotoran dan minyak pada wajah.
  • mengurangkan masalah kulit kering dan hidrasi.
  • Perbaiki tekstur kulit tidak sekata.

Kandungan:
*Plantbased emolient + hemisqualene - dihasilkan dari tebu yang berfungsi secara berkesan menanggalkan solekan (termasuk solekan kalis air).
*Cyclid peptid - menyingkirkan minyak dan kotoran 300x lebih baik dan berkesan dari produk biasa, memelihara kandungan kelembapan semulajadi kulit, serbuk prebiotik yang meningkatkan kadar pembiakan bakteria baik.
*Hyaluronic acid + prebiotic hydrating sugars - berfungsi sebagai agen melembut dan lembapkan kulit secara semulajadi.

Murad's Prebiotic 3-in-1 MultiMist
3-in-1 MultiMist ini membantu menyuburkan kadar prebiotik kulit untuk mengimbangi kadar keseimbangan mikribiotik. MultiMist ini boleh disemburkan pada kulit selepas mencuci muka, digunakan sebagai make-up primer dan juga boleh digunakan sebagai penyegar selepas solekan bagi mengatasi hidrasi kulit.


  • Menghapuskan dehidrasi .
  • Menyingkirkan kulit kusam.
  • Meminimumkan garis halus dan kedut.
  • Make-up primer.

Kandungan:
*Prebiotic hydrating sugars - meningkatkan kadar hidrasi kulit.
*Fungus peptide (Yis) - mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit.
*Biopolymer complex - bertindak sebagai primer solekan dan memastikan kulit bernafas, melembutkan kulit muka secara semulajadi, solekan tahan lebih lama.

Murad's Night Fix Enzyme Treatment
Krim malam ini adalah untuk membaik pulih kulit pada waktu malam melalui bahan-bahan kandungannya dan dihasilkan berdasarkan prinsip sains ketika tidur. Kajian menunjukkan bahawa kunci utama kepada penampilan kulit kelihatan muda adalah melalui tidur yang optimum dan mencukupi. Bagi yang mengamalkan tidur yang cukup akan kelihatan 2.5 tahun lebih muda. 


Untuk pengetahuan anda, ketika tidur di waktu malam, proses baik pulih mitosis (penjanaan semula, dan penggantian sel) sel berlaku. Waktu optimum untuk proses ini adalah pada pukul 11PM sehingga ke tengah malam (3AM). Pada ketika ini, sel memerlukan dan menyerap nutrien paling banyak. Memahami akan kepentingan tidur yang optimum dapat memberi kesan kepada kesihatan kulit, Murad memperkenalkan Night Fix Enzyme Treatment yang membantu proses baik pulih kulit menjelang tengah malam.

Katy Bacon, Pengurus Pemasaran & Pendidikan Asia Pasifik dan Kathy Tran, International Marketing Manager

Regimen lengkap penjagaan kulit ini adalah melalui 3 langkah tradisonal Murad iaitu:
1) Rawatan Chronopeptide (tindak balas harmoni formula bahan dengan *circadian rhythm secara semulajadi). *24-hour human rhythms are driven by a circadian clock/human biological clock.
2) Formula Tri-enzyme (berupaya menyingkir red microalgae, green microalgae dan membentuk 3 kandungan enzim yang kuat bagi melindungi antioksidan bagi mengurangkan tanda penuaan pra-matang).
3) Aroma patent-pending (terapi bau yang diuji secara klinikal bagi meningkatkan kualiti tidur secara tidak langsung).


My Verdict
Kak Bell sukakan Siri Prebiotik Murad ini, terutamanya 3-in-1 MultiMist. Kak Bell gunakan selepas mencuci muka dan selepas solekan. Memang menyegarkan. Krim Night Fix Enzyme Treatment pula mempunyai bau yang menyenangkan dan memberi rasa tenang. Kuasa penghidratan Siri Prebiotik memang terbaik dan kulit muka tampak lebih lembap selepas penggunaan tanpa ada tanda-tanda iritasi.

Untuk maklumat lanjut sila layari:
Website: www.Murad.com.my
FB: @Murad.Malaysia
IG: @MuradMalaysia

CONVERSATION

2 comments:

  1. Memang in love ngan product Murad...sampai bila2 suka walau harga agak mahal...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa. Memang ada perubahan ye bila pakai. Dah jatuh hati!

      Delete

Back
to top